Comrades

Showing posts with label Alkisah kahwin. Show all posts
Showing posts with label Alkisah kahwin. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

Mencari yang baik hendaklah jadi baik.

Lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Mana ada manusia yang tidak suka kepada fitrah kan? Lainlah kalau fitrah itu bertentangan.

Seringkali diri diingatkan tentang menjadi baik, mujahadah. Semestinya umpan, atau lebih sedap dikata, perkara yang boleh menarik orang lain menjadi baik adalah cinta.

Betul, cinta. Remaja sekarang suka berbicara tentang cinta. Tapi ingatlah, kalau kita nak cari pasangan yang baik, wajibkanlah diri kita untuk menjadi baik terlebih dahulu.

Cinta itu jika baik jalannya, maka syurga jawapannya. Jika membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. Ayat yang power daripada Hilal Asyraf, yang aku mengolah sendiri tetapi tak ubah maksud.

Memang senang untuk buat baik, tapi menjadi orang baik ialah 100 kali ganda susah. Menjadi orang baik semestinya banyak ujian, bukan setakat ujian biasa-biasa, malah umpatan, makian dan cacian juga akan menyerang kita.

Tapi itu semua boleh dilakukan, boleh dihadapi dengan niat yang betul, kerana Allah S.W.T.

Setiap mukmin yang berjaya, di mana kebanyakan mereka ini semua 'biasa-biasa' saja, tapi mampu mencapai matlamat yang tinggi, termasuklah cinta.

Tak pernahkah terfikir, seorang yang rajin berdakwah malah masih berdakwah sekalipun exam pada esoknya, tapi apabila result keluar, mantap sungguh.

Ini kerana niat untuk berjaya, niat kerana Allah itu mengatasi segala keinginan dalam diri. Jika kita buat sesuatu kerana Allah, sudah tentu ia menjadi ibadah dan Allah pasti menjadi pembantu kita. Tapi ingat, sekalipun amalan itu disertai dengan niat, niat tidak semestinya menghalalkan cara.

Sama seperti cinta. Jika kita berubah menjadi baik hanya kerana ingin mendapatkan wanita yang baik, sudah tentu kita akan dapat wanita tersebut. Tapi ganjaran akhirat yang lebih baik terlepas begitu sahaja. Jadi betulkan niat terlebih dahulu, dan lakukanlah kerana Allah.

Cinta itu fitrah, jangan jadikannya fitnah. Jadi, kalau kita menjadi baik, biarlah kita menjadi baik kerana Allah semata. Bukan untuk mendapatkan cinta manusia.

Remaja kini juga semakin kerap mengatakan pasal kahwin. Sudah tentu aku tak terkecuali dalam hal ini walaupun aktiviti ini aku lebih suka untuk senyap-senyap. Tapi memang tak boleh elak sebab dah dapat 'cop' orang yang suka cerita kahwin.

Kahwin, tadi aku dan saudara-saudara serta sahabatku hadir ke majlis kenduri kahwin. Agak simple sebab diawalkan bagi rombongan lelaki yang terpaksa balik pada petang itu. Memang time tu aku cerita juga kahwin dengan sahabat ku. Banyak cerita jugalah, malah kadang-kadang kenakalan tu tertonjol juga.

Aku berfikir, bilakah tamat zaman bujang ku? Adakah ketika masih belajar? Tahun terakhir? Lepas belajar? Sebelum kerja? Atau selepas kerja? Allah itu Maha Perancang, Dialah juga menentukan segalanya. Jadi aku berserah di samping mencari bakal isteri.

Kadang-kadang aku lost dalam diriku sendiri. Apakah kalau aku mencintai dia, dia terima cintaku? Tapi apapun, buat masa sekarang, aku akan mencintai seseorang itu dengan senyap. Biarlah Allah saja mengetahuinya. Kalau tertonjol juga tu, entahlah. Kehkehkeh.

