Comrades

Showing posts with label Solat. Show all posts
Showing posts with label Solat. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Permudahkan yang susah

"Bro, aku tak hafal doa qunut, macam mana nak solat subuh?"

"Kak, saya takde bawa telukung, susahlah nak solat."

"Bro, time tahiyat akhir tadi, aku duduk style antara dua sujud, sempitlah. Boleh ke bro?"

"Bro, tadi aku lupa lafaz niat solat, aku niat dalam hati je. Boleh ke?"

Gua bukanlah orang yang pakar agama, pakar hukum, sekadar tahu basic untuk solat-solat ni, alhamdulillah.

Tapi setakat gua belajar, semua keadaan di atas ini, boleh solat dan sah solat selagi mana syarat solat itu dipenuhi.

Kebanyakan kita sekarang telah mula terbit rasa insaf, maka mulalah cari ilmuwan agama untuk minta nasihat, kadangkala kita ini terlalu malu.

Gua dulu begitu, jahil. Tengok style orang solat je. Tengok orang membalikkan tangan ketika mengucap salam, gua pun ikut je. Sehingga gua ditegur oleh bapa gua sendiri.

Lepas tu, ikut sedap hati pula angkat takbir setiap kali bangun daripada sujud ke qiam. Dah kena tegur oleh ustaz.

Itu gua dulu. Tapi alhamdulillah, sekarang gua dah tidak buat lagi benda begitu.

Dear readers, kalau korang menghadapi masalah begitu di atas, jangan risau. Teruskan solat.

Paling popular ialah solat subuh, gua dulu hafal mau mampus doa qunut ni kerana mau lulus PAFA, nasiblah gua bebudak time tu.

Namun, setelah gua terbaca sebuah artikel, sebenarnya doa qunut ini tak wajib pun, kalau tinggal, disunatkan sujud sahwi je. Kalau tak buat pun qunut mahupun sujud sahwi tu, tetap sah solat subuh.

Tapi heran gua ada orang tuduh mereka yang kata qunut itu tidak wajib WAHABI. Ya, gua akui ada orang kata qunut itu bidaah. Gua rasa itu pelik. Bidaah apa kalau nabi pernah buat, kan?

Lepas tu, lafaz solat. Memang dulu gua berabis menghafal semua tu, manalah tau kan, setakat ikut apa yang dalam PAFA. Tapi setelah terbaca sebuah buku, lafaz niat tu tak wajib pun, tapi gua tetap masih ingat lafaznya. Cuma tidak lagi dipraktikkan setelah diberitahu niat itu dari hati ja.

Mudah bukan? Tak perlu hafal panjang-panjang, cukup niat di hati.

Qunut tu bukanlah tak perlu hafal, sebaiknya hafal. Siapa tahu ada orang terlalu fanatik mazhab, nanti dihentam macam-macam. Padahal Imam Syafie pun kata sunat qunut, bukan wajib. Kalau korang baca sejarah, Imam Syafie pernah tidak baca doa qunut solat subuh bersama pengikut Imam Abu Hanifah (betulkan jika salah), dan menjadi imam solat subuh kepada Imam Malik serta tidak baca doa qunut. Kenapa? Dia menghormati mazhab-mazhab tersebut.

Jadi, kalau lu risau tak hafal doa qunut, teruskan saja solat. Nabi tak kata pun qunut ini wajib, sila rujuk kitab. Ada tu dia kata qunut itu tidak wajib, dan nabi pernah menyertakan doa qunut dalam solat fardhu selama sebulan, iaitu qunut nazilah.

Tentang telekung, janganlah risau. Pernah dengar tak orang luar negara yang muslim pakai telekung? Sebab itu diwajibkan melabuhkan tudung dan pakaian, agar senang mahu solat. Ini tidak, bagi alasan tak mau solat sebab tiada telekung, aurat tak buka. Siapa suruh sexy sangat.

Pakai labuh-labuh, cukup dapat nampak muka dan tangan sahaja. Cukup, berwudhu', hadap kiblat dan solat. Pastikan bersih. Sah solat. Insya Allah.

