Comrades

Wednesday, 23 February 2011

Andai kata mereka masih hidup....

Assalamualaikum, jom kita bicara tokoh Islam kali ini. Hehehe. Aku share yang aku tahu je.

Andai kata mereka masih hidup....

1. Abu Bakar As-Siddiq
Sahabat pertama yang memeluk Islam. As-Siddiq merupakan gelaran baginya kerana membenarkan apa yang diperkatakan oleh baginda S.A.W. Khalifah untuk kerajaan Khulafa Ar Rasyidin yang pertama. Beliau memerangi golongan riddah dan nabi palsu daripada menguruskan jenazah baginda S.A.W kerana golongan ini lebih berbahaya kepada masyarakat Islam pada ketika itu. Beliau sangat tenang ketika kewafatan baginda dan telah memujuk Umar al Khattab untuk bersabar.

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu golongan murtad dan ajaran sesat dah lama kena 'tabrak' oleh beliau.

2. Umar al-Khattab
Seorang lelaki paling berani menghadapi kaum kafir Quraisy. Baginda berdoa kepada Allah S.W.T agar jadikan samada Umar atau Abu Lahab supaya  masuk Islam. Dan yang terpilih ialah lelaki paling berani tersebut. Siapa masih ingat kisah tentang pengisytiharan beliau sebagai Islam depan orang ramai terutamanya pembesar kafir Quraisy? Mereka tergamam dan ketakutan melihat Umar. Malahan iblis laknatullah pun takut pada  beliau, aku ada terbaca dalam hadis mengatakan sekiranya Umar pilih jalan pertama, iblis tidak akan melalui jalan itu kerana takut bertembung dengan Umar. Subhanallah! Keberanian bertambah selepas masuk Islam! Dan ketika mahu berhijrah, Umar ada berkata begini : Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama Allah.” Kata Umar lagi: “Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini.” Pembesar Quraisy macam mana? Diam je.

Andai kata lelaki paling berani ini masih hidup, sudah tentu A.S, Yahudi dan sekutunya gigit jari  sampai putus melihat keberanian yang dikurniakan oleh Allah kepada beliau. Mereka pasti tidak buat jenayah di muka bumi Allah ini.

3. Uthman bin Affan
Seorang yang sangat bencikan keganasan. Musuh-musuh Islam tak berani untuk membawa bertengkar kerana beliau mempunyai akhlak baik dan lemah lembut. Malahan jika berhadapan dengan musuh pun secara lemah lembut. Jasa beliau adalah penyumbangan harta beliau ke jalan Allah. Banyak sangat. Subhanallah. Zun nurain digelar kerana beliau memperisterikan 2 puteri nabi S.A.W selepas salah satu meninggal dunia.

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu ramai yang mencontohi beliau untuk menderma harta ke jalan Allah. Subhanallah!

4. Ali bin Abi Talib
Sepupu nabi S.A.W. Berkahwin dengan Fatimah (anak perempuan nabi S.A.W). Orang pertama memeluk Islam dari golongan kanak-kanak. Beliau memang berani. Ingatkah anda siapakah yang menggantikan Rasulullah S.A.W di tempat tidurnya ketika baginda ingin berhijrah ke Madinah untuk membangunkan Islam di sana? Dialah orang itu! Saidina Ali!

Andai kata beliau masih hidup, sudah tentu tiada yang berani menghina Islam.

Jadi itulah saja tokoh-tokoh Islam yang sentiasa kita dengar, baca, tahu dan faham. 4 sahabat Rasulullah S.A.W yang dijamin masuk syurga. Subhanallah. Betapa indahnya mereka.

Aku bukan mahu mempertikaikan qada dan qadar Allah. Aku mahu share apa yang kita semua selalu lupakan. Dan sekarang kita semua sememangnya tidak perlu lagi fikir panjang2 siapakah orang yang mampu bawa kegemilangan Islam ini semula. Tidak lain dan tidak bukan, Imam Mahdi dan Nabi Isa A.S. Mereka akan turun saat dunia ini mula didatangi oleh Dabbatul Ard, Dajjal dan Yakjuj Makjuj.

Rancangan Yahudi dan Amerika sekarang juga ialah mencari Imam Mahdi, aku terbaca di satu domain. Dorang kunun mau cari mau bunuh dia. Tapi mereka tidak tahu, kalau Allah berfirman Kun-Fayakun, maka siapalah kita untuk mau menghalang perintah Allah. Sama seperti Firaun ketika Nabi Musa lahir dulu. Allah kata kun-fayakun, lahirlah Nabi Musa dan selamatlah baginda A.S dari ancaman Firaun.

Jadi, aku share ini supaya kita ingat dan cuba memperbaiki diri kita. Aku berpesan khas untuk diriku sendiri dan kita semua supaya membangunkan Islam dalam diri kita. Ramai2 ba kita. :)

Kesimpulannya, mari kita sama-sama amalkan Islam dalam kehidupan dan yakin bahawa Allah ada di sisi kita bagi yang bertaqwa kepada-Nya. Amin.

P/S - Kalaulah mereka semua masih hidup, insya Allah aman damai saja kita. Insya Allah kita akan merasai keamanan itu ketika masanya dah tiba. :)

No comments:

Post a Comment