Apapun, aku bersyukur kepadaNya sebab ada sifat pemalu yang agak lain. Sebab aku tak perlu kawal sangat malu tu kalau berhadapan, bercakap atau berbicara perasaan dengan perempuan, sebab ia datang sendiri. Kehkehkeh. Melainkan mereka yang rapat, cuma buat masa ini, diam itu lebih baik.

Tipulah jika ku kata aku tak mahu kahwin awal. Andai kata ada calon, ibu bapa dan ibu bapa calon isteri benarkan, sudah tentu ku kahwin. Cuma diriku tak sebaik untuk mendapatkan yang baik, dan tidaklah ku jadi baik sepenuhnya baru nak cari, sebab manusia itu fitrahnya baik. Tapi biarlah. Masa itu akan menjelaskan, Allah akan tunjukkan juga. Andai kata ajal itu lamar diriku terlebih dahulu, aku terima.

Baiklah, pukul 2 pagi dah. Aku masuk tidur dulu, kalau termiss subuh kan terharu. Nauzubillah.

Pae - Hati yang baik, anggota lain akan turut menjadi baik. ^_^

Monday, 20 February 2012

Haji vs Kahwin

Assalamualaikum,

Woohooo. Tajuk tu. Kehkehkeh.

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada ku dan sahabat-sahabat serta saudara-saudaraku untuk menikmati duniaMu yang sementara ini. Hehehe.

Lihat pada tajuk, jom cerita kahwin kali ini tapi bukan kahwin biasa, ini berkaitan dengan haji. Hehehe.

Haji vs kahwin, mana lebih penting? Jika ikut secara rawak, ramai akan pilih kahwin sebab...well, I can say that they're impatient for getting married. Hihi. Gurau semata-mata.

Tapi mana-mana pun, ada kelebihannya. Jom kita kaji lebih lanjut.

Apa itu kahwin? Apa itu haji?

Secara umumnya, kita tahu bahawa kahwin itu sunnah nabi manakala haji itu salah satu daripada rukun Islam.

Nabi pernah kata, kalau tak suka kahwin - sunnahnya - maka dia bukan golongan Muhammad. Jom kita lihat hadis di bawah.

Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Ada tiga orang laki-laki datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Nabi saw. bertanya tentang ibadat beliau. Setelah diterangkan kepada mereka, kelihatan bahawa mereka menganggap bahawa apa yang dilakukan Nabi itu terlalu sedikit. Mereka berkata: "Kita tidak dapat disamakan dengan Nabi. Semua dosa beliau yang telah lalu dan yang akan datang telah diampuni Allah." Salah seorang dari mereka berkata: "Untuk saya, saya akan selalu solat sepanjang malam selama-lamanya." Orang kedua berkata: "Saya akan berpuasa setiap hari, tidak pernah berbuka." Orang ketiga berkata: "Saya tidak akan pernah mendekati wanita. Saya tidak akan kahwin selama-lamanya." Setelah itu Rasulullah saw. datang. Beliau berkata: "Kamukah orangnya yang berkata begini dan begitu? Demi Allah! Saya lebih takut dan lebih bertaqwa kepada Tuhan dibandingkan dengan kamu. Tetapi saya berpuasa dan berbuka. Saya solat dan tidur, dan saya kahwin. Barangsiapa yang tidak mahu mengikuti sunnah ku, tidak termasuk ke dalam golongan ku." - Riwayat Bukhari.

Hah! Lihat tu. Nabi sendiri kata kahwin itu sunnahnya, malahan dalam Quran pun ada. Jom kita lihat dalam surah An-Nisaa' ayat 3 yang bermaksud

"Maka kahwinilah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja."

Allah sendiri memberi kita - kaum laki-laki - untuk kahwin sehingga 4 orang. Jadi? Jelaslah kahwin inilah satu penyebar cinta antara lelaki dan perempuan secara sah. Hehehe.

