Comrades

Sunday, 10 April 2011

Lebih baik berdiam diri.

Assalamualaikum,

Hoooo. Sejuk sejuk sejuk. Hujan memang mendatangkan kesejukan. Ofkos. Hehehe.

Kali ini, jom kita bicara tentang menghadapi orang yang suka berdebat, tengkar, berlawan kata dengan kita iaitu diam. Cara paling susah di dunia. Korang tak percaya ke???

Better silent than talk - Google.com


Definisi diam mengikut dewan bahasa faiz ava, ialah tidak berkata dan tidak membuat sebarang pergerakan yang membawa maksud. Faham? Simple, tapi itulah kebenaran.

Kita dalam hidup ni, kalau tak berdebat, berlawan kata dengan orang memang tidak sah hidup kita. Percayalah. Memang semua orang pernah rasa tu. Kadang-kadang sampai nak tahap bertumbuk pun ada, bersifat dingin pun ada dan banyak lagilah.

Kebanyakan kita memang tak mahu mengalah. Degil. Degil. Dan degil. Kan? Ada juga yang mengalah tapi golongan yang melawan memang sikit. Kita tak mahu terima pendapat orang lain, ingin diterima saja pendapat kita.

Sebenarnya tak baik begitu, menjejaskan kesihatan mental dan emosi. Yalah, kalau orang lain tolak bulat-bulat pendapat kita, tak ke haru? Hehehe. Lepas tu siap hentam lagi dengan komen bikin panas.

Aku sendiri pernah mengalaminya. Ya memang sakit. Tapi syukur sungguh Allah kurniakan kesabaran yang tinggi. Tapi bukan apa pun, hanya sekadar berbahas. Heeheh. Cerita kami tu pasal bola sepak eropah. Tak payah sebutlah kelab apa yang penting aku kan peminat setia Man Utd. Kawan ku pun sama, yang dua orang lagi Arsenal/Barca, Liverpool. Dengan Man Utd kalah kepada Chelsea serta Liverpool, berabis dorang kenakan aku.

Di sini perbahasan berlaku. Lepas tu cerita sikit pasal pemain hebat, mesti muncul pemain dari Barca. Barca. Barca. Aku tak benci Barca, dan aku tak pernah mempertikaikan kehebatan dorang. Yalah masing-masing power kan? Tapi kawanku seorang ni temberang tahap bikin panas hati. Cakap pun sudah bikin panas, bangga sungguh dengan Barca tu. Aku rasa, inilah mungkin namanya die hard fans bola sepak. Sungguhpun aku peminat setia, tapi aku tak gila sangat. Kalau kalah, terima, menang pun terima. Lumrah kan?

Lepas tu sibuklah dia mau cerita, mau bising-bising Man Utd kalah, kasi ketawa la, kasi malu la. Aku panas la ba. Ofkos, tapi apa ku buat? Takkan aku mahu balas balik kan? Memang bergaduh la kami kalau begitu. Aku diam dan senyum ja. Terus dia pun makin lama makin bosan, dan dia pun stop. Kalau ada lagi cerita bola, aku cerita pasal team yang menang ja. Kalau Man Utd kalah, aku diam saja. Biarlah kena kutuk, tu Man Utd bukannya family ku. Hehehe. Tapi kalau Man Utd menang, aku share sama kawanku yang juga peminat Man Utd ja. Sebab kalau bising2, makin teruk kena aku dipanaskan, konfom kena sebut "Ahh! Tiadalah Man Utd tu macam sial saja." Siapalah tak panas kan?. Jadi diam adalah paling baik.

Itulah kelebihan orang yang diam sebenarnya. Tak ramai yang dapat buat. MEREKA HANYA DAPAT BUAT KALAU BERHADAPAN DENGAN ORANG TUA/PENSYARAH/GURU mereka sahaja. Percayalah. Kenapa? Sebab mereka hormat, walaupun mereka benci.

Dan juga, ada satu hadis nabi yang mengatakan bahawa diam ini pengubat hati. Orang yang diam dan kalam banyak ialah orang yang bagus dan hebat. Walaupun diam, tapi banyak ilmu dia. Macam mana kalau orang yang sikit ilmu? Orang itu lebih senang berdiam diri. Sebab dia tahu dia kurang ilmu.