Tentang duduk iftirasy, iaitu duduk tahiyat terakhir. Jangan risau, mana-mana pun boleh. Jangan bikin orang bingung, nanti ramailah bertanya-tanya, kaki saya sakit, macam mana nak duduk begitu.

Duduk cara bagaimanapun tetap sah melainkan duduk cara binatang duduk, itu haram. Imam Syafie saja yang duduk iftirasy ketika tahiyat akhir, manakala imam lain duduk tawarruk. Tapi solat tetap sah, dan mana-mana pun betul.

Ada lagi, perletakan tangan ketika qiam. Ini popular sebenarnya. Ada orang di dada, atas pusat, dan bawa pusat. Setakat ini gua belum jumpa orang yang meluruskan tangannya disisi ketika qiam. Belum ada. Tapi jangan risau, mana-manapun betul kecuali cara yahudi. Sila lihat cara yahudi dan juga syiah sembahyang. Jangan terpengaruh.

Semua yang berlaku ada khilafnya, sebab ada sebahagian ulama jumpa hadis itu, ada jumpa hadis ini. Jadi, yang penting rajin belajar, kaji dan faham. Kalau dah ok, amal. Kalau ada orang tanya, jawab bagus-bagus. Insya Allah ok.

Tak susah nak solat ini, tak perlu nak ikut terus, dan paling penting jangan terlalu taksub. Cukuplah sekadar yang mampu, apa yang penting, takbir, suratul fatihah, rukuk, iktidal, tokmaninah, sujud betul, duduk betul dan tahiyat akhir.

Pernah ada seorang bertanya kenapa iqamat subuh dilewatkan, dia bertanya bukan sebab apa, sekadar ingin tahu. Yalah, itu soalan yang gua rasa bagus juga, sebab ada orang kalau tanya tentang sesuatu yang tak ngam, mesti mengamuk.

Seorang sahabat ini berkata, untuk meramaikan jemaah subuh. Dia tanya lagi, tidak terlalu lewatkah? Sebab pukul 5 azan subuh, 5.30 baru iqamat.

Ketika itu gua tolong sahabat itu jawab, ramai yang rasa lucu tapi sebenarnya memang benar. Dibolehkan lewat iqamat bagi solat subuh bagi memberi pelunag orang untuk mandi junub sebelum datang ke masjid.

Lucu bukan? Sebenarnya, itu antara point yang gua dengar dari ustaz gua mengenai ini dalam tazkirah beliau. Malah dalam buku ustaz Hasrizal pun ada sebut penduduk Turki melewatkan subuh, sebab satunya, mereka bermazhab Hanafi.

Ini fakta betul, gua tidak memain, serius. Mazhab Hanafi melewatkan subuh, sehingga subuh hampir habis baru mereka iqamat dan solat.

Haaa. Bagi kes yang selalu kekurangan jemaah, mungkin bolehlah guna pendapat ini, supaya lebih ramai jemaah.

Dan kalau boleh, jangan terlalu ikut mazhab saja sehingga membuang pandangan orang lain, contohnya Imam Syafie suka qunut, maka kita pun berhempas pulas menghafalnya dalam waktu yang singkat. Padahal pendapat lain tiada qunut pun tidak apa. Ambil yang mudah saja, di samping menghafal qunut itu secara berperingkat. Nanti jadi imam, senanglah nak baca. Kan?

Jadi rasanya itu saja, maaflah gua tiada link atau sumber, tapi silalah rajinkan diri membaca di internet yang sumbernya sahih, ke masjid dengar tazkirah dan cari buku mengenai panduan solat.

Karangan buku itu, seorang alim bernama Ibnu Qayyum al Jauziah kalau tak silap. Ada tu, Panduan Solat mengikut Sunnah Nabi, bapa gua beli jadi gua bacalah. Rupanya banyak benda yang kita rasa tak perlu itu sebenarnya sunnnah manakala yang kita rasa perlu itu bukan sunnah.

