6.09 pm.
Aku malas mahu menaip. Tinggal dua saja lagi assignment. Mudah-mudahan assignment ini dapat tampung markah untuk exam. Berdoa dan berusaha dalam exam. Insya Allah.
Cerita pasal bahasa. Bahasa paling indah dalam dunia ini semestinya al-Quran.
Tapi aku bukan mahu cerita pasal bahasa, mahu cerita laras bahasa. Heh.
Laras bahasa mana yang aku rasa mantap? Laras bahasa tentera.
Perempuan mungkin tak tahu ini, lelaki mungkin ada yang tahu. Sebab tidak semua main game perang-perang.
A.S.A.P, digunakan dalam tentera.
Codename pun digunakan dalam tentera.
"There's an enemy on your 12", pun dalam tentera.
Cleared hot, maksudnya tiada kompromi jika jumpa penjenayah yang dikehendaki.
Banyak lagilah, tapi aku lupa. Assignment kan.
Best laras bahasa mereka, lebih-lebih lagi banyak yang menggunakan kias-kias tapi bermaksud tajam.
Cuma...why I'm updating this?
Assignment perlu dihantar besok. 3. Ada dua lagi menunggu tapi itu boleh saja.
Cuma mood mahu membikin itu sangatlah malas, bukan malas. Tiada mood.
Namun aku main pendam-pendam saja, mahu marah pun tiada guna. Aku punya salah, aku tak tahu, aku kurang ilmu, kurang memahami.
Agak-agaknya aku perlu baca lagi buku Fanzuru karya Hilal tu untuk kali ketiga. Mungkin ada point-point yang aku termiss.
Cuma bagi yang tak setuju dengan pendapatku, aku tak kisah. Asal kamu hormat. Aku hormat mereka yang hormat atau tidak hormat aku. Kalau mahu berbincang pun ada caranya, kena beradab, perhati penggunaan bahasa, intonasi macam mana walaupun dalam penulisan, bukan mahu condemn orang yang tidak pandai berbincang. Kalau mahu bawa aku berhujah, aku minta maaf awal-awal, sebab aku bukan orang berilmu tinggi. Baik kau bawa ahli ilmuan berbincang. Jika ditanya kenapa buat begitu, bagiku itu common sense. Seperti kata lecturerku, life is all about common sense. Dah jelas, bercahaya, terang mahu juga disuluh.
Well...sebagai seorang manusia, aku juga banyak buat silap. Hatta dalam status yang aku update tu pun, mungkin ada salahnya. Aku tak berani mahu kata tidak berdosa sedangkan ulama sendiri pun berfikir untuk mengeluarkan kata-kata mahupun hujah, inikan lagi manusia biasa.
Manusia kadang-kadang kurang memahami, suka prasangka buruk, malah menuduh bukan-bukan. Kadangkala aku tergolong dalam hal tersebut, jadi aku minta maaflah kepada sesiapa juga, termasuklah yang rapat dengan ku. Ya, aku sedar diriku. Maaflah.
Manusia ini, cakap saja banyak, buatnya tidak. Aku teringat ketika kursus kepimpinan dulu, kami disuruh untuk memasukkan bebola kertas ke dalam mulut kami, sehingga full. Ketika ditanya, "macam mana mahu keluarkan bebola kertas itu dari mulut kamu," ofkoslah, muntahkannya, keluarkan dengan tangan dan macam-macam.
Heh, betul tapi tak tepat. Free-free kena tengking lagi. Padan muka. Lalu apa dicakap oleh senior tu...
"Kita ni, banyak cakap kan. Tapi jarang buat. Macam mana mau kasi keluar tu bebola kertas dari mulut kamu tu"
Maksudnya, tahu cakap penyelesaian, tapi tak buat pun.
Begitulah manusia sekarang. Heh. Tanya diri, adakah aku beramal dengan apa yang aku selalu sampaikan? Adakah aku beramal dengan apa yang selalu aku kongsikan? Adakah aku beramal dengan apa yang selalu aku tuliskan?
Ingatlah, Allah bagitau dalam quran tentang orang-orang sebegini. Menyuruh orang buat baik tapi sendiri pula membuat jahat. Apa kes.
Jika tak dapat amal semua, paling-paling pun jaga akhlak dan hati kita. Insya Allah boleh.
Okaylah, maghrib dah.
P/S - Balik-balik kena marah, tapi kena sabar. :)
Comrades
Showing posts with label Alkisah PENDAPAT. Show all posts
Showing posts with label Alkisah PENDAPAT. Show all posts
Thursday, 6 September 2012
Wednesday, 23 May 2012
Belajar kerana Allah,
"Belajar sekadar mahu lulus exam?"
Terpandang aku komen seorang kakak senior dalam statusnya, di mana amalan pembelajaran sekarang hanya sekadar belajar sahaja untuk exam (my interpretation).
Kalau dulu, orang-orang yang cintakan ilmu merantau, berhijrah ke tempat yang jauh untuk menuntut ilmu.
Tapi sekarang, mahu menuntut ilmu pun malas. Hmm...
Jadi memang tipikal, kalau musim-musim exam, barulah mahu sibuk study, dan aku tidak terkecuali.
Sebaiknya tuntutlah ilmu kerana Allah, kerana ilmu itu memuliakan kita. Biar kita dianggap jahil tapi hakikat kita berilmu, bukan dianggap bijak tapi hakikat kita jahil.
Memang perkara biasa, kalau orang study berabis ketika musim exam, memang pointer pun melebihi 7 petala cinta.
Tapi, sampai di situ sajalah. Teringat aku kata-kata seorang ustaz,
"Kita ini bijak, tapi bijak sini saja. Bukan bijaksana."
Heh, bijaksana maknanya kita bijak di dunia dan akhirat. Hehe.
Sekalipun ilmu yang kita tuntut itu hanya sekadar berkaitan dengan dunia, tapi jika dibuat kerana Allah, insya Allah menjadi ibadah, dan pembela di hari akhirat.
Konsep ibadah luas, bukan setakat yang fardhu saja.
Konsep ilmu dunia pembela akhirat sebenarnya luas untuk dibincangkan. Insya Allah, aku cuba huraikan. Kalau salah betulkan.
Sebagai guru, dalam konteks ini, aku ambil opsyen TESL sebab aku faham.
Dalam TESL, banyak benda mahu belajar. Linguistik, kesusasteraan, fonologi (??), morfologi, semantik, sintaksis, boleh gila kalau belajar benda-benda begini.
Dalam TESL juga, ilmu penguasaan bahasa inggeris dipertingkatkan.
Bagi mereka yang 'belajar untuk exam', mereka sekadar belajar di situ, tapi hujung-hujung atau lama kelamaan, mereka lupa.
Tapi bagi mereka yang cintakan ilmu, sememangnya satu kejayaan bagi mereka.
Contohlah, seorang bakal guru ini belajar linguistik. Linguistik ni, tiada kaitan dengan akhirat.
Tapi dia belajar kerana Allah, dan ia menjadi ibadah.
Walaupun result dia simple atau biasa-biasa saja, tapi dia gembira kerana itulah usaha dia dan Allah beri dia keputusan begitu.
Dari situ, Allah campakkan rasa cinta terhadap ilmu, dan dia berusaha menuntut ilmu-ilmu lain.
