Comrades

Sunday, 7 November 2010

Cerita Cinta III

  'Hehehe! Aku dapat juga kau akhirnya! Kau jadi milikku sekarang wahai si cantik!' Ariel kelihatan seperti tidak sabar untuk menikmati tubuh Erin yang sudah terbujur tidak sedarkan diri. Mereka semua kelihatan gembira seolah-olah telah mencapai kejayaan. Mereka mengamati tubuh Erin yang masih berpakaian.
"Eh, Rem! Kau kunci pintu tu! Takut pula ada orang masuk tiba-tiba!" arah Ariel. Rem mengangguk. Ariel dan rakan-rakannya cuba membuka pakaian sekolah Erin. Rem pula menuju ke arah pintu yang hampir tertutup. Dia terlupa untuk meminta kunci pintu daripada Zam yang mereka curi daripada pengawal sekolah.
"Zam!! Kunci!!" Ariel dan rakan-rakannya terganggu seketika untuk melaksanakan kerja syaitan mereka. Zam menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci lalu dilemparkan ke arah Rem. Mereka menyambung semula niat jahat mereka. Rem pula tergesa-gesa untuk mengunci pintu namun tatkala Rem ingin menutup pintu tersebut...
BAM!!
"Argh!" Rem terpelanting ke belakang apabila pintu tersebut ditendang oleh seseorang dan terkena muka Rem. Darah mengalir dari hidungnya. Dia mengerang kesakitan. Rakan-rakannya terkejut apabila dikejutkan bunyi dari arah pintu. Sebelum sempat mereka bersuara, sebiji batu yang sederhana besar terkena kepala Ariel yang sedang berusaha membuka pakaian Erin. Ariel terjatuh. Dia memegang kepalanya. Dengan perasaan marah dia bangun.
"Siapa tu?!!" Ariel mencari kelibat orang yang menganggu mereka. Dia hairan tiada sesiapa di pintu tetapi dia melihat Rem mengerang kesakitan. Belum sempat Ariel bersuara, satu penumbuk singgah di pipinya dan dia terpelanting. Rakan-rakannya tergamam. Mereka ingin bertindak namun kesemua mereka telah dibelasah begitu teruk. Mereka mengerang kesakitan. Ariel pula cuba menyerang balas pemuda tersebut namun ketika dia cuba menumbuknya, dia hanya menumbuk angin. Belum sempat Ariel memusingkan badan, dia telah pun ditendang di bahagian perut dan terjatuh sambil memegang perutnya kerana kesakitan. Rakan-rakannya yang lain mengambil besi yang berada di situ dan menyerang pemuda tersebut. Tetapi semuanya sia-sia kerana serangan mereka berjaya ditepis dan dielak malahan dibalas semula dengan tumbukan serta tendangan. Erin yang masih terbaring, kini dalam keadaan separuh sedar. Dia cuba bangun namun dia tidak mampu. Erin melihat seorang lelaki berlawan dengan 10 orang lagi. Erin cuba mengenali wajah lelaki tersebut namun akhirnya dia pengsan semula. Ariel dan rakan-rakannya pula sudah pun tewas. Mereka semua tidak mampu untuk melawan lelaki tersebut yang hebat dalam seni mempertahankan diri. Lelaki tersebut bergegas ke arah Erin untuk memeriksa keadaannya sebelum berlari untuk mendapatkan pertolongan.

  "Emmm..." Erin membuka kelopak matanya. Dia masih dalam keadaan pening. Dia merasakan dirinya berada di tempat yang asing. Lantas dia bangun dan mengamati keadaan sekelilingnya. Dia berfikir dengan dalam. Dia hairan bagaimana dia boleh berada di tempat itu.
"Syukurlah kau dah sedar." Erin dikejutkan satu suara yang dikenalinya. Lantas dia menoleh. Dia kenal orang itu. Perempuan tersebut membawa buah tangan untuk diberi kepada dirinya.
"Di mana ni?" Erin bertanya kepada rakan baiknya. Lisa terkejut seketika dan memberi senyuman kepada rakan baiknya.
"Kau di bilik sakit. Pelik soalan kau tu." Lisa menjawab dan masih sempat untuk mengusiknya.
"How come?" Erin masih kebingungan. Lisa faham apa yang dimaksudkan oleh rakannya. Lantas dia ceritakan hal sebenar.
"Bagaimana?Kau lupa ke?Kau kan pergi bumbung tadi jumpa orang tu. Kau lupa?" jelas Lisa. Dia sebenarnya belum tahu apa yang terjadi di bumbung tadi.
"Jumpa orang...orang..orang..." Erin berfikir dalam. Cuba mengingati  keadaan sebelum dia terlantar di katil di bilik sakit. Dia menutup matanya. Lisa sekadar memerhati. Dia tahu bahawa Erin sedang berfikir untuk mengingati semula. Tiba-tiba Erin membuka matanya. Dia memegang lengan Lisa. Dia kelihatan seperti ketakutan. Lisa hairan dengan tindakannya.
"Apahal ni Rin?" tanya Lisa. Erin pula sudah memeluk Lisa.
"Tolong aku Lisa. Ada senior nak..." Erin tidak menghabiskan ayatnya. Dia amat gerun untuk memikirkan semula kejadian tadi.
"Nak apa?" Lisa cuba mengorek cerita. Namun dia kehairanan melihat Erin yang mula mengalirkan air matanya. Tiba-tiba pintu dibuka. Seorang lelaki masuk. Lisa dan Erin memandang ke arah lelaki tersebut.
"Syukurlah awak dah sedar. Takut betul saya tadi lihat keadaan awak yang pucat." jelas lelaki tersebut. Erin pantas mengangkat mukanya. Dia kehairanan dan kebingungan.
"Apa maksud awak?" tanya Erin.
"Tadi awak pengsan. Gara-gara budak samseng tu. Syukurlah hati saya tergerak untuk mengekori awak. Sesampai saja di bumbung saya lihat awak dah pun pengsan. Jadi saya cuba selamatkan awak." lelaki tersebut tersenyum. Erin terkejut. Lisa pula memandang lelaki tersebut.
"Jadi syukurlah saya dapat selamatkan awak." sambung lelaki itu.
"Awak...belasah mereka semua?" Erin semacam tidak percaya. Lelaki itu hanya mengangguk sambil menundukkan muka.
"Allah yang gerakkan hati saya." balas lelaki tersebut dengan rendah diri. Erin terdiam seketika. Lisa pula memandang ke arah Erin dan kemudian ke arah lelaki itu semula. Dia hanya mendiamkan diri.
"Saya minta diri dulu." namun ketika lelaki itu melangkah, Erin memanggilnya.
"Awak..erm...siapa?" tanya Erin tergagap-gagap. Dia sebenarnya malu untuk bertanya soalan itu. Hatinya mula rasa lain.
"Saya..Fariz." balas lelaki tersebut sambil tersenyum. Erin mengangguk.
"Terima kasih ya Fariz sebab menolong saya." Erin memberi senyuman yang manis kepadanya. Fariz sekadar mengangguk dan membalas senyuman tersebut. Dia menolak pintu dan keluar. Tiba-tiba guru disiplin, Encik Hakim pula masuk ke dalam. Setelah bertanyakan keadaan Erin, dia cuba meminta keterangan daripada Erin berkaitan dengan kejadian di bumbung tadi. Erin faham dengan kehendak gurunya itu lalu menerangkan semuanya dari A-Z. Setelah itu, dia mengucapkan terima kasih lalu keluar. Erin dan Lisa kemudian keluar dari bilik sakit dan menuju ke kelas.
(bersambung)
 

No comments:

Post a Comment