Assalamualaikum,
Mac dah pergi, April menjengah. Pejam celik pejam celik, subhanallah. Tinggal 2 bulan saja lagi untuk semester ini.
Mungkin aku kira bulan 4, ataupun penghujung bulan Mac adalah masa paling sibuk dan mungkin berakhir pada akhir April nanti. Tapi sesibuk mana pun kita, solat jangan lupa!
Agak lama sudah aku tak menjenguk laman web WASABER. Mungkin ada berita baru, ada cerita baru, ada orang baru, ada cewek baru dan macam-macam lagi. Tapi siapa boleh tipu hatinya kalau dia seorang blogger tegar. Aku memang rindukan WASABER.
Tapi memandangkan tiap malam sibuk, tiap pagi petang sibuk, maka aku tak berkesempatan untuk menziarahi laman web tersebut. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita semua. Amin.
Aku rasa bukan aku saja yang sibuk. Ramai lagi yang sibuk. Dari IPG lain, dari IPTA lain, dari sekolah lain. Semuanya sibuk. Baru tadi aku lihat page WASABER di FB, kurang sedikit keaktifan oleh geng-geng tegar WASABER yang memang selalu ada tiap-tiap masa di FB. Jadi sunyilah sikit page tersebut.
Pasal CRB? Aku pun jarang masuk dah. Sibuk ja kan. Tapi kalau ada masa yang terluang, insya-Allah aku pergi masuk CRB. Saja mahu tengok gelagat geng-geng WASABER tu. Heh heh.
Seperti telah dinyatakan, kita hanya hilang sibuk apabila kita sudah meninggal dunia. Jadi walaupun sesibuk mana kita, jangan lupakan akhirat. Paling penting itu.
Apapun, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita agar kita boleh relaks untuk beribadah. Amin!
AvA - Malam ni drama lagi.... Aku akui. Aku rindu seseorang. Lalalalala.
Makin ramai wasaber yang bz skg ni faiz..CRB pun sunyi jak..hmmm
ReplyDeleteaku kah yg kena rindu² tu..
ReplyDeleteiya makin ramai wasaber yg busy skrg faiz...ndapa, yg penting dlm hati tetap ada WSB kan...
semoga sukses ya...:)
@Alfian J. Betul. Mudah-mudahan urusan kita dipermudahkan. Amin
ReplyDelete@Zurina J. Semua aku rindu kak. Hehehe. Betul Harap semua ok. heee
ReplyDelete