Ilmu linguistik itu tidak sia-sia. Why? Apabila dia jadi guru nanti, dia akan ajar anak muridnya agar faham dalam penguasaan bahasa inggeris, di samping suruh mereka belajar kerana Allah.
Dengan izin Allah, semestinya anak muridnya juga akan sukakan ilmu dan berusaha menuntut ilmu-ilmu lain, dan diutamakan ilmu akhirat.
Begitulah konsep sebenar cintakan ilmu. Apabila kita menuntut ilmu kerana Allah, insya Allah akan dicampakkan rasa cinta terhadap ilmu membuatkan kita mahu saja cari ilmu di dunia ni untuk bekalan akhirat.
Dan jangan kira ilmu linguistik itu terhad kepada pengajaran dan pembelajaran saja. Siapa tahu kita mungkin ditakdirkan untuk ke luar negara, dengan ilmu linguistik serta dakwah, sudah tentu kita dapat berdakwah kepada orang lain (terutamanya mereka yang menggunakan Inggeris sebagai bahasa pertama) dengan penggunaan bahasa serta hukum-hukum linguistik yang betul dan teratur.
Insya Allah, pasti mereka tertarik dengan dakwah kita dan akan menerima dengan baik.
Kalau kita guna bahasa pasar, sudah tentu orang kurang suka, terutamanya kalau bahasa pasar itu tidak difahami.
Bukanlah aku kata, penggunaan bahasa yang terlalu strict, cuma bahasa yang mudah dan indah lagi difahami.
Dan kalau mahu tuntut ilmu, tuntutlah kerana Allah.
Gunakan dunia untuk tujuan akhirat. Tapi ingat, manfaatkan dunia ini untuk mendapat kebahagiaan di akhirat. Bukan kita puja dunia ini, dan mendapat azab di akhirat. Nauzubillah.
Setiap perkara, boleh jadi ibadah kalau niat kerana Allah. Jadi tuntutlah ilmu sebanyak-banyaknya. Aku teringat kata-kata Imam Malik, "Ilmu perlu didatangi, bukan mendatangi."
Kita tak dapat ilmu jika kita duduk atau malas cari. Sebabnya, kita yang bergerak, ilmu itu tidak datang sendiri.
Jika ingin memahami ilmu, berdoalah agar hati kita diterangi dengan cahaya yang boleh kita memahami ilmu itu.
Imam Malik berkata kepada anak muridnya Syafie, jangan kotori hati dengan maksiat, agar ilmu itu tidak terpadam.
Belajarlah kerana Allah, bukan exam semata. Betul exam itu penting, tapi jika kita belajar untuk lulus, ia tidak membawa kita kemana. Wallahualam.
Pae - Last paper! Last paper! ^^
Monday, 20 February 2012
Haji vs Kahwin
Assalamualaikum,
Woohooo. Tajuk tu. Kehkehkeh.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku dan sahabat-sahabat serta saudara-saudaraku untuk menikmati duniaMu yang sementara ini. Hehehe.
Lihat pada tajuk, jom cerita kahwin kali ini tapi bukan kahwin biasa, ini berkaitan dengan haji. Hehehe.
Haji vs kahwin, mana lebih penting? Jika ikut secara rawak, ramai akan pilih kahwin sebab...well, I can say that they're impatient for getting married. Hihi. Gurau semata-mata.
Tapi mana-mana pun, ada kelebihannya. Jom kita kaji lebih lanjut.
Apa itu kahwin? Apa itu haji?
Secara umumnya, kita tahu bahawa kahwin itu sunnah nabi manakala haji itu salah satu daripada rukun Islam.
Nabi pernah kata, kalau tak suka kahwin - sunnahnya - maka dia bukan golongan Muhammad. Jom kita lihat hadis di bawah.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku." - Riwayat Bukhari.
Hah! Lihat tu. Nabi sendiri kata kahwin itu sunnahnya, malahan dalam Quran pun ada. Jom kita lihat dalam surah An-Nisaa' ayat 3 yang bermaksud
"Maka kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja."
Allah sendiri memberi kita - kaum laki-laki - untuk kahwin sehingga 4 orang. Jadi? Jelaslah kahwin inilah satu penyebar cinta antara lelaki dan perempuan secara sah. Hehehe.
Haji pula? Bagaimana? Haji, seperti ku katakan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W juga ada dinyatakan.
"Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh." klik sini untuk teks penuh.
Malahan dalam hadis sahih Bukhari juga ada dinyatakan.
Dari 'Aisyah r.anha, katanya: "Ya, Rasulullah! Kami lihat jihad itu adalah amal yang paling utama. Apakah kami tidak boleh ikut berjihad?" Jawab Nabi, "Tidak! Jihad yang paling utama ialah haji yang mabrur (yang diterima Allah swt)"
Haji ialah jihad utama. Itulah paling hebat jihadnya selain jihad menentang nafsu.
Dalam Quran surah Al-Hajj juga disebut pada ayat 27 iaitu bermaksud:
"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.
Dalil untuk haji dan kahwin memang termaktub dalam kedua-dua Quran dan hadis. Hehe.
Kita dah lihat dalilnya. Jadi persoalannya? Mana yang patut dilakukan dulu??
Sekiranya mampu dan kurang sibuk, maka lakukanlah haji terlebih dahulu. Siapa tahu kita ada jodoh di tanah suci nanti. Hehee.
Kenapa aku kata begitu? Aku ada baca blog ustaz ku di mana dia jumpa jodohnya ketika berada di Makkah ketika naik haji. Hehe. Sudahlah dapat jadi tetamu Allah di tanah suci, dapat lagi nikmat iaitu jodoh ketika berada di sana. Itupun, lepas dua tahun baru terjumpa semula. Hebat sungguh perancangan Allah. Ustaz tersebut hanya terpandang sekali, dan selepas dua tahun baru berjumpa dan kahwin. Allahuakbar.
Kalau kita naik haji, pastikan dapat haji mabrur, bukan mahu dapat title haji. Apalah sangat pada title tu, macam berlagak saja.
Jadi buat haji dulu atau kahwin? Depends. Mostly people buat alasan mengatakan belum mampu, padahal harta bertimbun banyak. Itu suruh buat haji banyak alasan, entah-entah suruh bayar zakat pun beri alasan. Nauzubillah minzalik.
Jangan kita kata 'alah. Kalau mampu aku buatlah nanti.' Tapi set dalam fikiran kita untuk buat dalam masa yang cepat. Seriously, aku jeles melihat mereka yang sudah pergi ke tanah suci - haji mahupun umrah - dalam usia yang muda. Insya Allah menyusul. Hehe.
Cerita kahwin apa macam? Lihat hadis sahih Bukhari tu. Cerita 3 orang yang terlalu beribadah sampai puasa setiap hari, tidak kahwin dan tidak tidur kononnya untuk mencapai darjat iman yang tinggi kerana tidak sama seperti nabi - nabi semuanya maksum. Tapi apa nabi kata? Dia kata dia puasa dan berbuka, tidur serta berkahwin. Dia even bagi amaran jika kita tidak suka sunnahnya, maka kita bukan golongan dia. Mahukah kita di akhirat nanti tidak diakui sebagai golongan nabi Muhammad? Semestinya tidak.