Jadi, gua mohon maaf banyak-banyak sebab tak sertakan sumber. Tapi gua sekadar berkongsi ilmu mengenai hal-hal ini, yalah. Gua tidak berapa ingat buku apa, tapi ingat siapa sebut macam tu.

Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan ampuni dosa kita semua. Amin.

Friday, 3 August 2012

Kekeliruan lagi.

Berdiri di belakang saf pertama. Aku melihat imam sedang mengumumkan untuk solat terawih. Ketika ini aku di masjid pekan, memang di masjid pekan, tiada bilal, imam sendiri yang bagitau. Tiada selawat atau bacaan doa, semuanya sendiri-sendiri.

Sedangku melihat orang-orang yang bertugas sebagai pemeriksa untuk bacaan imam - dengan merujuk mashaf Quran yang besar, sebab imam seorang hafiz, aku terlihat ada seseorang memanggil abahku untuk ke depan di belakang imam untuk menjadi seorang pemeriksa juga. Dengan rasa tidak mahu, dia tetap pergi, tapi sedih sungguh, pemuda yang berada di saf pertama di suruh ke belakang, undur satu saf.

Kasihan aku lihat, semangat sungguh pemuda itu untuk berada di saf hadapan, terpaksa ke belakang, atas dasar hormat orang tua. Kalau perintah agama sesiapa berada di saf pertama tak boleh undur ke belakang, sudah tentu dia tak perlu buat.

Inilah kesilapan yang dibuat oleh orang-orang lama kita. Menganggap pemuda-pemuda sepatutnya di belakang, yang tua-tua di depan.

Atas kesilapan inilah, pemuda-pemuda tidak mahu ke depan untuk memenuhi saf. Sepanjang aku pergi mana-mana masjid, pastinya di depan tu kebanyakan orang tua. Aku pasti lihat kiri kanan ku, memang semuanya hampir 97% orang tua. Pemuda-pemuda di belakang.

Bayangkan semasa kecil, seorang anak kecil dibawa oleh ayahnya ke masjid untuk solat berjemaah. Dah bagus-bagus dia di depan dengan ayahnya, tiba-tiba dia disuruh ke belakang dengan alasan saf budak-budak di belakang, dan boleh putus saf jika berada di depan.

Kalau aku jumpa situasi ini, pasti tepuk dahi. Diskiriminasi terhadap budak. Seriously. Nabi sendiri utamakan budak daripada orang dewasa. Haaa.

Berbalik kepada situasi, atas sebab itu, ketika besarm budak tersebut tidak ke hadapan untuk memenuhi saf. Kesian sungguh.

Jadi, jangan buat hukum sendiri budak-budak tak boleh di hadapan. Sebab tu masjid bising, budak-budak main di belakang. Kita marah pula, padahal salah kita suruh dorang ke belakang. Nah.

Galakkan untuk budak ke depan, agar masa depan nanti dorang sentiasa ke depan. Sekarang ni yang tua-tua di depan, itu pun kalau semuanya itu lembut lidah mereka untuk ganti imam (in case imam terbatal).

Pemuda yang mencintai masjid, akan mendapat naungan rahmat di akhirat kelak. Insya Allah.

Kalau tak percaya, pergilah ke masjid, dan tengok situasi. Percayalah, memang begini di kebanyakan masjid.

Jadi, siapa-siapa yang bakal ada anak, jangan buat begitu. Bawa mereka ke masjid, bawa dorang solat di depan dengan korang.

Tuesday, 24 April 2012

Rutin yang wajib.

Rutin. Bercakap tentang rutin. Dalam inggerisnya, routine. Jadi mana satu yang asli? Aku bukan pakar bahasa, sila cari sendiri.

Bercerita tentang rutin, rutin ini selalu dikaitkan dengan jadual harian hidup kita.

Betul lah, kalau tidak, dia cerita pasal apa? Kehkehkeh.

Rutin hidup kita ini, ada kata sama, ada kata tidak sama.

Setiap pagi bangun, mandi, pengurusan diri, pergi kuliah, makan tengahari, tidur atau kelas petang, main bola, main FB atau game, tidur.

Rutin biasa bagi mereka yang biasa.