Haji pula? Bagaimana? Haji, seperti ku katakan merupakan salah satu rukun Islam yang wajib ditunaikan. Dalam khutbah terakhir Rasulullah S.A.W juga ada dinyatakan. 

"Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh." klik sini untuk teks penuh.

Malahan dalam hadis sahih Bukhari juga ada dinyatakan.

Dari 'Aisyah r.anha, katanya: "Ya, Rasulullah! Kami lihat jihad itu adalah amal yang paling utama. Apakah kami tidak boleh ikut berjihad?" Jawab Nabi, "Tidak! Jihad yang paling utama ialah haji yang mabrur (yang diterima Allah swt)"

Haji ialah jihad utama. Itulah paling hebat jihadnya selain jihad menentang nafsu.

Dalam Quran surah Al-Hajj juga disebut pada ayat 27 iaitu bermaksud:

"Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh.

Dalil untuk haji dan kahwin memang termaktub dalam kedua-dua Quran dan hadis. Hehe.

Kita dah lihat dalilnya. Jadi persoalannya? Mana yang patut dilakukan dulu??

Sekiranya mampu dan kurang sibuk, maka lakukanlah haji terlebih dahulu. Siapa tahu kita ada jodoh di tanah suci nanti. Hehee.

Kenapa aku kata begitu? Aku ada baca blog ustaz ku di mana dia jumpa jodohnya ketika berada di Makkah ketika naik haji. Hehe. Sudahlah dapat jadi tetamu Allah di tanah suci, dapat lagi nikmat iaitu jodoh ketika berada di sana. Itupun, lepas dua tahun baru terjumpa semula. Hebat sungguh perancangan Allah. Ustaz tersebut hanya terpandang sekali, dan selepas dua tahun baru berjumpa dan kahwin. Allahuakbar.

Kalau kita naik haji, pastikan dapat haji mabrur, bukan mahu dapat title haji. Apalah sangat pada title tu, macam berlagak saja.

Jadi buat haji dulu atau kahwin? Depends. Mostly people buat alasan mengatakan belum mampu, padahal harta bertimbun banyak. Itu suruh buat haji banyak alasan, entah-entah suruh bayar zakat pun beri alasan. Nauzubillah minzalik.

Jangan kita kata 'alah. Kalau mampu aku buatlah nanti.' Tapi set dalam fikiran kita untuk buat dalam masa yang cepat. Seriously, aku jeles melihat mereka yang sudah pergi ke tanah suci - haji mahupun umrah - dalam usia yang muda. Insya Allah menyusul. Hehe.

Cerita kahwin apa macam? Lihat hadis sahih Bukhari tu. Cerita 3 orang yang terlalu beribadah sampai puasa setiap hari, tidak kahwin dan tidak tidur kononnya untuk mencapai darjat iman yang tinggi kerana tidak sama seperti nabi - nabi semuanya maksum. Tapi apa nabi kata? Dia kata dia puasa dan berbuka, tidur serta berkahwin. Dia even bagi amaran jika kita tidak suka sunnahnya, maka kita bukan golongan dia. Mahukah kita di akhirat nanti tidak diakui sebagai golongan nabi Muhammad? Semestinya tidak.

Bagi kes kahwin, eloklah kahwin awal supaya dapat elak maksiat - bagi yang wajib. Tapi jika kita lihat, kahwin awal lebih siok berbanding kahwin lewat. Why? Sebab time awal-awal boleh kita bermanja-manja dengan isteri. Hehhe. Kalau dah agak lewat? Boleh cumanya tidaklah sehebat awal-awal kahwin. Pernah aku dengar seorang sahabat bercerita mengenai sahabatnya di mana sahabatnya tersebut kesal kahwin lewat. Reasons? Tak tahulah. Biarlah Allah saja tahu.