Bagi kes kahwin, eloklah kahwin awal supaya dapat elak maksiat - bagi yang wajib. Tapi jika kita lihat, kahwin awal lebih siok berbanding kahwin lewat. Why? Sebab time awal-awal boleh kita bermanja-manja dengan isteri. Hehhe. Kalau dah agak lewat? Boleh cumanya tidaklah sehebat awal-awal kahwin. Pernah aku dengar seorang sahabat bercerita mengenai sahabatnya di mana sahabatnya tersebut kesal kahwin lewat. Reasons? Tak tahulah. Biarlah Allah saja tahu.
Lepas kahwin, bolehlah bawa isteri ke Makkah. Kan? Hehehe. Tapi itu terpulang pada korang. Kahwin atau naik haji dulu. Kahwin sunnah nabi, digalakkan kahwin awal. Haji juga nabi buat, sebelum wafat iaitu pada tahun terakhirnya - sekali saja nabi mengerjakan haji. Dikatakan jihad terbesar sebab ingin mendapatkan haji mabrur. Masya Allah.
Contranya apa? Manada contranya. Kedua-dua molek dan baik untuk dilaksanakan. Pilihan di tangan kita, jika korang tanya aku, aku memang tekad mahu kahwin, tapi pada masa yang sama aku mahu naik haji. Hehe. Tengoklah, aku hanya mampu merancang, Allah telah tetapkan untuk kita semua. Hehe.
Okaylah, itu saja cerita kali ini. Haha. Akhirnya entri dalam BM. Hehehehe. Fikir-fikirlah mana yang korang nak buat terlebih dahulu. Buat haji, okay tiada masalah yang penting ikhlas serta berdoa dapat haji mabrur. Kalau kahwin pun tak apa, yang penting? Ikhlas dan dapat jaga pasangan dengan baik serta menghidupkan suasana agama dalam family. Insya Allah.
Orait, aku mahu buat kerja. Mari bunuh assignment dulu. Bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep aww! T-Ara.
Pae - Kahwin atau haji? Anda pilih. I love T-Ara! Hehehe.
Tuesday, 7 February 2012
Buka aib orang, Allah buka aib kita.
Best tak buka aib orang?
Tanya diri tepuk dada tanya iman.
Andai kata aib korang dibuka, apa perasaan?
Sememangnya kita sentiasa terpikat dengan sesuatu yang tidak baik.
Contoh?
Gosip, umpat, fitnah, dan macam-macam lagi.
Tapi, apa best buka aib orang?
Sekiranya korang dibuat begitu, korang punya reaksi apa?
Sudah tentu marah, kan?
Jadi kenapa buat?
Allah ada janji, jika kita tutup aib orang, Dia akan tutup aib kita di dunia dan akhirat.
Jadi, kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam saja jika ternampak keburukan orang lain.
Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu.
“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Dalam hadis yang lain
“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)
“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).
Jika seseorang itu buat salah, jangan disebarkan aibnya. Tak baik, dosa, haram. Lebih baik kita doa agar dia terbuka hatinya dan bertaubat.
Dia buat salah, boleh jadi kerana kejahilannya. Jadi tak wajar kita buka aibnya. Sedangkan nabi sendiri tak pernah buka aib orang lain, kita ini pula sibuk dengan mereka.
Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?
Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.
Pae - Layan short stories. Weeeuuuuuuuuu.
Sunday, 5 February 2012
Tiap kerjaya ada pronya, yang penting ikhlas.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah. Salam Maulidur Rasul semua. Besok kalau berarak jangan tak ingat akhirat. Jangan tak solat selepas berarak.
Setiap profesion ada kelebihan masing-masing. Kali korang mesti ingat kes seorang jururawat mempertikaikan gaji guru yang naik lagi (ada tu dulu sampai satu Malaysia heboh). Apapun, janganlah bangga dengan profesion. Itu semua nikmat yang Allah beri. Kita mesti bersyukur.
Contoh, kerjaya guru. Sememangnya ramai pihak mempertikaikan kenapa guru gaji saja naik. Tapi korang tahu, gurulah paling banyak terima cabaran berbanding dengan profesion lain. Why? Kalau jururawat, jaga kebajikan pesakit saja perlu dilakukan, cuba selamatkan nyawa orang. Guru? Mendidik anak orang jadi baik, itu seratus kali ganda lebih susah.
Bukan mahu bawa perdebatan, seeloknya kita kena faham situasi. Wajarnya guru naik gaji mungkin disebabkan situasi. Tapi itu belakang cerita.
Tinggi rendah gaji, semua itu Allah bagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Salah satu sebab kita rasa kekurangan duit tu, sebabnya kita kurang sedekah. Percayalah, sedekah itu membawa rahmat kepada kita. Rezeki semakin luas, lebih-lebih lagi kalau kita sedekah atau lebih tepat korban harta di jalan Allah. Memang kita tak rasa kemiskinan. Percayalah, Allah itu Maha Pemurah. Dengan syarat, jangan kita korban harta mahu riak.
Contohilah para sahabat dan juga para mujahiddin terutamanya imam-imam muktabar. Mereka, walaupun ada yang kaya, miskin, peniaga, askar dan sebagainya, mereka tetap berda'wah dan menyampaikan kebenaran dan ilmu. Mereka langsung tidak harap apa-apa melainkan keredhaan Allah S.W.T. Jadi, kalau buat kerja, buat dengan ikhlas. Maknanya di sini juga, guru bukan saja mengajar, tetapi boleh berda'wah. Jururawat bukan saja merawat, tapi boleh berda'wah. Kan?
Tiada guna profesion itu bertaraf dunia, tapi pekerjanya semua tunggang-langgang. Kalau di Jepun, profesion guru paling top di negara tersebut. Dan memang sistem pendidikan di Jepun top. Kalau pelajar bermasalah, guru sendiri pergi jumpa mereka. Bukan kita yang jumpa guru - in case kalau kita minta tolonglah.
Sorrylah yer, memang selama ini kalau ada orang pertikaikan kerjaya guru, aku duduk diam saja. Tapi kali ini, sedarlah korang semua, tiap profesion ada baik dan buruknya. Syukurlah jadi nurse, paling-paling dicomplaint pun, kenapa layanan tidak baik. Mana ada orang complaint kenapa tidak dapat selamatkan orang. Itu tolak takdir tu. Guru? Banyak complaint oi. Tapi kena tabahlah. Hehehe.
Profesion tiada masalah, yang masalahnya ialah orang dalam profesion tu. Sama seperti kereta, jangan salahkan kereta baru kalau kita accident. Fikir-fikirlah. Kereta itu bukan ada nyawa pun.
Jadi secara kasarnya, mana-mana profesion ada kelebihannya. Hehe. Okay no hard feelings. Ini pandangan seorang bakal guru. Kita harus bersikap neutral. Jangan terlalu pro terhadap sesuatu. Bahaya. Ambillah sikap untuk berkecuali supaya tidak timbul masalah. Muhasabah diri. Okay? Hehe.
Setiap profesion ada kelebihannya tersendiri, yang penting kita lakukan tugas dengan keikhlasan.
