Comrades

Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Wednesday, 25 April 2012

Nasihat Cinta.

"Bersyukurlah Allah bagi kau rasa macam ini. Sebab kadang-kadang bercinta ni memang banyak susah, terlalu harap terhadap mereka memang menyakitkan."

Nasihat seorang sahabat apabila aku meminta pandangan dia pasal cinta. Heh. Diri pandai cakap pasal cinta, tapi sendiri tak pandai urus pasal cinta.

Dia nasihatkan lagi, tak perlu bercinta sekarang, sebab diri pasti susah, sebab banyak benda mahu fikir.

Jadi, bersabarlah, Allah sudah janji akan beri seseorang yang memang sudah khas untuk diri kita. Kepada mereka yang single tu, sabar. Allah tak akan hampakan kita, bila masa Allah tidak tunai janji Dia?

Cinta itu, apabila datang, didampingi iman dan takwa, insya Allah bahagia.

Kahwin bukan setakat suami isteri, tapi membentuk keluarga yang beriman.



Tuesday, 7 February 2012

Buka aib orang, Allah buka aib kita.

Best tak buka aib orang?

Tanya diri tepuk dada tanya iman.

Andai kata aib korang dibuka, apa perasaan?

Sememangnya kita sentiasa terpikat dengan sesuatu yang tidak baik.

Contoh?

Gosip, umpat, fitnah, dan macam-macam lagi.

Tapi, apa best buka aib orang?

Sekiranya korang dibuat begitu, korang punya reaksi apa?

Sudah tentu marah, kan?

Jadi kenapa buat?

Allah ada janji, jika kita tutup aib orang, Dia akan tutup aib kita di dunia dan akhirat.

Jadi, kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam saja jika ternampak keburukan orang lain.

Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu.

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Jika seseorang itu buat salah, jangan disebarkan aibnya. Tak baik, dosa, haram. Lebih baik kita doa agar dia terbuka hatinya dan bertaubat.

Dia buat salah, boleh jadi kerana kejahilannya. Jadi tak wajar kita buka aibnya. Sedangkan nabi sendiri tak pernah buka aib orang lain, kita ini pula sibuk dengan mereka.

Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?

Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.

"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." - Imam Syafie.



Pae - Layan short stories. Weeeuuuuuuuuu.

Tuesday, 17 January 2012

"Tak bolehkah saya berubah?!!"

"Lyn, aku rasa aku mahu berubahlah." kata Risya kepada rakannya.
"Kau biar benar?!!!!!!!!" terkejut beruk Ezlyn.
"Betul la. Dah lama buat dosa, takut mati nanti tak sempat taubat." Risya berhujah.
"Hahah!! Baru sekarang kau nak ingat mati? Pergh, tak perlulah. Kau berubah pun, kahwin nanti pasti bakal laki kau ceraikan kau sebab kau ni dulu bohsia." tajam sungguh kata-kata Ezlyn.
"Salahkah untuk aku berubah?!!!" Risya memanas.
"Well, untuk apa juga? Orang kenal kau sebagai pelacur, tiba-tiba berubah. Orang tetap takkan dekat punya, jadi teruskan sajalah jadi pelacur." Ezlyn membalas sinis.
"Lagipun, pernah sekali aku dengar ustazah ketika di sekolah dulu kata, 'laki-laki baik hanya untuk perempuan yang baik'. Baik kah kau? Jijik, kotor, segala bersarang di diri kau tu. Tak payahlah, lebih baik begini."

* * * * * * * * *

"Good girls don't like to sin." Snake Charmer.

Alhamdulillah, mesyuarat JKM tadi berjalan lancar. Aku naik pangkat jadi ketua syukbah. Mudah-mudahan dapat urus tugas dengan baik. Insya Allah.

Okay, situasi di atas itu. Anda pernah mengalaminya? Kalau pernah dan anda kekal dengan keputusan anda, tahniah! Sebab anda berjaya melawan pujuk rayu kejahatan yang dimainkan oleh iblis serta konco-konconya yang dilaknat. Kalau tidak, astaghfirullah. Bertaubatlah.

