Comrades

Tuesday, 28 February 2012

Ngo-Blog V - Membaca

Assalamualaikum,

Ketika komrad-komradku menentang assignment, aku dok rilek taip entri. Adakah patut. Hehehe.

Minggu terakhir bulan Februari, minggu sebelum PBS. Agak nervous untuk menghadapi PBS pertama, di tempat orang lain pula tu. Inilah ni mencari bala, tapi bukan mencari bala. Aku ingin mencari pengalaman, cari ilmu di tempat lain.

Semalam atau kata tepatnya, kelmarin, kami diberi surat pengenalan untuk melaksanakan PBS. Aku lihat dan aku terus terbayang dalam kepala aku akan pergi ketuk pejabat guru besar, cakap itu-ini dan poof! Jadilah koko crunch. Okay mengarut.

Pensyarah kitorang pun berilah taklimat PBS untuk kerja kursus. Memang masih blur sehingga sekarang, tapi tak apa. Akan ku tanya nanti tentang portfolio. Hehehe.

Itu cerita PBS, kenapalah aku ni suka cerita skip-skip perkara penting. Perhimpunan pun ada, PISMP BM Sem 5 yang urus. Hmmm, temanya membaca.

Cerita membaca ni, aku juga tergolong dalam orang yang suka membaca. Kalau dahulu, KREKO atau ARENA pasti aku layan. Malahan time sekolah pun, tak sah kalau tak cerita KREKO. Apa tidaknya, cerita terbaru manga-manga Jepun muncul setiap keluaran baru.

Ketika abang aku masih cuti selepas tamat SPM dan STPM, dialah orang kerap suruh aku beli KREKO. Apa tidaknya, aku pulang rumah setiap petang - ketika form 2 - berjalan kaki. Jadi? Konfom singgah kedai. Kehkeh.

Mak aku memang marah kalau dapat tahu komik. Tapi masih lagi membeli. Namun aku bersyukur kepada Allah kerana melalui abangku dan mak aku, minat membaca aku semakin tinggi. Malahan pakcikku - pelajar IPG yang baca entri ini pasti tahu siapa - kata, ketika dia menjawab soalan SPM untuk karangan, dia jadikan KREKO sebagai inspirasi. Haha. Budak-budak sekolah!

Namun, semenjak dua menjak sejak aku masuk, WISEL pula dibeli. Pasal bola, bola, bola, bola, bola, bola, bola, bola. Kalau first semester foundation dulu, memang WISEL dibeli, elaun keluar itu yang dibeli. Tapi sejak akhir-akhir semester 1 sehingga semester 3, aku dah tukar bahan bacaan aku. MASTIKA. Yup, majalah informasi no.1 di Malaysia.

Memang favourite aku ni MASTIKA. Sejak dulu lagi tapi kalau dulu, mengharapkan orang-orang tua saja yang beli, terutamanya makcikku. Apa tidaknya, dia pun minat. Hehe.

Kalau majalah WISEL tu, mak aku konfom bising. Kena bagi tazkirah lagi, "baik spend elaun tu untuk perkara baik daripada beli majalah bola!" Itulah yang buat aku tersedar.

Jadi sekarang? Bahan bacaan? MASTIKA masih dibeli, tapi kini ada penambahan. SOLUSI. Iya, inilah majalah bulanan yang, insya Allah, aku tak akan miss untuk beli.

Mahal tu mahal, tapi jika dikira ilmu yang banyak dalam majalah ni, aku rela untuk beli majalah ni daripada beli makanan. Seriously, kadang-kadang beli juga makanan dan majalah ni. Bukan apa, sambil makan sambil baca. Walaupun tidak digalakkan.

Kalau pasal buku-buku ilmiah yang lain, aku beli juga. Macam buku 4 Imam yang benar, itulah satu-satunya buku 'besar' pernah ku beli. Hehehe.

Berbalik ke situasi perhimpunan tadi, memang bagus temanya. Menggalakkan kita untuk membaca, terutama sekali menyampaikan bab-bab ilmu agama.

Kebanyakan orang yang share-share ilmu agama itu baik, tapi jika sekadar copy paste saja tiada gunanya. Seperti penyebaran hadis tentang menyakitkan hati wanita, lelaki dipukul sebanyak 100 kali di akhirat. Aku berfikir juga, betulkah hadis ini? Yalah, periwayatnya tiada. Lagi satu, bercanggah betul dengan hukuman di akhirat yang sebenar. Andai kata dia lelaki yang baik - jaga solat, jaga akhlak, jaga amal, jaga iman - tapi terpaksa meninggalkan wanita kerana Allah, tapi wanita itu menangis, takkan kena sebat kot? Kalau fikir secara waras diterima, apatah lagi kalau bincang tentang dalilnya. UAI kata apa? Maudhu.

Sebab itu kita kena banyak membaca supaya dapat sebarkan ilmu yang sebenar. Aku akui, kadang-kadang aku tersebar juga sesuatu yang kurang aku pasti. Penyebaran quotes Snake Charmer pun, aku berhati-hati juga untuk share dengan semua orang. Apa yang aku ingin pastikan, aku faham, orang faham dan quotes tersebut tidak bercanggah dengan Quran dan hadis. Wallahualam.

Tapi sekarang, kurang sikit yang suka membaca. Ada tu ada, baca buku. Buku apa? Muka buku a.k.a Facebook. Hmmm, buku kah lagi tu.

Jadi para pembaca sekalian, rajin-rajinkan diri anda untuk membaca. Sekiranya tidak pasti tentang sesuatu, tanya. Paling baik, daripada baca gosip artis, baik korang baca ilmu yang bermanfaat atau berita tentang Syria. Saudara kita sedang berjihad di sana tu. Mudah-mudahan mereka mampu untuk berjuang. Insya Allah.

Balik kepada situasi perhimpunan, ketika akhir rancangan, ada satu nyanyian pasal membaca. Selalu juga aku lihat ni time kecil-kecil dulu. Hehe. Paling menarik perhatian ketika Fazly menyanyikan part dia. Membaca merupakan satu suruhan. Teringat aku surah al-Alaq di mana Allah suruh kita untuk membaca agar dapat ilmu yang bermanfaat. Jadi? Membaca ini merupakan satu tuntutan yang digalakkan oleh agama. Cumanya, jangan jadikan alasan ini untuk baca buku lain yang tidak berfaedah.

Ceritera ngo-blog aku dan sampai versi kelima. Tak apa, sekali sekala share cerita hidup tak apa. Yang penting, kita rajin-rajin membaca. Paling penting, rajin baca Quran. Insya Allah istiqamah.

Pae - Membaca menambah ilmu, insya Allah.

No comments:

Post a Comment