Bagi mereka yang berpangkat, terutamanya apabila ada program, memang tak sama dengan yang biasa, sebab jalan sana sini untuk urus itu ini.

Bagi mereka yang bergelar muslim, sudah tentu, ada pengisian untuk kerohanian.

Bagi mereka yang mukmin, sudah tentu, perkara sia-sia akan dielakkan.

Tapi sebenarnya kita ada rutin yang lebih diutamakan.

Allah sudah tetapkan rutin tersebut untuk dilakukan, malah menjadi kategori wajib.

Apakah itu?

Solat lima waktu.

Inilah rutin harian yang wajib dilakukan sehari semalam.

Tinggal satu dengan sengaja, jadi kufur. Dan boleh hudud.

Tak sengaja, tak apa. Yang penting ganti semula.

Inilah rutin, yang jarang dilakukan oleh manusia yang Islam hanya pada nama, khususnya masyarakat negara kita.

Kenapa kita malas? Hati itu memainkan peranan.

Jika hati kita baik, maka yang lain turut menjadi baik.

Orang mentafsirkan baik itu apabila kita tak buat sesuatu jenayah seperti rompak, samun, rogol, dadah, dan banyak lagi.

Bagi orang beriman, mereka yang baik itu ialah baik akhlaknya dan imannya.

Bagi orang beriman, penjenayah itu ialah mereka yang tidak solat, tidak ikut perintah Allah, lawan Allah.

Jadi? Mana satu lebih bahaya?

Sudah tentu bagi orang beriman, mereka yang tidak ikut perintah Allah malah melawan Allah.

Tidak malukah kita kepada iblis? Dorang tak sujud Adam, tapi sujud Allah. Kita ni? Sujud Allah pun tak mahu? Astaghfirullah al azim.

Jangan pernah tinggalkan solat sekalipun anda sakit. Percayalah solat itu dapat melindungi kita.

Solat berjemaah pula, dapat menyatukan hati-hati orang beriman dalam masjid. Insya Allah.

Solat tahajjud? Menjadi kekuatan untuk mereka yang mengamalkannya. Kekuatan apa? Trylah sendiri atau tanya mereka yang rajin tahajjud. Aku belum dapat rasa lagi tu benda.

Apapun, jangan pernah tinggalkan rutin wajib, tapi buat rutin harus atau sunat. Apakah? Setiap perkara yang kita buat, tidak bercanggah dengan Quran dan hadis, atau kata lainnya, perkara dunia seperti beriadah, main game - game yang bagus-baguslah, outing, jalan-jalan dan lain-lain ialah harus. Menjadi ibadah apabila niat kerana Allah, tapi kalau lalai hukumnya haram.

Rutin sunat? Puasa sunat dibuat, solat sunat dibuat. Tapi rutin wajib tak dilaksana. Tak patut bro.

Jadi, laksanakan rutin wajib dulu, barulah buat yang sunat. Barulah mantap.

Aku malas taip panjang-panjang. Mahu tidur supaya bangun awal. Insya Allah. Dikira lewat sudah ni.

Thursday, 26 January 2012

Islam itu mudah, peraturan tetap ada.

Situasi 1

Azmi terlari-lari masuk ke biliknya. Shahrul terkejut melihatnya.

"Ya Allah mana sejadah ni!!" katanya sambil membongkar laci-laci mencari sejadah.

"Mi, kau apa hal?" tanya Shahrul kini berada di muka pintu.

"Aku cari sejadah. Aku mau solat. Belum solat Zuhur lagi ni." katanya. Shahrul melihat jam di dinding. Waktu Zuhur hampir habis, kira-kira 20 minit lagi.

"Alah. Solat je lah. Pakai kain bersih untuk lapik." cadang Shahrul.

"Eh yelah tu, kau fikir boleh ke? Tak sah solat tau!" bentaknya.

"Betul, tak payah sejadah pun tak apa. Haa nah. Ini kain putih ni. Bikin lapik. Kalau malas hampar, lipat kecil dan letak di tempat sujud. Kau lihat masjid ada sejadah tak selain di tempat imam?"