Selalunya, kalau ada seorang yang dulunya jahat tiba-tiba mahu berubah, pasti orang ramai pandang serong pada dia, terutamanya kalau dia tu terang-terang jahat atau pun tiada moralnya, seperti mereka yang menjual tubuh ataupun buat kerja haram/maksiat. Memang confirm dipandang rendah.

Seharusnya kita elakkan perkara sebegini, terutama sekali kalau kawan kita yang dulu memang sentiasa buat dosa. Kita kena sokong mereka, nasihat mereka, bantu mereka, bimbing mereka dan macam-macam lagi supaya dia tidak rasa tersisih.

Memang benar ayat Quran pada situasi tu, laki-laki baik hanya untuk perempuan yang baik namun ingat, setiap manusia di dunia ini semuanya pernah, sedang dan akan buat dosa melainkan para nabi-nabi yang maksum. Jadi maksudnya yang baik-baik sini ialah samada mereka dulu jahat dan kini telah jadi baik ataupun mereka yang sentiasa menjaga diri mereka dari perkara-perkara yang Allah larang.

Tak mustahil bagi seorang lelaki dapat perempuan yang tiada dara, tapi ingat sebabnya juga pelbagai. Boleh jadi perempuan tersebut dirogol, boleh jadi dulu dia terlanjur dan boleh jadi dulu dia pelacur. Tapi apabila dia telah bertaubat, maka tugas kita ialah membimbing dia agar dia tidak lagi terjatuh untuk kali kedua.

Pandangan manusia dan pandangan Allah sangat berbeza. Allah itu MAHA PENGAMPUN, MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG. Malah Dia senantiasa menerima taubat hambaNya yang dulu pernah buat dosa. Satu-satunya dosa tidak terampun ialah syirik.

Walaupun banyak kali kita buat dosa, tapi selagi kita bertaubat selagi itulah Allah tetap terima taubat kita tanpa jemu. Allah tidak terima taubat kitai apabila kiamat dah datang - matahari terbit dari sebelah barat, dan apabila nyawa kita di hujung tanduk - di mana nyawa kita telah berada di halkum. Ketika itu, pintu taubat telah tertutup. Jadi, bertaubatalah sebelum terlambat.

"Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - An-Nisa 17"

Bukan makhluk yang mengampunkan dosa, tapi Allah Maha Esa yang terima taubat kita. Sebab itu salah satu kelebihan umat Muhammad S.A.W, dosa yang dilakukan dibalas di akhirat kelak, tidak seperti kaum-kaum terdahulu.

Jadi pembaca, selagi masih ada masa bertaubatlah. Kita tidak tahu bila kita akan pergi. Kepada yang mahu berubah tu, teruskan, jangan peduli kata-kata sinis/pedas/sindir orang di sekeliling. Itu semuanya ujian supaya kita menjadi lebih kuat.

Termasuklah kepada golongan mualaf. Memang kejutan bagi rakan-rakan anda yang berlainan agama melihat anda memilih Islam. Itu tidak lain dan tidak bukan hanyalah satu ujian yang Allah bagi untuk menguji sejauh mana kita ikhlas memilih Islam. Jangan sedih, sebab Allah ada bersama orang yang beriman dan bertakwa kepadaNya, insya Allah.

Kesimpulannya, biarkan mereka yang mempertikaikan keputusan anda untuk berubah, sebab Allah yang nilai seluruh manusia berdasarkan takwa kepadaNya. Belum terlambat untuk berubah, selagi hayat masih ada.

Pae - Berubah daripada baik ke lebih baik, dan seterusnya menjadi terbaik.

Wednesday, 16 February 2011

Rabu part II

Assalamualaikum.

Jom cerita sikit pasal bab kutuk orang ini. Siok rok kutuk orang? Siok eh. Konon kepala hotak.

Jom cerita sikit. Perkara ni berlaku di mana2. Ada orang ni marah kena ceramah agama oleh orang baik. Lepas tu mengamuk dia ni sampai dia repot kat kawannya yang sekepala dengannya. Macam2 lah dorang kutuk. Kononnya orang baik tu bagus sangatlah sampai bagi ceramah macam tu.