Lepas kahwin, bolehlah bawa isteri ke Makkah. Kan? Hehehe. Tapi itu terpulang pada korang. Kahwin atau naik haji dulu. Kahwin sunnah nabi, digalakkan kahwin awal. Haji juga nabi buat, sebelum wafat iaitu pada tahun terakhirnya - sekali saja nabi mengerjakan haji. Dikatakan jihad terbesar sebab ingin mendapatkan haji mabrur. Masya Allah.

Contranya apa? Manada contranya. Kedua-dua molek dan baik untuk dilaksanakan. Pilihan di tangan kita, jika korang tanya aku, aku memang tekad mahu kahwin, tapi pada masa yang sama aku mahu naik haji. Hehe. Tengoklah, aku hanya mampu merancang, Allah telah tetapkan untuk kita semua. Hehe.

Okaylah, itu saja cerita kali ini. Haha. Akhirnya entri dalam BM. Hehehehe. Fikir-fikirlah mana yang korang nak buat terlebih dahulu. Buat haji, okay tiada masalah yang penting ikhlas serta berdoa dapat haji mabrur. Kalau kahwin pun tak apa, yang penting? Ikhlas dan dapat jaga pasangan dengan baik serta menghidupkan suasana agama dalam family. Insya Allah.

Orait, aku mahu buat kerja. Mari bunuh assignment dulu. Bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep bo peep aww! T-Ara.

Pae - Kahwin atau haji? Anda pilih. I love T-Ara! Hehehe.

Wednesday, 20 July 2011

Agama yang mencantikkan segalanya.

Assalamualaikum,

Yezza. Buruk pula intro ku ini. Patut intro ku dimulai dengan bacaan alhamdulillah, selawat. Takpelah. Aku tak reti nak taipkan. Dalam hati ja ya.

Mari kita cerita lagi cinta. Yeha. Secara tetiba, idea masuk ke otak ku, diberi oleh Allah idea untuk buat entri ini.

Cinta itu fitrah, siapa-siapa menafikannya maknanya dia bukan manusia. Betul atau tidak? Heee. Boleh pusing kepala korang oo fikir-fikir ni benda. Hehehe.

Tadi sewaktu aku post itu sebagai status FB, ramai like. Ya. Makin berlainan status2 FB aku ini. Agaknya nak kahwin dah kot? Ahah.

Ada seorang kawan bertanya, macam mana kalau kita nafikan cinta kita terhadap orang yang hebat? Aku fikir orang hebat agama. Rupanya orang yang cantik, kaya dan keturunan baik.

Hmm. Ada penyelesaiannya untuk ini. Lagipun dalam hadis pun ada. Banyak kalau pasal hadis. Benar. Bukan tipu ini.

Andai kata kita suka seseorang, cubalah tahan dulu perasaan kita. Tanam niat untuk kahwin dengan orang tersebut jika kita mampu. Sebab hadis nabi ada disebut:

"Daripada Abdullah R.A berkata: bahawa Rasulullah S.A.W: Hai para pemuda! Siapa di antara kamu sanggup memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, kerana perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kesopanan (kesucian). Tetapi siapa tidak sanggup, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menahan nafsunya." - Hadis Riwayat Muslim (sahih)

Nampak kan? Apa nabi kata? Kalau suka terus kahwin. Betul kan?
Mungkin ada yang belum tahu pasal hukum hakam couple ini. Macam banyak ja hukumnya. Haha. Sepanjang aku hidup, rata-rata para ustaz bagitau couple itu HARAM. Diulangi, HARAM. Malahan abangku sendiri sokong pendapat ini. Kenapa? Jom rujuk hadis di atas.

"kerana perkahwinan itu menahan pandangan dan memelihara kesopanan (kesucian)."

Ayat ini memang bermakna. Apa maksud menahan pandangan? Kata lainnya ialah menjaga pandangan. Bukan menundukkan pandangan. Tak pasal-pasal terhantuk dinding kan haru. Maksud tahan atau jaga pandangan ialah mengelakkan diri daripada melihat perkara-perkara yang boleh mendatangkan dosa. Seperti melihat aurat wanita. Kalau kes terlihat rambut tu, mungkin ada kiasnya. Aku tak tahu.

