Comrades

Thursday, 7 April 2011

Mereka ingin ditembak ke?

Assalamualaikum,

Ampunkan diriku sebab title tu gila benar. Kehkeh. Gurauan semata-mata.

Well, today amat siok sebab drama hanya waktu pagi hingga ke tengahari. Well, gara-gara elaun dah masuk ofkos la petang tidak praktis. Hehehe.

Dalam hari ini banyak kejadian berlaku. Tapi ada satu cerita yang panas cumanya amatlah memalukan profesion perguruan, melainkan kes tertentu.

Betul, apa nak jadi dengan akhlak para remaja? Atau lebih tepat dewaja? Dewasa + remaja? Dimanakah intergriti dan maruah mereka? Apa ini tempat orang barat ke?

Aku tak mahu ulas panjang. Kes ini selalu didengar, atau kebiasaan berlaku di barat. Itu budaya mereka, kini anak-anak muda negara kita mula melakukannya. Oh hebatnya. Tak ingin ku sebut tapi jangan fikir bukan-bukan, kalau setakat berdating, pegang tangan perkara biasa (konon) tapi kalau dah tahap cantuman part pertama, apabila nafas bertemu nafas, lidah bertemu lidah, bibir bertemu bibir, apakah itu budaya kita?

Tak perlulah nak sibuk-sibuk pasal mereka. Tanya diri juga. Tanya diri juga dan tanya diri juga. Kita sibuk kutuk-kutuk orang, tapi kita ni sedar diri ke? Banggalah kita konon "alaa tengok aku tak buat begitu. Dorang, teruk!"

Jangan kata orang teruk sekiranya tak pandai nilai diri sendiri. Maafkan mereka sebab mereka itu 'terjatuh'. Palinglah aku benci dan benci, pesalah telah diketahui, tapi ada orang suka berteka teki lagi seperti.."oh dorang pula tu yang buat." Ini menimbulkan persoalan. Lebih baik diam-diam sajalah. Nama saja guru tapi perangai tu, macam ingin promosi atau jual ceritalah tu.

Paling bagus cara menegur ialah bagitaulah, janganlah memalukan profesion perguruan, ingat diri, jaga akhlak. Aku nak persoalkan sikit, itu baru sikit punya hal, couple bercumbu. Kenapa kalau orang merokok, dating sana sini, pegang tangan sana sini tidak dipersoalkan? Kira berita hotlah kan perkara yang tersebut tu. Semualah mahu diperbesarkan, ambil iktibar saja. Jangan sampai menyakitkan hati orang. Kata orang teruk sendiri sepuluh kali ganda lebih teruk.

Siapa kita untuk nilai? Siapa kita untuk nilai? Sepatutnya kita beri nasihat, pengajaran, iktibar, bukan kata makian! Apa yang menyedihkan, apabila hot news ini tersebar, rata-rata mengutuk, ups, mengkritik tapi boleh diterima. Cuma sesetengah pihak suka sungguh guna ayat makian, cacian, cercaan, ko kata orang teruk, ko lebih teruk suka kata begitu. Agak-agaklah mau guna tu ayat.

Bukan aku sokong pesalah, tapi janganlah sampai tahap sadis ba. Tidak apa bagitau untuk pengajaran, tapi jangan sampai menimbulkan persoalan yang membuatkan orang betul-betul ingin tahu siapa pesalah sebenar, lepas tu mula buat cerita atau lebih senang bergosip. Tak baik memburuk-burukkan orang. Beri dia peluang lebih baik daripada memaki. Okay? Atau lebih baik, bina diri untuk jadi guru yang baik. :)

Aku dah banyak merungut ni. Eceh, tidaklah terlalu. Aku pun tahu aku bukan baik, kita semua masih belajar. Betulkan aku kalau ada silap, saling menasihati lebih baik sebenarnya. Maaflah entri kali ini memukul hidung kita semua. Tapi prinsip aku, siapa makan peria, dia rasa pahit, siapa kena air panas, tangan dia melecur. Hehehe.

Kepada anda semua, jaga akhlak kita dengan baik. Ada kekasih sekalipun buatlah cara baik. Jaga baik2, ini perangai ikut barat, stoplah please okay? Nanti anak murid pun terikut, salah siapa? Kita juga. Heeee.

Haa, ambik pengajaran yer semua. Tapi siapa-siapa tak puas hati silakan, kalau ingin ditembak. Kehkeh. Gurauan semata-mata.

AvA - Ambil pengajaran. Jangan ambil kisah siapa pelakunya, yang penting jaga diri agar tidak terjebak. Dan jangan kata orang teruk kalau anda 2x2 atau pun lebih teruk daripada dorang. SOKONG MAN UTD!!!






No comments:

Post a Comment