Pae melangkah masuk ke dalam sekolah. Dia terfikir-fikir dalam kepala, mana kelas aku ni? getus hati kecilnya. Dia ternampak seorang senior yang memang di cukup kenal. Ditegurnya.
"Bro, wassup. Hehe." kata Pae.
"Ai pae? ko di sini pulak?" senior tersebut membalas sapaannya.
Mereka bercerita dan bertanya khabar masing-masing. Akhirnya dia jumpa juga kelas dia selepas senior tersebut memberitahu. Ternyata, dia masuk kelas yang paling hebat di sekolah itu.
Di kelas, Pae melihat seluruh kelas. Ada yang dia kenal, ada yang langsung tak kenal. Dia ternampak seorang perempuan merangkap classmate di sekolah rendah. Dia senyum, dia tak perlu terkejut. Perempuan itu memang genius. Di sekolah lama, di kelas lama, perempuan itu sentiasa mengatasi Pae. Pae pula sentiasa di tempat kedua. Perempuan itu bernama Oni.
Pae melangkah ke suatu tempat. Tempat kawan lamanya di sekolah rendah. Mereka berbalas sapa. High five sambil bertanya-tanya. Pae tahu dia dan rakan lama dia dulu bergaduh selepas habis exam besar. Tapi sekarang dah okay. Lepas tu datanglah rakan lain yang sememangnya budak-budak genius kelas itu. Pae berkenalan dengan mereka. Bob kawan si Pae pun banyak cerita. Dari situ, mereka berkumpul dan sentiasa beercerita.
Ternyata ada lagi satu kejutan bagi mereka. Ketika cikgu Frey mengajar subjek Geografi, tiba-tiba pintu diketuk.
"Cikgu, ini ada murid baru." kata pengawas yang mengiringi pelajar tersebut. Setiap pelajar melihat, berharapkan seorang wanita bagi lelaki, dan sebaliknya bagi perempuan. Pelajar tersebut lelaki.
"Baiklah. Sila kenalkan diri anda." kata cikgu Frey.
Bermulalah sejarah kelas itu.....
"Vester, ko gini gini gini..."
"Bla bla bla..."
"Bla bla bla..."
Pae hanya duduk diam. Dia melihat saja si Vester yang dah mula buat kawan ramai2 walaupun baru masuk. Pae diam saja. Di sebelahnya, Iman dan seorang perempuan bernama Ina. Tidak diketahui sangat siapa perempuan tu. Di belakang Pae seorang perempuan bernama Mary, sebelahnya Lyn dan sebelah lagi Anne. Pae sentiasa bercerita dengan Mary. Kata-kata di kelas mula kedengaran membicarakan keintiman Pae dan Mary.
"Pae!" Ayu memanggil. Pae menoleh. Dia melihat Ayu dan rakan-rakannya mengamit dia untuk datang ke tempat mereka. Pae lantas menuju ke arah mereka.
"Apa hal Yu?" tanya Pae.
"Duduk dulu." arah Ayu. Sebelahnya Ana dan Ifa. Sebelah Pae pula Zi dan Yana. Mereka semua melihat Pae. Pae rasa malu. Maklumlah, first time duduk dengan perempuan.
"Pae..." Ayu bersuara. Pae terus melihat Ayu. Erm, cantik juga Ayu ni, desis hati Pae. Tiba-tiba..
"Sudikah kau keluar dengan Ayu? Hari Sabtu ni?" kata Ayu sambil memegang tangan Pae. Pae terkejut. Lembutnya tangan perempuan ni.
"Err...er....err...." Pae tergagap-gagap. Rakan-rakan dibelakang mereka, Bob, Im, Dam, Ram, Vester, An, Riz semua ketawa melihat gelagat Pae. Pae berasa panas di mukanya.
"Pae free tak Sabtu ni?" Ayu bertanya lagi. Pae menggelengkan kepalanya. Dia tidak tahu apa harus diperkatakannya.
"Oh, takpelah. Pae, jangan risau. Ayu nak lihat reaksi lelaki je tadi tu. Jangan risau ya." kata Ayu. Pae hanya mengangguk. Pae bangun dan menuju ke tempat geng lelaki. Bob beritahu dia, dia pun tadi dikenakan begitu. Pae diam. Dan dia berasa malu...
Tiada guru memasuki kelas mereka. Memang bising. An, dilabel sebagai Tambi, memang bising. Dia dan geng-geng dia tu la yang selalu buat bising. Pada ketika ini, Oni, Dam, Nick dan beberapa lagi orang lain telah berpindah ke MRSM. Jadi kelas genius ini di conquer oleh geng-geng gila. James juga join mereka. Hanya ada satu budak saja di kelas tu, diam-diam ubi tapi genius. Dri namanya.
