Berpakaian cantik. Kebanyakan manusia sekarang suka berpakaian cantik.
Termasuklah aku, walaupun aku tahu pakaian aku tu tidak cantik sangat. Kehkehkeh.
Kita boleh saja memakai baju mahal-mahal, berjenama, berbangga depan kawan-kawan. Tapi apabila disuruh berpakaian cantik ketika menghadap Allah S.W.T, alahai, tidak pula mahu dibuatnya.
Lelaki, disinonim dengan jubah, kurta, ghamis (semua ini pakaian terbaik untuk menghadap Allah). Perempuan, telekung dah cukuplah. Hihihi.
Cuma zaman sekarang, sunnah semakin dilupakan. Orang jarang dah pakai jubah kalau hadir ke masjid. Adapun orang tua-tua sahaja, itupun tidak semua.
Namun tidaklah aku mahu condemn mereka yang tak ikut sunnah, mereka kemungkinan tak ada duit, atau lebih selesa dengan pakaian mereka sekarang, iaitu baju melayu.
Cumanya bagi golongan muda, rajin-rajinlah ikut sunnah nabi. Ini ikut gaya artis yang mengarut tak tentu pasal.
Tak salah berpakaian cantik, tapi kan bagus kita berpakaian cantik setiap kali menghadap Allah S.W.T. Sekalipun bukan setiap 5 waktu, biarlah ada 2-3 waktu solat fardhu kita dapat hiasi diri kita.
Pakaian itu bertujuan untuk menutup aurat kita. Pakaian terbaik ialah takwa. Kenapa takwa? Sebab ia menjadi penutup atau penghalang untuk menghalang diri kita daripada melakukan larangan Allah.
Pakaian cantik boleh menarik perhatian orang lain, dan itu juga bergantung kepada niat. Sekiranya niat kita ikhlas, insya Allah boleh berpakaian cantik, sebagai satu tanda mensyukuri nikmat Allah S.W.T.
Imam Nukman, atau popular namenya Imam Hanafi sendiri suka pakai cantik-cantik. Ketika ada seorang mengumpat mempertikaikan kezuhudan beliau, beliau memberi hadiah kepada orang tersebut. Apa beliau kata? Beliau berpakaian cantik sebagai satu cara untuk dia mensyukuri nikmat Allah yang diberikan.
Pakaian ini kita boleh lakukan sebagai satu cara untuk bersyukur kepada Allah. Jadi tak salah untuk berpakaian cantik.
Memang betul, Umar al-Khattab berpakaian biasa sahaja walaupun menjadi khalifah. Itu cara beliau sebagai amirul-mukminin. Imam Hanafi ada pendapat lain. Jadi tak salah sebenarnya untuk buat atau tidak.
Kadang-kadang apabila kita ingin pakai sesuatu pakaian, mesti kita fikir pakaian ini okay atau tidak. Malah minta pendapat kawan atau ibu bapa. Cumanya di sini, aku suka ingatkan, biarlah kita berpakaian cantik kerana Allah. Insya Allah ibadah.
Mungkin juga, dengan memakai pakaian cantik, orang lain akan senang untuk mendekati kita. Jangan kita expect setiap orang suka dengan kita. Sebab manusia ini ada yang suka ada yang benci. Itu perkara biasa.
Contohnya pakai jubah atau pun niqab bagi perempuan. Ada orang yang suka ada orang tak suka. Siapa tahu orang yang suka tu Allah lahirkan dalam hatinya untuk mencontohi kita, seterusnya berubah menjadi lebih baik.
Lumrah bagi sebaliknya, semestinya mereka akan berkata "Alah. Pakai niqab konon. Macam baik sangat." Boleh jadi namun bersabarlah. Kita diumpat kita dapat pahala. Jangan biar sesuatu kritikan membuat diri kita jadi lemah untuk pakai cantik-cantik. Kita tahu nawaitu kita. Jadi tak payah kisah orang lain.
Ikhlas itu ialah apabila kita buat sesuatu amalan, apabila dipuji tidak bertambah amalan kita, apabila dicela, tidak berkurang amalan kita. Lebih kurang begitulah. Maintain dan sikit-sikit barulah jadi bukit. Sorrylah, aku lupa siapa yang cakap begitu.
So, jom ramai-ramai kalau menghadap Allah, pakai cantik-cantik. Walaupun tak kita nampak biasa, insya Allah keikhlasan itu akan mencantikkan.
Nah. Sweet kan jubah dan niqab. Kehkehkeh. |
Jom kita pakai cantik-cantik. Tapi muslimah, jangan tabarruj. Zaman sekarang tabarruj itu semakin banyak, malah ada juga yang sudah tua-tua begitu. Apapun, husnuzon sahaja. Mungkin amalan mereka itu lebih baik daripada kita. Wallahualam. Cukuplah muslimah, untuk kamu bertudung labuh, berjubah labuh, kalau boleh niqab lagi walaupun tak salah untuk tidak lakukannya. Sebab bagi muslimin, kamu dah cukup cantik dengan natural face kamu yang penuh keikhlasan, iman dan ketakwaan. Hehehe.
Kesimpulannya, okeh. Aku mahu belajar TITAS.
Pae - Kalau dah berkeluarga, galakkan untuk berpakaian soleh dan solehah. Macam UAI di bawah ni. Kehkehkeh.
Allahurobbi. 1 Family! |
No comments:
Post a Comment