Best tak buka aib orang?
Tanya diri tepuk dada tanya iman.
Andai kata aib korang dibuka, apa perasaan?
Sememangnya kita sentiasa terpikat dengan sesuatu yang tidak baik.
Contoh?
Gosip, umpat, fitnah, dan macam-macam lagi.
Tapi, apa best buka aib orang?
Sekiranya korang dibuat begitu, korang punya reaksi apa?
Sudah tentu marah, kan?
Jadi kenapa buat?
Allah ada janji, jika kita tutup aib orang, Dia akan tutup aib kita di dunia dan akhirat.
Jadi, kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam saja jika ternampak keburukan orang lain.
Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu.
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dalam hadis yang lain
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
Jika seseorang itu buat salah, jangan disebarkan aibnya. Tak baik, dosa, haram. Lebih baik kita doa agar dia terbuka hatinya dan bertaubat.
Dia buat salah, boleh jadi kerana kejahilannya. Jadi tak wajar kita buka aibnya. Sedangkan nabi sendiri tak pernah buka aib orang lain, kita ini pula sibuk dengan mereka.
Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?
Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.
Pae - Layan short stories. Weeeuuuuuuuuu.
kalau orng bukan Islam yg membuka aib kita, mcm mana??
ReplyDeleteWallahualam. Tapi secara peribadi, tak kira siapa pun, aib dia tetap akan dibuka oleh Allah, walaupun dia bukan Islam. Allah itu Maha Adil.
DeleteWalaupun tiada dikatakan tentang non-muslim, tetapi ingatlah, Allah tidak membiarkan hambaNya dizalimi. Dia tetap bantu.
Sesiapapun kita, kalau kita buka aib orang lain termasuk bukan Islam, tetap dibuka aib kita oleh Allah. Wallahualam.