Kalau kita banyak cakap, banyak salah kita buat. Banyak salah, banyak dosa kita buat. Banyak dosa, banyak peluang untuk memasukkan kita dalam neraka. Itu apa yang ku dapat dari ceramah ajaibnya hati tadi. Banyak lagi tapi buat masa ni aku belum dapat recall.

Kalau kita berhadapan orang yang suka bising-bising dan hentam kita, lebih baik kita diam. Berfikir dalam dan cuba cari mungkin dia betul atau mungkin kita tidak salah, bukankah begitu?

Pernah ketika dulu, aku dan kawanku masih berbahas. Jom tengok.

P - Torres pindah Chelsea berapa harganya tu?
F - 50 juta euro.
Aku - 50 juta pound.
F - Euro. 50 juta euro ba.
Aku - Pound ba. 50 juta pound. (aku tak mengalah ni)
F - Asta, euro ba. Ada dia bagitau, 50 juta euro.
Aku - Cek di internet.
(Mencari)
F - Cari dulu. (dah jumpa. terdiam)
Aku - (hanya menengok saja dari belakang dengan diam. Ternyata, aku betul.)
Hehehe. Berbahas lagi pasal bola sepak. Lepas tahu ja aku betul, aku diam saja. Dia pun terdiam, terus tukar topik. Aku malas mau bising-bising walaupun betul. Sebab itu hanya menambah malu kepada dia, dan seterusnya boleh menyakitkan hati dia.

Begitulah cara untuk berhadapan dengan orang yang degil dalam berkata-kata, yang susah mahu terima pendapat, diam saja. Kita kena pertahankan pendapat kita dalam situasi
1. Kita yakin betul
2. Kita boleh berhujah untuk menyokong pendapat kita
3. Kita tahu pendapat kita itu ialah FAKTA

Diam yang kurang ilmu lebih baik daripada bising berlagak berilmu. Kita kena hati-hati setiap percakapan kita, supaya tidak banyak salah kita. Tapi kalau kita ragu-ragu dengan pendapat kita, cuba kita dengar pendapat orang lain dengan berdiam diri. Lepas tu berfikiran positif dan cuba untuk twist pendapat kita supaya diterima juga. Sebagai contoh

Aku - Solat tidak payah lafaz niat pun cukup. Dalam hati ja pun boleh.
Kawanku - Paling bagus lafazlah, sebab sunnah. (betul ke ada sunnah lafaz solat?)
Aku - Iya ka?
Kawanku - Betul la. Imam Syafie yang galakkan.
Aku - Ooo. Tapi kan, lebih baik kalau dalam hati saja. Sebab kalau lafaz niat, takut nanti terganggu orang sebelah. Hilang khusyuk dia nanti tu.
Kawanku - Betul juga. Tapi sunnah ja ba tu. 

Macam tu lah. Aku pun kurang pasti pasal topik lafaz niat ni, tapi aku tahu, tak payah lafaz pun tak pa.

Walaupun diam dan dengar pendapat, tak semestinya terima bulat-bulat. Kena cek dulu bukti/fakta sebelum buat kata putus.

Jadi, kalau kita ingin berbahas, kena bahas dengan baik-baik. Kalau tak tahu, diam dan dengar. Kalau tahu cuba pertahankan. Diam juga boleh hilangkan kemarahan, kalau kita bergaduh, ofkos bertengkar kata kan? Cuba kita diam saja dan duduk dengan tenang. Ofkos tidak keluar tu hormon marah. Tapi kalau kita masih degil dan tengking menengking, adrenaline dalam badan akan menggerakkan badan kita untuk membuat pergerakan fizikal yang membawa kesan buruk. Sudah tentu kita tak mahu begitu bukan?

Aku kira setakat ini aku mahu share pasal diam ni. Banyak kelebihan diam ni. Cuma aku tak tahu sangatlah kalau yang lebih advance.

So, kalau ada orang yang cari pasal, pandai-pandailah ya. Aku dah gitau basicnya, tinggal anda saja untuk mempraktikkannya.

Kesimpulannya, diam itu lebih baik daripada bising manakala diam yang berilmu lebih hebat dari dua golongan tersebut.

AvA - Topik bola sepak sentiasa dibicarakan antara lelaki. Harap maklum.

No comments:

Post a Comment