Pae - Nabi Muhammad diturunkan untuk melengkapkan akhlak. Baginda berda'wah dan menyebarkan Islam, dan kemudian diteruskan oleh sahabatnya dan berterusan seperti sekarang. Tak kira mana-mana profesion, jom kita berda'wah. Sebab itu sunnah nabi paling besar selepas solat berjemaah di masjid.
Friday, 3 February 2012
Maulidur Rasul.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Jumaat telah sampai. Penghulu segala hari, hari mulia dan macam-macam lagi, sepertimana disebut oleh nabi S.A.W dalam hadis riwayat Muslim iaitu
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik matahari ialah yang terbit pada hari Jumaat, dan pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itulah dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga akan berlaku kiamat. Pada hari itu tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
That's why Jumaat ini special. Kan? Hehe.
Tadi pagi solat subuh berjemaah di masjid, alhamdulillah ada kekuatan untuk bangun. Subuh memang payah untuk bangun, tapi sekiranya niat itu ditanam awal-awal sebelum tidur, insya Allah bangun.
Lepas subuh, ada kuliah daripada ustaz mengenai kitab Imam Nawawi Riyadhus Solihin. Perkara yang disampaikan ialah bid'aah.
Kalau cerita bid'aah, memang banyak ceritanya. Mazhab Syafie kata bid'aah terbahagi kepada dua iaitu bid'aah yang baik dan buruk. Tapi macam mana mahu tentukan mana baik atau buruk? Itu terpulang juga kepada sesuatu yang kita buat, sekiranya tidak bertentang syara' maka ia boleh dilakukan.
Seperti kenduri arwah, ada orang kata boleh, sebab nabi pernah buat. Padahal itu bid'aah sebenarnya. Yang betulnya nabi buat ialah baginda suruh orang ramai yang menjamu keluarga si mati. Kalau tak silap aku, ada dalam hadis dan keluarga si mati itu keluarga Jaafar.
Tapi kita? Keluarga si mati yang menjamu tetamu. Sudahlah mereka ditimpa musibah, lagi mereka menghidang tetamu. Sebab itu kita kena belajar mana baik mana buruk. Dibawa ke masjid untuk solat tidak mahu ikut, konon boleh solat di rumah. Padahal ke masjid bukan setakat solat, menuntut ilmu pun ada.
Abdullah bin Ja'far berkata, ketika tersebar berita kematian Ja'far, Rasulullah S.A.W bersabda : "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'far kerana mereka telah ditimpa dengan keadaan yang menyibukkan." HR Ibnu Majah.
Jadi? Mana perlu ikut? Sunnah nabi atau adat? Ofkos sunnah nabi. Jangan buat sesuatu yang tiada dan diada-adakan. Bukan apa, kalau keluarga si mati tu orang miskin, macam mana diorang mahu jamu tetamu mereka? Kan?
Okay, next berkaitan maulidur rasul. Hehe. Popular kan ini di Malaysia?
Para ulama berkata boleh sambut, hukumnya harus sebab ingin memperlihatkan syiar Islam kepada orang lain. Mengajak orang lain untuk meningati Allah dan pemimpin teragung iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, yang menjadikannya bid'aah ialah apabila mengatakan maulud nabi itu wajib ataupun sunat. Zaman para tab'iin dulu tak pernah buat benda ini. Jadi jangan pandai-pandai kata wajib atau sunat yer.
Sama kes dengan memburuk-burukkan orang yang tidak pergi ikut maulud ni. Jangan sembarang kata mereka berdosa. Haaa. Pandailah korang.
Satu lagi yang boleh membid'aahkan dollalah maulud nabi ini jika kita berarak dengan pakaian yang tidak bertepatan dengan syiar Islam. Nabi kata tutup aurat, kita pula tunjuk aurat. Itu bukan menyanjung nabi tu, itu hina nabi namanya. Jadi hati-hatilah.
Boleh buat selagi mana tidak bertentangan dengan syiar Islam. Tapi, kalau sekadar jadi 'Islam' pada maulud nabi, baik lagi korang memperbanyakkan selawat, zikir, dan paling penting jaga SOLAT. Kan?
Tiada guna ikut perarakan, tapi solat ada bocor, kalau bukan bocor, lewat, kalau bukan lewat, sorang-sorang. Kalau bukan sorang-sorang, tidak khusyuk berjemaah, kalau bukan khusyuk, buat maksiat. Tapi mustahil orang khusyu' dalam solat buat maksiat. Jadi tingkatkan kualiti solat kita, banyakkan selawat, zikir dan ibadah lain. Barulah namanya sanjung nabi. Kan?
Itulah sekadar yang aku mahu kongsi berkenaan dengan kulaih subuh tadi dan idea yang Allah kurniakan. Memang ketika maulud nabi saja kita jadi kuat, tapi kalau boleh biar kuat itu berterusan sampai ke masjid dan istiqamah sampai bila-bila. Sama seperti bulan Ramadhan, kita jadi kuat time tu, tapi masuk saja Syawal, astaghfirullah al azim. Mudah-mudahan Allah kuatkan hati kita untuk sentiasa istiqamah. Amin.
Okaylah, agak lama juga tak buat entri. Ini entri pertama untuk Februari. Assignment dah ada dua. Hehe. Yang pertama dah hampir siap, tinggal kedua dan kuiz serta TITAS. Insya Allah siap. Lepas tu study berabis.
Time maulud nabi ni, ada pertandingan kan? Jangan berlumba-lumba mahu dapat kemenangan sepanduk atau perarakan. Tapi tanam dalam hati tentang nabi Muhammad S.A.W. Siapa dia? Pemimpin teragung Islam. Ikutlah sunnah dia, dan jauhi larangan dia. Allah ada berfirman mengenai ketaatan kepada rasul dalam surah An-Nisaa' ayat 80 iaitu
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
Jadi macam mana mahu taat? Sunnah nabi ada. Ikutlah yang benar. Jauhi yang tiada atau haram.
Akhir kata, hari ini hari jummat. Jom solat jumaat wahai muslimin. Jangan malas-malas, nanti Allah tutup hati kita. Nauzubillah. Jangan lupa berwangi-wangian. Kehkeh.
Pae - Wahai si dia yang ku rindui. Jangan lupa solat Zuhur yer karang. Kehkehkeh.
Relevant to
Alkisah Jumaat,
Alkisah PENDAPAT,
Maulidur Rasul
Thursday, 26 January 2012
Islam itu mudah, peraturan tetap ada.
Situasi 1
Azmi terlari-lari masuk ke biliknya. Shahrul terkejut melihatnya.
"Ya Allah mana sejadah ni!!" katanya sambil membongkar laci-laci mencari sejadah.
"Mi, kau apa hal?" tanya Shahrul kini berada di muka pintu.
"Aku cari sejadah. Aku mau solat. Belum solat Zuhur lagi ni." katanya. Shahrul melihat jam di dinding. Waktu Zuhur hampir habis, kira-kira 20 minit lagi.
"Alah. Solat je lah. Pakai kain bersih untuk lapik." cadang Shahrul.
"Eh yelah tu, kau fikir boleh ke? Tak sah solat tau!" bentaknya.
"Betul, tak payah sejadah pun tak apa. Haa nah. Ini kain putih ni. Bikin lapik. Kalau malas hampar, lipat kecil dan letak di tempat sujud. Kau lihat masjid ada sejadah tak selain di tempat imam?"
