Rutin. Bercakap tentang rutin. Dalam inggerisnya, routine. Jadi mana satu yang asli? Aku bukan pakar bahasa, sila cari sendiri.
Bercerita tentang rutin, rutin ini selalu dikaitkan dengan jadual harian hidup kita.
Betul lah, kalau tidak, dia cerita pasal apa? Kehkehkeh.
Rutin hidup kita ini, ada kata sama, ada kata tidak sama.
Setiap pagi bangun, mandi, pengurusan diri, pergi kuliah, makan tengahari, tidur atau kelas petang, main bola, main FB atau game, tidur.
Rutin biasa bagi mereka yang biasa.
Bagi mereka yang berpangkat, terutamanya apabila ada program, memang tak sama dengan yang biasa, sebab jalan sana sini untuk urus itu ini.
Bagi mereka yang bergelar muslim, sudah tentu, ada pengisian untuk kerohanian.
Bagi mereka yang mukmin, sudah tentu, perkara sia-sia akan dielakkan.
Tapi sebenarnya kita ada rutin yang lebih diutamakan.
Allah sudah tetapkan rutin tersebut untuk dilakukan, malah menjadi kategori wajib.
Apakah itu?
Solat lima waktu.
Inilah rutin harian yang wajib dilakukan sehari semalam.
Tinggal satu dengan sengaja, jadi kufur. Dan boleh hudud.
Tak sengaja, tak apa. Yang penting ganti semula.
Inilah rutin, yang jarang dilakukan oleh manusia yang Islam hanya pada nama, khususnya masyarakat negara kita.
Kenapa kita malas? Hati itu memainkan peranan.
Jika hati kita baik, maka yang lain turut menjadi baik.
Orang mentafsirkan baik itu apabila kita tak buat sesuatu jenayah seperti rompak, samun, rogol, dadah, dan banyak lagi.
Bagi orang beriman, mereka yang baik itu ialah baik akhlaknya dan imannya.
Bagi orang beriman, penjenayah itu ialah mereka yang tidak solat, tidak ikut perintah Allah, lawan Allah.
Jadi? Mana satu lebih bahaya?
Sudah tentu bagi orang beriman, mereka yang tidak ikut perintah Allah malah melawan Allah.
Tidak malukah kita kepada iblis? Dorang tak sujud Adam, tapi sujud Allah. Kita ni? Sujud Allah pun tak mahu? Astaghfirullah al azim.
Jangan pernah tinggalkan solat sekalipun anda sakit. Percayalah solat itu dapat melindungi kita.
Solat berjemaah pula, dapat menyatukan hati-hati orang beriman dalam masjid. Insya Allah.
Solat tahajjud? Menjadi kekuatan untuk mereka yang mengamalkannya. Kekuatan apa? Trylah sendiri atau tanya mereka yang rajin tahajjud. Aku belum dapat rasa lagi tu benda.
Apapun, jangan pernah tinggalkan rutin wajib, tapi buat rutin harus atau sunat. Apakah? Setiap perkara yang kita buat, tidak bercanggah dengan Quran dan hadis, atau kata lainnya, perkara dunia seperti beriadah, main game - game yang bagus-baguslah, outing, jalan-jalan dan lain-lain ialah harus. Menjadi ibadah apabila niat kerana Allah, tapi kalau lalai hukumnya haram.
Rutin sunat? Puasa sunat dibuat, solat sunat dibuat. Tapi rutin wajib tak dilaksana. Tak patut bro.
Jadi, laksanakan rutin wajib dulu, barulah buat yang sunat. Barulah mantap.
Aku malas taip panjang-panjang. Mahu tidur supaya bangun awal. Insya Allah. Dikira lewat sudah ni.
No comments:
Post a Comment