Maksud aurat yang lain ialah seperti betisnya, pahanya (seksi) dan paling penting, gambar yang tak patut jangan tengok. Kan3? Dan kalau boleh, kalau bercakap dengan perempuan, janganlah tengok matanya sangat. Tak pasal-pasal dia tergoda. Haha. Jadi camana? Sekejap-sekejap ja tengok. Dan jangan melarat tengok tempat lain. Jadi kalau couple? Sememangnya, pandangan mereka tak mungkin tak melarat ke tempat lain (pada tubuh wanita). Tidakkah begitu?

Kalau sudah nabi pesan untuk jaga pandangan, semestinya kelakuan juga harus dijaga. Wajib dijaga. Jangan pegang-pegang, jangan usik mengusik (physically), jangan cubit-menyubit. Kan? Tapi kalau couple? Adakah couple tak pegang tangan? Lainlah kalau couple tak dating. Kes berjauhan. Hehhe. Kalau belum kahwin, pegang-pegang kan dosa. Bukankah begitu?

Terus percakapan. Haa. Ini juga tergolong dalam memelihara kesucian. Kalau dah berdua-dua, segala percakapan boleh keluar, tanpa tapisan. Pandai-pandailah nak fikir apa maksud ayat ku itu. Dari tanpa tapis, terus tiada lapis. Huh. Bahaya. Kalau dah kahwin, manja tahap gila pun tiada apa-apa punya. Tiada lapis pun okay saja. Urgh!

Itu antara aspek mengapa couple ini haram. Hehe. Baiklah itu kes haram couple. Jom cerita kes meminat ini.

Seperti ku katakan, cinta itu fitrah. Jadi tak salah kita jatuh cinta pada orang lain. Fatimah sendiri pernah jatuh cinta terhadap Ali. Dan mereka berkahwin juga akhirnya. Indah sungguh. Jadi kalau kita macam mana? Ada dua, confess and married, or hold on and tawakal.

Ada 4 aspek memilih perempuan. Hadis nabi ada sebut.

Daripada Abi Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya “Wanita dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka hendaklah kamu memilih wanita kerana agamanya, nescaya kamu beruntung dan berbahagia."

Kan. Harta, cantik, keturunan dan agama. Dan nabi suruh kita pilih agama supaya yang lain-lain akan jadi cantik. Insya Allah.

Memang payah nak cari orang yang berilmu agama. Terus kita pasti akan berkata begini "Ko pikir senang ka mau ambik yang taraf ustazah? Aku ni sudahlah tak berilmu. Solat pun jarang-jarang."

Betul. Aku pernah kata begini dulu, sehinggalah kawanku tegur "Sebab dia taraf ustazahlah kita kena berusaha memperbaiki diri kita."

Jadi kalau korang kata begitu "Aku tak layak. Belum ada ilmu." Jangan kecik hati kalau aku kata "Jadi kenapa ko tak berubah? Bila lagi nak berubah? Tua? Ko yakinkah ko masih hidup nanti?"

Cubalah berusaha untuk berubah. Kan bagus begitu. Sebab Allah ada kata dalam Quran iaitu:

Dan bagaimana kamu akan menjadi kafir padahal kepada kamu dibacakan ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah beroleh petunjuk hidayah ke jalan yang betul (lurus). (A-li'Imraan 3:10)

Cuba kita berubah, berusaha, dan berserah sepenuhnya kepada Allah. Kita boleh rasa sendiri apabila hidayah itu meresap ke dalam jiwa kita. Contoh, selama ni kita buat dosa, tapi kita tak rasa bersalah pun. Tiba-tiba satu hari terdetik di hati bahawa kita telah tersimpang jauh daripada ajaran agama. Itu boleh jadi salah satu tanda hidayah masuk ke dalam hati juga. Wallahu'alam.