"Tak ada...Lapik sajalah."
"Jadi? Guna lapik pun okay kalau tak ada sejadah." Yang penting bersih. Sejadah ini umpama lapik supaya time kita sujud tu tidak kotorlah. Lagipun, kalau solat persekitaran mesti bersih kan? Ini lantai ni bersih, tak payah lapik pun okay apa." terang Shahrul panjang lebar.
"Lagipun, manada ada syarat sah solat melibatkan sejadah? Kan?" tanya dia lagi.
"Betul lah. Bak sini kain tu."
Azmi menunaikan solat dengan cepat tapi berhati-hati. Selesai solat, Azmi berdoa dan menoleh ke arah Shahrul.
"Rul, aku rasa kau betul lah. Sejadah ini lapik saja, yang penting bersih, dah boleh solat, ada kain lapik, dah boleh solat."
"Itulah. Sebenarnya kan, nabi sendiri tak guna sejadah untuk solat, paling-paling pun kain sajalah. Takkan kalau tiada sejadah tak payah solat?"
"Betul cakap kau tu. Ramai bagi alasan, tiada sejadah jadi tak payah solat. Jadi senang-senang saja dorang lepas tanggungjawab. Padahal sejadah tiada masuk dalam rukun atau syarat sah pun." Azmi mengiakan sambil menambah pendapatnya.
"Makanya, jangan risau kalau tiada sejadah, kalau ada kain yang bersih dan tidak bergambar, cukup dah untuk solat." kata Shahrul lagi.
"Kenapa pula tidak bergambar?" tanya Azmi.
"Ek eleh. Khusyuk ke hang solat kalau kain tempat sujud tu bergambar? Terutamanya kalau gambar awek hang?"
"Cis, menyindir. Yelah, yelah."
Situasi 2
"Siti, apa niat untuk solat qasar ek? Aku nak qasar Zuhur ni. Kan kita musafir." tanya Rina.
"Niat? Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah. Dalam hati je. Dah cukup." kata Siti.
"Eh biar benar? Arabnyalah."
"Arabnya? Tak perlu. Itu lafaz niat, bukan niat."
"Apa beza lafaz niat dengan niat?"
"Nabi ajar kita niat dalam hati, bukan melalui percakapan. Lafaz itu tak pernah ada, malahan nabi sendiri tak pernah lakukan, apatah lagi sahabatnya, apatah lagi para Imam muktabar." terang Siti.
"Betul ke?"
"Betul. Kan rukun solat mesti ada niat. Tidak pun dinyatakan lafaz niat. Kan?"
"Lagi, jangan susahkan diri dengan lafaz niat ni. Sebab itu orang susah mahu solat sebab tak hafal lafaz niat konon. Padahal yang perlu hanyalah niat dalam hati dan terus takbir. Malahan nabi sendiri pun kalau solat, dia tak kata apa-apa dan terus takbiratul ihram. Kes usolli fardhu zuhri arba'a rakaatin ad'aan lillahi ta'ala tu tak ada dalam sejarah nabi. Malahan juga, lafaz niat ini boleh jadi bid'ah, kalau diperkuatkan bacaannya sebab menggangu orang sebelah. Tapi kalau solat sendiri tu tak apalah."
"Jadi macam mana solusinya ni?"
"Niat je dalam hati. Tak ada apa-apa punya. 'Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah."
"Eh? Rakaat tak perlu?" terkejut Rina.
"Allah Maha Mengetahui. Dia tahu dah kita nak solat Zuhur qasar, jadi dia tahulah berapa rakaat kita akan kerjakan. Ada ke qasar 4 rakaat? Ish ish ish." terang Siti sambil tersenyum.
"Betul juga. Allah tahu dah berapa rakaat kita akan lakukan. Sebab kita niat fardhu Zuhur qasar, sudah tentu 2 rakaat. Hehehe."
"Betul Rina. Yang bezakan solat sunat dan fardhu ialah bagaimana kita niat untuk solat. Jika kita niat untuk fardhu, maka Allah tahulah berapa rakaat. Kalau sunat, Allah sentiasa tahu berapa rakaat. Solat sunat paling tinggi pun 4 rakaat, iaitu sunat tasbih. Rasanyalah. Jadi tak perlu susah-susah nak niat fardhu Zuhur 4 rakaat. Dah namanya fardhu, mestilah fardhu Zuhur 4 rakaat. Kalau fardhu Maghrib 3 rakaat, Subuh 2 rakaat. Kan?"
"Hehe. Betul lah. Thanks ya Siti. Aku solat dulu." kata Rina lalu pergi ke biliknya untuk solat.
* * * * *
Pergh, panjang gila situasi ini. Kena ada pemahaman yang betul supaya tidak bingung.
Islam agama mudah, tapi ada peraturannya juga. Kalau bab solat ini, memang sentiasa ada khilaf di kalangan ulama', tapi mana-mana pendapat boleh diguna.
Situasi pertama tadi, kes tiada sejadah. Guna kain putih. Jangan iktikad bahawa kalau tiada sejadah tak boleh solat, padahal tiada pun hukum sebegitu dalam Islam. Nabi sendiri tak pernah guna sejadah, ish ish ish. Namun digalakkan untuk guna sutrah - penghadang, sekiranya kita solat di tempat laluan orang supaya tidak mengganggu.
Situasi kedua, lafaz niat. Dalam sejarah nabi, tak pernah ada lafaz niat untuk apa jua ibadah seperti puasa dan solat. Tak payah susahkan diri mahu hafal lafaz niat yang dalam bahasa arab tu, niat dalam hati dah cukup. Itulah paling mudah untuk dilakukan.
Kadang-kadang, orang lafaz niat solatnya lebih kuat daripada takbiratul ihramnya. Ini tidak boleh sebab boleh mengganggu kekhusukan orang yang solat di sebelah kita. Sebab itu nabi tak kata ada lafaz niat.
Sama kes seperti doa Qunut. Haaa. Mazhab Syafie kata SUNAT untuk doa qunut dan DISUNATKAN untuk sujud sahwi sekiranya tertinggal. Tapi demikianlah di sini SUNAT sahaja. Bukan wajib. Jadi kalau tertinggal pun tidak apa sebab sunat. Kalau mahu buat, buat. Kalau tak mahu buat, tak payah. Simple kan?
Alasan saja orang yang malas solat subuh. Itulah, disuruh belajar malas. Time disuruh jadi imam, 'saya tak hafal Qunut.' Qunut tu Imam Syafie kata sunat. Lagipun, Imam Syafie juga sendiri pernah tidak qunut ketika solat subuh, ketika bersama dengan pengikut Imam Abu Hanifah. Nabi sendiri pernah buat Qunut dan pernah tinggal. Jadi jangan kata Qunut itu bid'aah, dan jangan kata Qunut itu mesti. Kalau mahu buat, silakan. Kalau tidak pun, tidak apa. Apa yang penting, kita tahu untuk solat.
Jadi jangan susahkan diri anda, sebab Islam ini mudah. Walaupun mudah, tapi peraturan ada. Ada peraturan, tapi senang untuk semua. Supaya kita semua selamat dunia akhirat. Hehehe.
