Comrades

Sunday, 22 April 2012

Mencari yang baik hendaklah jadi baik.

Lumrah manusia untuk mencintai dan dicintai. Mana ada manusia yang tidak suka kepada fitrah kan? Lainlah kalau fitrah itu bertentangan.

Seringkali diri diingatkan tentang menjadi baik, mujahadah. Semestinya umpan, atau lebih sedap dikata, perkara yang boleh menarik orang lain menjadi baik adalah cinta.

Betul, cinta. Remaja sekarang suka berbicara tentang cinta. Tapi ingatlah, kalau kita nak cari pasangan yang baik, wajibkanlah diri kita untuk menjadi baik terlebih dahulu.

Cinta itu jika baik jalannya, maka syurga jawapannya. Jika membawa ke neraka, itu bukan cinta namanya. Ayat yang power daripada Hilal Asyraf, yang aku mengolah sendiri tetapi tak ubah maksud.

Memang senang untuk buat baik, tapi menjadi orang baik ialah 100 kali ganda susah. Menjadi orang baik semestinya banyak ujian, bukan setakat ujian biasa-biasa, malah umpatan, makian dan cacian juga akan menyerang kita.

Tapi itu semua boleh dilakukan, boleh dihadapi dengan niat yang betul, kerana Allah S.W.T.

Setiap mukmin yang berjaya, di mana kebanyakan mereka ini semua 'biasa-biasa' saja, tapi mampu mencapai matlamat yang tinggi, termasuklah cinta.

Tak pernahkah terfikir, seorang yang rajin berdakwah malah masih berdakwah sekalipun exam pada esoknya, tapi apabila result keluar, mantap sungguh.

Ini kerana niat untuk berjaya, niat kerana Allah itu mengatasi segala keinginan dalam diri. Jika kita buat sesuatu kerana Allah, sudah tentu ia menjadi ibadah dan Allah pasti menjadi pembantu kita. Tapi ingat, sekalipun amalan itu disertai dengan niat, niat tidak semestinya menghalalkan cara.

Sama seperti cinta. Jika kita berubah menjadi baik hanya kerana ingin mendapatkan wanita yang baik, sudah tentu kita akan dapat wanita tersebut. Tapi ganjaran akhirat yang lebih baik terlepas begitu sahaja. Jadi betulkan niat terlebih dahulu, dan lakukanlah kerana Allah.

Cinta itu fitrah, jangan jadikannya fitnah. Jadi, kalau kita menjadi baik, biarlah kita menjadi baik kerana Allah semata. Bukan untuk mendapatkan cinta manusia.

Remaja kini juga semakin kerap mengatakan pasal kahwin. Sudah tentu aku tak terkecuali dalam hal ini walaupun aktiviti ini aku lebih suka untuk senyap-senyap. Tapi memang tak boleh elak sebab dah dapat 'cop' orang yang suka cerita kahwin.

Kahwin, tadi aku dan saudara-saudara serta sahabatku hadir ke majlis kenduri kahwin. Agak simple sebab diawalkan bagi rombongan lelaki yang terpaksa balik pada petang itu. Memang time tu aku cerita juga kahwin dengan sahabat ku. Banyak cerita jugalah, malah kadang-kadang kenakalan tu tertonjol juga.

Aku berfikir, bilakah tamat zaman bujang ku? Adakah ketika masih belajar? Tahun terakhir? Lepas belajar? Sebelum kerja? Atau selepas kerja? Allah itu Maha Perancang, Dialah juga menentukan segalanya. Jadi aku berserah di samping mencari bakal isteri.

Kadang-kadang aku lost dalam diriku sendiri. Apakah kalau aku mencintai dia, dia terima cintaku? Tapi apapun, buat masa sekarang, aku akan mencintai seseorang itu dengan senyap. Biarlah Allah saja mengetahuinya. Kalau tertonjol juga tu, entahlah. Kehkehkeh.

Apapun, aku bersyukur kepadaNya sebab ada sifat pemalu yang agak lain. Sebab aku tak perlu kawal sangat malu tu kalau berhadapan, bercakap atau berbicara perasaan dengan perempuan, sebab ia datang sendiri. Kehkehkeh. Melainkan mereka yang rapat, cuma buat masa ini, diam itu lebih baik.

Tipulah jika ku kata aku tak mahu kahwin awal. Andai kata ada calon, ibu bapa dan ibu bapa calon isteri benarkan, sudah tentu ku kahwin. Cuma diriku tak sebaik untuk mendapatkan yang baik, dan tidaklah ku jadi baik sepenuhnya baru nak cari, sebab manusia itu fitrahnya baik. Tapi biarlah. Masa itu akan menjelaskan, Allah akan tunjukkan juga. Andai kata ajal itu lamar diriku terlebih dahulu, aku terima.

Baiklah, pukul 2 pagi dah. Aku masuk tidur dulu, kalau termiss subuh kan terharu. Nauzubillah.

Pae - Hati yang baik, anggota lain akan turut menjadi baik. ^_^

No comments:

Post a Comment