"Tak ada...Lapik sajalah."

"Jadi? Guna lapik pun okay kalau tak ada sejadah." Yang penting bersih. Sejadah ini umpama lapik supaya time kita sujud tu tidak kotorlah. Lagipun, kalau solat persekitaran mesti bersih kan? Ini lantai ni bersih, tak payah lapik pun okay apa." terang Shahrul panjang lebar.

"Lagipun, manada ada syarat sah solat melibatkan sejadah? Kan?" tanya dia lagi.

"Betul lah. Bak sini kain tu."

Azmi menunaikan solat dengan cepat tapi berhati-hati. Selesai solat, Azmi berdoa dan menoleh ke arah Shahrul.

"Rul, aku rasa kau betul lah. Sejadah ini lapik saja, yang penting bersih, dah boleh solat, ada kain lapik, dah boleh solat."

"Itulah. Sebenarnya kan, nabi sendiri tak guna sejadah untuk solat, paling-paling pun kain sajalah. Takkan kalau tiada sejadah tak payah solat?"

"Betul cakap kau tu. Ramai bagi alasan, tiada sejadah jadi tak payah solat. Jadi senang-senang saja dorang lepas tanggungjawab. Padahal sejadah tiada masuk dalam rukun atau syarat sah pun." Azmi mengiakan sambil menambah pendapatnya.

"Makanya, jangan risau kalau tiada sejadah, kalau ada kain yang bersih dan tidak bergambar, cukup dah untuk solat." kata Shahrul lagi.

"Kenapa pula tidak bergambar?" tanya Azmi.

"Ek eleh. Khusyuk ke hang solat kalau kain tempat sujud tu bergambar? Terutamanya kalau gambar awek hang?"

"Cis, menyindir. Yelah, yelah."

Situasi 2

"Siti, apa niat untuk solat qasar ek? Aku nak qasar Zuhur ni. Kan kita musafir." tanya Rina.

"Niat? Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah. Dalam hati je. Dah cukup." kata Siti.

"Eh biar benar? Arabnyalah."

"Arabnya? Tak perlu. Itu lafaz niat, bukan niat."

"Apa beza lafaz niat dengan niat?"

"Nabi ajar kita niat dalam hati, bukan melalui percakapan. Lafaz itu tak pernah ada, malahan nabi sendiri tak pernah lakukan, apatah lagi sahabatnya, apatah lagi para Imam muktabar." terang Siti.

"Betul ke?"

"Betul. Kan rukun solat mesti ada niat. Tidak pun dinyatakan lafaz niat. Kan?"

"Lagi, jangan susahkan diri dengan lafaz niat ni. Sebab itu orang susah mahu solat sebab tak hafal lafaz niat konon. Padahal yang perlu hanyalah niat dalam hati dan terus takbir. Malahan nabi sendiri pun kalau solat, dia tak kata apa-apa dan terus takbiratul ihram. Kes usolli fardhu zuhri arba'a rakaatin ad'aan lillahi ta'ala tu tak ada dalam sejarah nabi. Malahan juga, lafaz niat ini boleh jadi bid'ah, kalau diperkuatkan bacaannya sebab menggangu orang sebelah. Tapi kalau solat sendiri tu tak apalah."

"Jadi macam mana solusinya ni?"

"Niat je dalam hati. Tak ada apa-apa punya. 'Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah."

"Eh? Rakaat tak perlu?" terkejut Rina.

"Allah Maha Mengetahui. Dia tahu dah kita nak solat Zuhur qasar, jadi dia tahulah berapa rakaat kita akan kerjakan. Ada ke qasar 4 rakaat? Ish ish ish." terang Siti sambil tersenyum.

"Betul juga. Allah tahu dah berapa rakaat kita akan lakukan. Sebab kita niat fardhu Zuhur qasar, sudah tentu 2 rakaat. Hehehe."