Orang yang jahil, apabila diturunkan hidayah, terus berubah tu. Bagaimana pula dengan orang yang tidak jahil? Kita haruslah sentiasa meningkatkan amal ibadah kita. Sebab hidayah boleh ditarik bila-bila saja. Itu semuanya daripada Allah. Jadi kita haruslah berdoa agar kita sentiasa diberi petunjuk kepada-Nya.

Berbalik ke arah berkahwin dengan wanita solehah/lelaki soleh, kalau kita mahu pasangan kita begitu, berubahlah kita. Ada orang berkata, jodoh kita sebenarnya ada di Luh Mahfuz, namun siapakah orang itu, peribadi kita menentukannya. Sebab itu ada ayat ini:


(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur26)

See? Kita baik, baiklah isteri kita. Kita jahat, nauzubillah. Haraplah tidak. Memang ada kes isteri baik dengan suami kaki disko, wanita jalang dengan suami beriman. Memang ada. Tapi sesungguhnya ada hikmah disebalik semua tu. Allah Maha Mengetahui, bersyukurlah kita kepada-Nya atas nikmat diberikan.


Kesimpulannya, mudah-mudahan Allah sentiasa memberi petunjuk kepada kita semua. Amin. Serta pasangan yang baik-baik belaka.

Sweet! Aww!


AvA - Aku jatuh cinta lagi..Ups?

Friday, 4 March 2011

Entri terakhir sebelum MOCK

Assalamualaikum,

Dengan mock exam tinggal kurang daripada 130 jam, aku mau update lah entri ni. Hehehehe. Lepas tu takde dah update sepanjang exam. :(

Semalam aku membaca sebuah buku yang memang menarik perhatian. Tajuknya berkaitan dengan cinta selepas kahwin. WAAAHHH!! Sekalipun tidak setebal novel-novel cinta yang mengarut, tapi aku baca benda tu memang terus aku rasa kagum.

Kenapa aku kagum? Dia menceritakan kehidupan seorang wanita yang sering kali cuba ditackle oleh lelaki yang tidak mempunyai kekuatan agama yang power. Aku baca dengan penuh minat, dengan penuh suka. Hebat sungguh jalan ceritanya. Wanita itu hanya menyintai lelaki yang bertaqwa dan cintakan Allah. Banyak nasihat yang diselitkan sepanjang aku baca tu.

Aku baca dan aku kagum. Punyalah seronok bercinta lepas kahwin ni. Aku tau ramai bising2 di FB apabila aku kata kahwinlah kalau mau bercinta sangat. Banyak komen mengatakan bagaimanalah kalau kita tak kenal pasangan kita? Mampukah kita berbahagia? Kalau aku ditanya soalan begitu lagi, aku jawab apa yang aku tahu, berlandaskan Islam.

Well, dorang komen2 tu aku terima saja. Itu pendapat dorang yang dilahirkan sendiri. Aku menggunakan pendapat berdasarkan ilmu yang aku pelajari. Bukan nak riak, tapi kadang-kadang ada yang macam tak puas hati. Jadi biarlah.

Jadi apa lagi lepas tu? Wah. Dia cerita bagaimana suaminya masuk untuk menikah dia. Aku bilang, punya main bagus. Time akad nikah tunduk langsung gara-gara malu! Kalau kita, tengok bf/gf senyum terus dalam hati "wah, hensem/comel sungguh dia!" Tapi dorang lain. Time dorang dah habis akad nikah dan time malam pertama baru ternampak wajah! Wuisehmen! Aku respect benar.

Banyak lagi diceritakan, tapi aku ringkaskan je lah. Dorang punya gaya bercinta sesudah kahwin, subhanallah! Mengikut sunnah nabi dan aku rasa hampir sepenuhnya. Punya main indah hidup dorang. Aduh, aku terharu tapi aku tak nangis. Aku berfikir, alangkah indahnya kehidupan begitu.