Sampai saat kelas itu mencapai kemuncaknya, mereka mula bermain baling kapur. Pada ketika itu, papan hijau masih digunakan dan kapur sebagai alat tulis. Baling punya baling, datang cikgu. Terkejut mereka.
"Bising juga kelas kamu ni! Mana ketua kelas??!?!!" suara cikgu merangkap guru kelas teriak tinggi. Ketua kelas, Janie berdiri dalam keadaan resah.
"Saya cikgu." terketar-ketar suara dia.
"Kenapa ko tidak jalankan tanggungjawab ko? Siapa main kapur tadi tu? Give their names to me!" arah cikgu tersebut. Janie terpinga-pinga. Dengan bantuan rakan lain, akhirnya keluar juga muka bersalah si pesalah yang disebut oleh mereka. Im, James, An, Dri, Riz, Vester, Mary yang tidak main pun kena, Lyn, Jenny, Ifa dan Bob. Mereka semua diam saja.
"Kamu tulis surat pada cikgu dan hantar besok!" kata cikgu tersebut sebelum melangkah pergi. Pae pula terselamat sebab dia memang tiada main. Dia bercerita dengan Mary tapi akhirnya Mary yang dituduh pesalah.
Siapa sangka cikgu kelas mereka datang. Rupa-rupanya kebisingan kelas genius itu mencecah hingga ke bilik guru. Sudahlah bilik guru hanya 20 meter dari kelas mereka, depan-depan pula tu. Kadang-kadang bising, memang kena denda punya. Paling teruk, disuruh angkat kerusi oleh guru mereka sebab terlalu bising. Heboh satu sekolah, kelas genius pertama bermasalah di sekolah tersebut. Apa tidaknya, senior semua okay. Tapi tradisi dipecahkan. Patutnya kelas itu jadi contoh kepada kelas lain, tapi lain jadinya. Dan sampai bila-bila, penghuni kelas itu akan mengingati denda pertama mereka. Angkat kerusi ke tengah padang pada ketika panas. Itulah dia, kelas 1 INTELEK.
Dan semuanya selepas itu, ialah sejarah. Seperti kata HLOVATE.
Pada ketika sedang menunggu loceng berbunyi pulang, Pae sedang bercerita dengan Mary. Kebisingan kelas tersebut tidak dihiraukan oleh mereka. Hatta pada ketika itu, petang yang gelap, jadi guru tiada masuk kelas. Pae cuba berbicara hati ke hati dengan Mary. Setelah sekian lama memendam. Di belakang Mary, Vester mengacau Mary. Kacau daun orang katakan. Setelah lama memendam, akhirnya, itulah kali pertama Pae meletup. Hampir saja meja-meja di kelas tu terbalik gara-gara auranya.
"Kau kan Vester, cuba jangan kacau si Mary!" sambil menghempas buku di meja. Satu kelas senyap. Kerusi di sebelah Pae terjatuh ketika Pae berdiri tadi. Vester diam. Dia terus ke belakang kelas, ke tempat Im. Pae duduk semula. Dia melihat Mary menangis. Pae terus pujuk dan akhirnya Mary pun stop nangis. Pae ingin memberitahu sesuatu, tapi lidah terkelu. Dengan sekeping kertas, Pae meluahkan keinginannya menjadi kekasih Mary.
Apakah jadi? Dari situlah, Pae belajar, sakitnya terlalu berharap, sakitnya terlalu menyayangi, dan sakitnya itu CINTA. Sejak itu, hubungan Pae dan Mary jadi renggang. Dari situ, Pae suka bersendiri. Kawannya? Hanya seorang. Dri. Budak pandai itu. Tapi itu pun sekadar ala-ala kawan saja. Beralih arah, ke tempat Val. Sentiasa lepak di tandas bercerita. Kadang-kadang bergeng dengan perempuan rockers kelas lain, Pat, Cia, Fi, Vira, Tia dan beberapa lagi. Selalu saja bercerita, dan kadang-kadang bertengkar. Terutamanya Pae dan Pat. Nasib tidak bercouple.
Sejak situ, Pae bina semula kekuatannya. Akhirnya, dia berjaya memulihkan dirinya, selama hampir 9 bulan. Macam mengandung ja, HAHAHA!
AvA - 2005/92
No comments:
Post a Comment