"Betul Rina. Yang bezakan solat sunat dan fardhu ialah bagaimana kita niat untuk solat. Jika kita niat untuk fardhu, maka Allah tahulah berapa rakaat. Kalau sunat, Allah sentiasa tahu berapa rakaat. Solat sunat paling tinggi pun 4 rakaat, iaitu sunat tasbih. Rasanyalah. Jadi tak perlu susah-susah nak niat fardhu Zuhur 4 rakaat. Dah namanya fardhu, mestilah fardhu Zuhur 4 rakaat. Kalau fardhu Maghrib 3 rakaat, Subuh 2 rakaat. Kan?"

"Hehe. Betul lah. Thanks ya Siti. Aku solat dulu." kata Rina lalu pergi ke biliknya untuk solat.

* * * * *

Pergh, panjang gila situasi ini. Kena ada pemahaman yang betul supaya tidak bingung.

Islam agama mudah, tapi ada peraturannya juga. Kalau bab solat ini, memang sentiasa ada khilaf di kalangan ulama', tapi mana-mana pendapat boleh diguna.

Situasi pertama tadi, kes tiada sejadah. Guna kain putih. Jangan iktikad bahawa kalau tiada sejadah tak boleh solat, padahal tiada pun hukum sebegitu dalam Islam. Nabi sendiri tak pernah guna sejadah, ish ish ish. Namun digalakkan untuk guna sutrah - penghadang, sekiranya kita solat di tempat laluan orang supaya tidak mengganggu.

Situasi kedua, lafaz niat. Dalam sejarah nabi, tak pernah ada lafaz niat untuk apa jua ibadah seperti puasa dan solat. Tak payah susahkan diri mahu hafal lafaz niat yang dalam bahasa arab tu, niat dalam hati dah cukup. Itulah paling mudah untuk dilakukan.

Kadang-kadang, orang lafaz niat solatnya lebih kuat daripada takbiratul ihramnya. Ini tidak boleh sebab boleh mengganggu kekhusukan orang yang solat di sebelah kita. Sebab itu nabi tak kata ada lafaz niat.

Sama kes seperti doa Qunut. Haaa. Mazhab Syafie kata SUNAT untuk doa qunut dan DISUNATKAN untuk sujud sahwi sekiranya tertinggal. Tapi demikianlah di sini SUNAT sahaja. Bukan wajib. Jadi kalau tertinggal pun tidak apa sebab sunat. Kalau mahu buat, buat. Kalau tak mahu buat, tak payah. Simple kan?

Alasan saja orang yang malas solat subuh. Itulah, disuruh belajar malas. Time disuruh jadi imam, 'saya tak hafal Qunut.' Qunut tu Imam Syafie kata sunat. Lagipun, Imam Syafie juga sendiri pernah tidak qunut ketika solat subuh, ketika bersama dengan pengikut Imam Abu Hanifah. Nabi sendiri pernah buat Qunut dan pernah tinggal. Jadi jangan kata Qunut itu bid'aah, dan jangan kata Qunut itu mesti. Kalau mahu buat, silakan. Kalau tidak pun, tidak apa. Apa yang penting, kita tahu untuk solat.

Jadi jangan susahkan diri anda, sebab Islam ini mudah. Walaupun mudah, tapi peraturan ada. Ada peraturan, tapi senang untuk semua. Supaya kita semua selamat dunia akhirat. Hehehe.

So mereka yang banyak alasan malas mahu solat tu, tiada alasan untuk tidak solat. Selagi masih hidup, selagi itulah kita WAJIB PATUH terhadap Allah S.W.T. Ianya untuk kebaikan kita juga, Allah tidak rugi apa-apa. Kita tolak kebaikan, kita rugi.

Apapun, sekali lagi diingatkan, jangan menyusahkan diri dalam perkara yang Allah permudahkan, dan jangan pusingkan diri mengenai sesuatu yang kurang anda faham. Belajar daripada mereka yang pakar. Insya Allah kekeliruan hilang.

Okaylah, ini saja untuk kali ini. Salah silap minta maaf, hanya ingin berkongsi pendapat, terutamanya mereka yang banyak alasan untuk tidak solat. Hehe. Selamat beribadah semua. ^_^

Pae - Assignment belum terlayan. Pergh.