Bahagia sungguh mereka. Tiada keraguan. Aku semakin cemburu dan niat ku untuk kahwin sangat tinggi. Namun, aku mencari isteri berdasarkan ciri-ciri yang telah ku nyatakan dalam Ciri-ciri isteri pilihanku, sebab aku mahu bernikah atas dasar agama, bukan atas dasar maksiat yang maksudnya, kita kahwin dengan orang lain sebab kita suka ciri-ciri kecantikan dan apa2 sajalah yang cantik secara zahir. Bernikah atas dasar agama ialah berdasarkan akhlaknya dan juga kerana Allah.

Wah, aku simpan tekad. Kalau dulu aku niat mau kahwin time belajar, kini aku mau kahwin lepas dapat ijazah atau pun PhD insya Allah. Aku bukan merancang. Tapi niat. Hehee. Jadi aku harap adanya pasangan yang baik untuk aku.

Kesimpulannya, kini aku tak mau pikir pasal cinta. Aku akan halang diriku, hatiku untuk bercinta sebelum kahwin. Time mo kahwin baru pi cari bakal isteri yang namanya sudah tertera di Lauhul Mahfuz. Aku harap dapat yang baik sebab peribadi aku akan mencerminkan peribadi bakal isteriku. Harap kita semua dapat jodoh yang baik belaka! Amin. :)

AvA - :)

Tuesday, 1 March 2011

Ciri-ciri isteri pilihanku...

Assalamualaikum

Hari takde PNP. Jadi masing2 buat hal sendiri. Ingin buat kerja matematik, tapi ingin study benda lain.

Jadi hari ini entri aku ringkas je. Apa dia? Tengok tajuk dulu dan kita tengok apa benda lepas ni.

Aku mendambakan
- Seorang isteri yang cintakan Allah dan rasul-Nya
- Seorang isteri yang kuat agamanya
- Seorang isteri yang penyayang kepada keluarganya
- Seorang isteri yang berakhlak mulia
- Seorang isteri yang pandai memasak
- Seorang isteri yang cantik
- Seorang isteri yang baik keturunan
- Seorang isteri yang pandai menegur orang di sekelilingnya
- Seorang isteri yang taat kepada suaminya
- Dan seorang isteri yang sabar dan tabah

Reasons untuk semua ini adalah supaya
- Aku juga akan turut cintakan Allah dan rasul-Nya
- Aku juga akan belajar agama dari isteriku
- Aku juga akan menyayangi isteriku
- Aku turut memperbaiki akhlak ku
- Aku tidak akan makan di luar, kerana masakan isteri ku memang sedap
- Aku tidak akan cari perempuan lain
- Aku dan isteriku mampu melahirkan keturunan yang baik
- Aku dan isteriku akan melaksanakan amar ma'ruf nahi mungkar
- Aku juga akan setia kepada isteriku
- Dan aku akan tabah apabila isteriku sudah tiada

Jadi sekiranya anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri di atas, maka aku sedia untuk melamar anda.

"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka." (An-Nisa: 34).

"Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya." (Riwayat Ibnu Majah).

"Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak." (Riwayat Ahmad).

"Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak." (An-Nisa: 19).

Aku berharap adanya seorang isteri yang mempunyai sifat-sifat sebegini. Dan aku tak kisah samada isteriku berkerjaya atau tidak, kalau boleh tak payahlah. Sebab tugas mencari nafkah hanyalah tugas suami. Tapi kalau nak juga aku izinkan.

Kesimpulannya, kita pilihlah bakal kekasih hidup kita yang baik-baik punya. Sesungguhnya perempuan mukmin tidak halal bagi lelaki fasik dan begitu juga sebaliknya.

Lebih kuranglah

AvA - Mudah-mudahan kita semua mempunyai jodoh yang baik-baik. Amin...