So mereka yang banyak alasan malas mahu solat tu, tiada alasan untuk tidak solat. Selagi masih hidup, selagi itulah kita WAJIB PATUH terhadap Allah S.W.T. Ianya untuk kebaikan kita juga, Allah tidak rugi apa-apa. Kita tolak kebaikan, kita rugi.
Apapun, sekali lagi diingatkan, jangan menyusahkan diri dalam perkara yang Allah permudahkan, dan jangan pusingkan diri mengenai sesuatu yang kurang anda faham. Belajar daripada mereka yang pakar. Insya Allah kekeliruan hilang.
Okaylah, ini saja untuk kali ini. Salah silap minta maaf, hanya ingin berkongsi pendapat, terutamanya mereka yang banyak alasan untuk tidak solat. Hehe. Selamat beribadah semua. ^_^
Pae - Assignment belum terlayan. Pergh.
Monday, 2 January 2012
Tabik kepada Ustaz Azhar Idrus!
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, kini telah berada di bilik tercinta di IPG Keningau. Pergh, seriously no feel at all berada di bilik ini sebab sama saja situasinya seperti semester lepas. Kehkehkeh.
Cerita kali ini, mengenai program ceramah Ustaz Azhar Idrus, yang berlangsung pada malam terakhir 2011. Hooh mantap gila.
Ini kalilah, first time aku suka program New Year. Why? Sebab program tersebut membawa manfaat yang banyak kepada yang hadir mahupun tidak. Why yang tidak hadir pun dapat manfaat?
Korang klik link sini, aku mahu upload tapi sorrylah, terlalu panjang video tersebut. Full video sejam!
Cumanya, link ini boleh diakses kalau menggunakan wireless/broadband yang tidak diblock kerajaan. Klik sini.
Memang salutelah, walaupun aku belum tengok lagi video ini, sebab mau download guna broadband bukan senang walaupun dengan download accelerator IDM.
Di kala program lain semua bertemakan hiburan, inilah program pertama mengenai ilmu keagamaan, dan paling sioknya, 70000 orang hadir ke program ini. Pergh mantap.
Pada malam itu juga, ada konsert reunion AF yang dulu, kononnya sebagai kenanganlah sebab 2012, AF tiada (betul atau tak tanya penganjur). Kenapa tiada? Hehe. Aku fikirkan 2 sebab ja. Firstly, tak laku, dan secondly, dorang takut ramalan puak Maya kot. Hehehe.
Apapun, program bersifat ilmiah inilah yang patut diutamakan oleh kerajaan supaya gejala-gejala sosial tidak berlaku, terutamanya pada malam sambutan tahun baru yang sentiasa di dominasi oleh aktiviti bersifat hiburan. Tak salah berhibur, tapi kalau dah tahap yang diharamkan, yakni melalaikan dan maksiat, hukum haram terus naik.
Pemuda sekarang dahagakan ilmu pengetahuan dan agama. Korang cek saja di page Ustaz Azhar Idrus (Original, cek sendiri di FB. Hehe. Aku selalu lihat soalan-soalan yang dikemukakan oleh mereka yang tidak mengetahui, secara tak langsung aku dapat juga ilmu walaupun tidak menghadiri ceramah beliau. Begitu juga dengan pemuda lain, sebab itu kadang-kadang ada soalan basic ditanya, di mana pada pandangan orang lain (narrow minded), pasti akan mentertawakan soalan tersebut. Tapi soalan basic itulah menjadi asas untuk membentuk diri si penanya tersebut. Malah, kalau aku ragu atau ingin tahu pun, aku akan tanya.
Andai kata di setiap negeri ada orang macam UAI, sudah tentu Islam akan berkembang dengan mudah. Pemuda juga pasti memenuhi masjid-masjid untuk solat berjemaah. Masya Allah, bilalah tiba hari itu. Sudah tentu, apabila Imam Mahdi muncul nanti. Yakin dan pasti!
Apapun, aku sarankan kepada pihak yang selalu buat aktiviti hiburan, sekali sekala buatlah program keagamaan, supaya gejala sosial berkurangan. Terus upgrade, dari sekali sekala, kepada selalu. Hehehe. Apapun, mudah-mudahan tahun ini menjadi tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. Insya Allah.
Okaylah, itu saja untuk entri kali ini, sememangnya itu satu program yang mantap lagi hebat. Kalaulah tiap-tiap sambutan besar ada program sebegini (Hari Raya, Hari Kebangsaan) sudah tentu pemuda akan beralih arah untuk mendalami ilmu, daripada membuang masa tengok dosa. Ups, apapun semoga program ini sentiasa ada untuk pemuda-pemudi yang dahagakan ilmu pengetahuan.
Kesimpulannya, azam baru, azam lama diteruskan, jadilah orang baru, simple saja. Kehkehkeh.
AvA - No feel at all because staying at the same room.
Monday, 5 December 2011
Bergurau dengan perkara yang benar.
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, subuh menjelma. Heh heh. Rehat yang semart. Walaupun susah untuk tidur.
Bergurau dengan perkara benar. Bagaimana itu? Adakah bergurau sedemikian?
Siapa kata tiada? Hehehe. Bergurau dan memberitahu perkara sebenar. Namun demikian, siapa suka bergurau dengan perkara benar??
Semestinya, nabi Muhammad S.A.W. Baginda seorang yang jujur, dan kebenaran sentiasa keluar dari mulutnya. Termasuklah bergurau.
Contohnya? Ketika seorang wanita tua meminta Rasulullah untuk mendoakannya masuk syurga, apa baginda kata? Baginda kata syurga tidak boleh dimasuki oleh orang tua. Korang nampak macam apa? Kejam? Hehehe.
Baginda terus menyuruh sahabatnya untuk beritahu wanita tersebut bahawa dia tidak masuk syurga dalam keadaan tua. Why? Sebab Allah sudah pun berfirman dalam surah Al-Waaqi'ah ayat 35-37 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya."
Masya Allah, punya main semart gurauan nabi. Simple bermakna, bukan macam kita, complex menghina. Astaghfirullah al azim.
Ada satu hadis dimana ia berbunyi sebegini
"Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah." Riwayat Abu Daud.
Apa maksudnya ini? Maknanya kita bergurau dengan perkara yang tidak benar. Sebagai contoh, bergurau yang tak masuk akal, ayam jantan bertelur, kucing bertanduk, ular terbang. Seriously, banyak gurauan tak masuk akal berlaku dalam dunia hari ini. Astaghfirullah al azim
Bergurau perkara palsu sama seperti berbohong. Padahal hanya diharuskan berbohong apabila mendamaikan dan menyelamatkan sesuatu pihak yang benar sahaja.
Selain itu juga, Rasulullah S.A.W juga melarang kita bergurau dengan mencemuh orang lain, memburuk-burukkan orang lain. Like, kita bergurau mengatakan kawan kita dengan sesuatu yang kurang baik, dia suka atau tidak bukan persoalannya. Yang diutamakan, kenapa gurau sedemikian? Heh, habis modal ka bro?
Part itu, wajib kita elakkan. Walaupun kawan kita tidak kisah, tapi janganlah dilakukan. Sebab Allah itu Maha Adil. Lambat laun kita sendiri terkena juga sebegitu. Tapi bolehkah kita menjadi seperti mereka yang tabah?