Kawannya tu bagi komen kononnya kalau nak nasihat tu bagilah baik2 jangan sampai sakitkan hati orang atau pun marah2. Mustahil orang baik akan buat begitu! Percayalah! Melainkan kalau memang kronik, dorang pasti sergah. Dalam Islam, menyergah orang yang sudah kronik dia punya kejahilan dan dia tahu tu jahil, contoh : Solat wajib, tinggal dosa tapi tetap tak mau buat, memang boleh punya. Contoh, nabi pernah menegur seorang sahabatnya yang memakai cincin emas. Dengan kasar baginda cabut cincin tu dari jari dan terus buang. Lepas tu jalan macam tu je. (Ustazku cerita). Boleh begitu.

Kalau kita kena bagi ceramah agama secara tidak langsung, terima je lah. Lepas tu bergantung nak berubah atau tidak. Jangan kata "alaa..tua baru taubat. Muda ni enjoy dulu." Mati tak kenal masa. Berubahlah.

Kawan dia ni konon berlagak macam pandai sangat tapi 2x5 je dorang. Cakap je, buat tak. Aku bukan mau buruk2kan oranglah tapi kan, perkara ni berlaku banyak sangat. Sebab itulah umat Islam makin jahil. Kena ceramah sikit mula melenting. Bersyukurlah ada orang care. Sedangkan nabi pun care pasal kita, pernah ke kita ikut sunnahnya?

Kita marah apabila orang mencela nabi, memperlekehkan hukuman Allah, mencaci Quran, tapi pernah ke kita ikut ajaran Islam? Tau marah. Buat demonstrasi tapi solat kita buat ke?

Tentang mengutuk ni, janganlah kutuk orang. Banyak kutuk-mengutuk berlaku, hatta pemimpin kita pun begitu. Ingat tak? Pernah sekali proposal tentang hukuman hudud. Kerajaan tolak mentah2 konon2 peraturan itu tak sesuai. Ramai orang anggap kejam. Kejamkah hukuman yang telah Allah tetapkan? Lebih sedih mereka memperlekehkan hukuman Allah. Nauzubillah.....

Ketua berlagak pandai tapi bodoh. Lebih kuranglah tadi, kena ceramah tapi panas terus. Hmm...entahlah apa nak jadi.

Aku bukan mau burukkan orang, ini kes banyak berlaku. Tempat aku pun ada tapi aku tak tahulah ada ke tiada. Sebab aku akan cuba jauhkan diri dari benda ni. Korang pun begitulah. Para pengutuk, siapa terbaca ni...fikirlah apa patut korang buat. Korang nak hentam aku silakan. Korang nak berubah alhamdulillah. Korang ancam nak bunuh aku? Silakan. :)

Yahudi pasti ketawa melihat umat Islam gaduh sesama sendiri. Tidakkah kamu fikir? Itulah tujuan dorang. Dan juga, kerajaan Islam jatuh disebabkan pemikiran serta akidah diserang. Sebab Yahudi kata, kalau mau lawan kekuatan konfom Islam menang.

Kalau dunia sekarang, kalau umat Islam sekarang bergabung konfom Yahudi tunduk. Cumanya masanya belum tiba. Kita tunggulah kedatangan orang ditunggu tu. Kepada pengutuk tu, jangan sampai dajjal turun baru nak insaf. Kalau dajjal sudah turun, orang beriman pun boleh kafir. Nauzubillah....berdoalah kita kepada Allah agar dilindungi dari fitnah dajjal yang dahsyat. Surah Al-Kahfi merupakan caranya.

Kesimpulannya, pengutuk...insaflah. Kalau terbaca, seperti diberitahu, aku hadapinya. Jangan kita kutuk orang lain gara2 dia bagi sesuatu yang baik. Apapun, meh kita meningkatkan ibadah kita kepada Allah walaupun Maulidur Rasul dah berlalu. Ibadah jangan bermusim2 yerr. :)