Kalau aku tak silap, ada satu hadis mengatakan di mana sahabat-sahabat nabi menggelar Bilal bin Rabah dengan gelaran yang menunjukkan sifatnya. Budak hitam kalau tak silap, tapi dilarang oleh nabi sebab menimbulkan aibnya. Tapi kita sekarang? Allah...bergurau tahap petala lapan. Ketawah pun berdekah-dekah.
Sama seperti bermain-main dengan makhluk Allah yang lain seperti kucing, anjing, arnab, kambing. Kalau sesama kita tidak apa, maksudnya, kita bermain dengan mereka untuk menghiburkan hati, supaya sayang menyayang dengan makhluk tersebut. Tapi kalau yang berlebihan, wajarkah? Binatang tersebut juga makhluk Allah, yang tiada akal. Seharusnya elakkan. Barulah semart.
Paling penting, banyakkan bergurau dengan budak-budak dan anak dara. Aww, sebab itu nabi suruh kahwin dengan anak dara sebab banyak ceritanya. Lihat saja Rasulullah dengan Siti Aisyah R.Anh. Keromantikan mereka, kesenangan mereka, keserasian mereka. Adeh, berkobar terus aku mahu mencari.....okay, stop. Jangan cerita bab ini. Hehe.
Kenapa bergurau dengan budak-budak? Well sebab mereka suka bermain. So, di samping bergurau, ajarlah mereka. Macam itulah. Kalau mahu bergurau dengan orang dewasa, berfikir juga 6000 kali. Faham-fahamlah.
Apapun, yang penting, gurauan senda boleh mendatangkan pahala dan menambah dosa bergantung kepada niat, dan isi gurauan itu. So fikir-fikirkan.
Kesimpulannya, adakah korang nak tengok cerita lawak di TV yang mengarut itu? Atau mendengar kuliah agama yang membosankan kepada mereka yang gelap hatinya, tapi bermanfaat? Hehe. Jawab sendiri.
AvA - Elaun, elaun, elaun, kenapa lambat masuk? Sebab belum dimasukkan. ^_^
Saturday, 4 June 2011
AF. Aku Faizava. Aku Feel. Aku Frust. Air Freeze. Apple Fruit.
Aku taip entri ini untuk aku dan kita semua. :) No offense.
Assalamualaikum,
Haaiya. Spoil the mood with the dumb act. Dear SESB, please don't do it again. My laptop might be damaged. Lalalalala.
Okay. Jom straight to the point. AF. Apa ni AF? Aku Faizava la. Haha.
Seriusly, time aku tengok AF tadi, okay apa. Mantap juga, eh, bolehla. Mantap tu kedua tertinggi. Jadi xboleh.
Jadi kenapa kali ni aku mau komen AF? Hehe. Cerita tadi dengan mak ku..
Aku - xprasan ka mak ni AF macam len suda ni.
Mak - kan ni terakhir suda. Dorang mo stop.
Aku - Stop? Ah benar ba?
Mak - betul. (aku ya saja)
Aku - Dorang spoil diari Af kan? Kasi dedah sama urg luar.
Mak - kan last suda. xlaku ba tu.
Aku - Kali la. Lagipun sy xdgr suda ex-af2 yang lain ni. Dorang Vince, Khai, erm..Siapa nombor 3 AF1 tu?
Mak - okay ba juga. tapi..yakan...macam jarang2 dengar ni AF-AF lain...
Aku - Tula ba. Nda laku sungguh. Lagipun kan, sy tgk AF9 ni..kicik2 badan dorang. Macam remaja sekolah. (sudah ditapis ni hahahaha.)
Mak - mmm mmm. Kali la.
Hmm. Setelah berborak, aku rasa aku setuju AF tak laku. Kalau laku, manakah orang yang dulu2 ni? Vince? Zahid? Faizal? Dan ramai lagi? Ceh cam tau ja. Yang aku perasan, si Mawi, Stacy, Mila. Muka dorang ja ni. Hehe. Malah juara AF lepas aku xknal pun.
Aku bukan minat sangat AF ni. Time aku budak hingusan je aku suka2 tengok. Lebih2 lagi lagu dorang nyanyi tu mantap. Tu pasal aku suka tengok. Cuma sejak Stacy tu (malahan AF6 pun aku tengok siapa menang saja) terus down ba ni AF. Betul la AF xlaku. Kalilah. Jangan marah peminat. Lalalalalala.
Bagi aku la, hentikan saja pencarian artis2 hebat ni. Bukan apa. Terlalu ramai suda artis yang dilahirkan dari program realiti (iyer ke??) dan tidak satu pun yang mantap. Hmm. Jadi bagus xpayah kan? Stoplah. Baik lagi Imam Muda tu. Mencari Imam, pemimpin Islam yang hebat. Dan aku tadi melihat page JKM, ada gambar yang ku knal, ya. YDP MPP PLDK. Woaaa. Punya men bagus dia berusaha untuk masuk program Imam Muda.
Semua program realiti ni okay, tapi kalau hiburan, cukup2lah. Terlalu banyak. Dulu ada MI, ada BRTM, MENTOR, apa lagi? Entah. Kalau program realiti mencari orang beragama ka, cari saintis ka, cari mekanik ka, okay apa. Barulah. Kalau hiburan saja, sampai mana kemajuan negara kita?? Sampai?? Fikir sendiri.
Pointless kalau hiburan lebih2. Jadi? Jadi? Kurangkan. Itu jalan terbaik. Kalau mau jadi penghibur, okay, yang penting jangan lalai. Jadi penghibur, buat band (ofkos band baik2) lepas tu hiburkan orang. Penonton sikit xpa, yang penting kasi hibur dengan cara yang tidak langgar syariah. Kalau silap maafkan aku.
AvA - Agak2 tiada AF10 sebab dorang takut 'Kiamat 2012' kot? Lalalal. :p
Saturday, 9 April 2011
Tiada hak anda wahai COUPLE!
Hoooo. Isu couple, hmmm.
Aku mahu ulas tentang budi bicara antara kekasih heteroseksual. Sila buka mata dan buka minda.
Situasi 1
Boy : Sayang apa khabar?
Girl : Baik saja. Hehehe.
Boy : Apa cerita sayang?
Girl : Abang tahu, tadi ada sorang mamat dari *******. Namanya ***********. Siok juga bercerita dengan dia tu.
Boy : SIAPA BENARKAN SAYANG BERCERITA DENGAN LELAKI LAIN HAH?!
Girl : Kenapa abang ni? Kami bercerita je lah.
Boy : Abang tak benarkan. Mamat tak guna tu mungkin nak mengurat sayang!
Girl : Takkanlah? First time jumpa nak suka-suka?
Boy : Abang kata tak boleh tak boleh!
Girl : Apa pula hak abang buat begitu?
Boy : Ek eleh minah ni. Aku boyfriend kaulah!
Situasi 2
Suami - Hai sayang.
Isteri - Abang! Bang, tadi ada seorang customer call, namanya ******. Dia nak jumpa sayang.
Suami - Untuk apa?
Isteri - Untuk bincang tentang tender kafe di IPG ***************.
Suami - Siapa-siapa terlibat?
Isteri - Kami dua je bang. Boleh yer?
Suami - Tak boleh. Berdua-dua dengan lelaki lain selain suami haram.
Isteri - Abang ni. Pentinglah projek ini.
Suami - Bawa kawan yang lain. Mana boleh seorang.
Isteri - Manada yang free time tu.
Suami - Jumpa lain hari.
Isteri - Abang ni. Ini pentinglah bang! Cemburu tahap buta sungguh.
Suami - Sebab abang adalah SUAMI sayang. Selagi abang kata tak boleh, maka sayang kena ikut kata abang.
Nampak tak perbezaan dua situasi di atas? Ofkoslah. Tapi ambil mesej tersirat yer. BF/GF selalu marah dan larang kita kalau bercakap dengan orang lain. Marah habis loh? Tapi mereka tak sedar. Mereka sebenarnya tiada hak untuk melarang sebab mereka sendiri buat begitu. Contoh, si A larang GF dia berdua-duaan dengan lelaki lain walaupun tujuan untuk belajar, tapi dia tak sedar dia juga berdua-duaan dengan GF dia dengan tujuan yang boleh mendatangkan maksiat.
Anda masih bingung? Si A marah GF dia sebab berdua dengan laki2 lain, malahan dia melarangnya. Tapi apakah hak dia? Apakah hak dia?
Tak salah menegur BF/GF kita. Tapi sedarkah anda kita sendiri melakukannya. Masih kurang faham? Kita marah BF/GF kita berdua dengan orang lain, tapi bukankah kita sentiasa melanggar perintah Allah dengan selalu berdua dengan BF/GF mereka? Tak guna menegur kalau sendiri tak buat.
Sebagai BF/GF, kita tiada hak untuk larang mereka untuk berkawan atau jumpa sesiapa, sebab kita tiada IKATAN YANG SAH dengan kekasih kita. Inilah aku maksudkan. Kita bukan suami/isteri kekasih kita yang belum ada ikatan sah, jadi apa hak kita untuk melarang dia bergaul dengan orang lain selain dari kita? Bukankah perkara itu sama saja?
Lainlah, kalau sudah kahwin. Suami kena jaga isteri baik-baik. Isteri kena patuh arahan lakinya. Kalau langgar perintah suami, dosa besarlah jawapannya. Tapi kalau BF/GF? Dua-dua dapat dosa. Sebab? BF dan GF tak pandai jaga diri asyik nak berkepit tahap orang kahwin saja, di mana berdua-dua dengan bukan mahram adalah dosa.
Aku bukan apa, sebab kadang-kadang ada ayat berbunyi,
"Aku BF ko. Ko kena ikut kata aku. Tak boleh cakap dengan lelaki lain selain aku dan keluarga lelaki kau. Faham?!"
Doh, bodoh sungguh. Ko sendiri LELAKI LAIN (lelaki yang tiada ikatan sah dengan kekasihnya), ko bukan suami dia. Manada hak kan?
Tak salah untuk tegur, tegur untuk ke arah kebaikan boleh. Seperti tegur BF supaya jangan merokok, tegur GF supaya tutup aurat. Itu boleh. Tapi ini tegur tak boleh jumpa laki/minah lain sebab HARAM? Tiada perbezaan langsung.
Kesimpulannya wahai COUPLE, fikir-fikirlah yer. Para suami isteri sekalian, mudah-mudahan anda bahagia. Amin.
AvA - Sila fahami entri ini, kerana mungkin boleh membingungkan anda.
Saturday, 26 March 2011
Sekadar lampu takkan ubah semuanya.
Assalamualaikum,
Okay, earth hour dalam masa sejam. Seperti dalam previous entri, aku ada sentuh pasal konspirasi yahudi dalam event ini. Aku hanya menyatakan pendapat saja. Dari korang saja mau buat, terima atau tolak segalanya.
Aku hanya ingin bertanya, adakah sekadar menutup lampu, dunia dijamin selamat? Jawapannya tidak. Dalam iklan Earth Hour 2011, ditunjukkan sekumpulan orang yang menyalakan lilin dan membuat nombor 60 di mana ia melambangkan Earth Hour. Cumanya, bukankah lilin itu MENYUMBANGKAN pemanasan global?
Lilin dinyalakan dan akan melepaskan Carbon Dioksida ke udara. Andai kata satu dunia pasang lilin, dalam masa satu jam, suhu akan meningkat sebanyak 2 darjah celsius. Fikir2lah sendiri.
Kamu pasti kata "alaa..itu orang yang guna lilin. Kami tak pakai lilinlah bro." Betul. Tidak semua pakai lilin. Cuma, kalau sekadar off lampu, elektrik/karan masih berjalan, bukankah menggunakan tenaga?
Sebenarnya, tiap malam kita off lampu. Ketika tidur mesti kita off bukan? Bukan setakat sejam, tapi sampai besok pagi kita off. Lebih lama dari Earth Hour sebenarnya. So, dari korang saja nak buat atau tidak. Aku hanya memberi pendapat.
Aku tak menentang Earth Hour ni, cumanya rasa musykil sebab kalau ikut sebenarnya, pemanasan global disebabkan perindustrian, permodenan, pembakaran dan banyak lagi hal lain. Kenapa pula off lampu konon dapat menyelamatkan bumi ini? Tiada gunanya kalau kita off lampu, tapi elektrik masih berjalan. Tiada guna menggelapkan diri, tapi pembakaran masih berleluasa. Tiada guna tutup lampu, kalau permodenan masih menguasai dunia. Tiada guna kita bising-bising, kalau pokok masih ditebang secara haram gara-gara kerakusan manusia. Hakikatnya, dunia tetap akan sama dan pasti hancur.
Apa yang patut buat ialah ubah diri kita. Bumi ini memang beginilah ni dan akan hancur bila tiba masanya nanti. Bukan apa, EH tu sejam lamanya. Apa jugalah kita boleh buat kan dalam gelap tu? Tidakkah akan menyusahkan kita?
Okay! Betul Earth Hour sekurang-kurangnya boleh 'melewatkan' kehancuran bumi. Tapi tidak sebenarnya. Kalau Allah kata Kun-Fayakun, semua boleh terus hancur. Dan juga, ramai kata EH ini konspirasi barat, di mana aku kata konspirasi yahudi. Macam orang narrow minded bukan? Kita nampak isi tersurat pasal EH ni. Adakah kita nampak isi tersirat EH ni? Kita tak tahu misi sebenar EH ni bukan?
Kalau korang masih tak berpuas hati dengan ulasan aku yang 'ntah apapa ntah', kunjungi blog beliau di sini. Dari sana anda boleh buat kesimpulan anda sendiri. Dalam hadis nabi mengatakan bahawa
Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?” (Riwayat Muslim)
Kita kena fahami mesej yang ingin disampaikan supaya kita sedar sebenarnya. Kadang-kadang, kita ni menolak sepenuhnya kebenaran yang datang sebab kita tidak faham mesej yang disampaikan.
Kesimpulannya, tepuk dada tanya selera. Aku sekadar bagi pendapat dan berkongsi apa yang aku tahu. Seperti yang ku kata, daripada kita off lampu selama sejam, baik kita baca Quran walaupun 10 minit. Dapat lagi pahala. Haruslah diingatkan, NIAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. :)
AvA - Semua ini pendapat si Faiz sendiri. Terpulang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)