Comrades

Thursday, 17 February 2011

Khamis

Assalamualaikum...
Diriku kini beransur sihat, syukur alhamdulillah. Tapi kawanku pula masih lagi sakit. Tak pe, ujian tu bagi orang yang beriman.

Siapa ada baca berita hairan harian hari ni? Online punyalah.  Hehehe. Ni na ni.

Sumber Berita Harian

Nampak ke? Kalau x nampak layarilah ke web mereka. Ada tu. Tak payahlah aku nak bagi link.

Kerajaan mula memberi perhatian untuk melarang penjualan minuman bergas. Baguslah tu. Sihatlah murid2 ku dan bakal anakku nanti. Eceh, hahaha. Siapalah jadi bini ku ni...alalala....

Memang bagus langkah kerajaan buat begitu. Tak payahlah larang2. Terus kasi haram ja. Sebab memudaratkan. Banyak asid tu. Cumanya, satu perkara yang perlu kerajaan buat sejak dari dulu lagi.

Apakah itu? PENGHARAMAN ARAK! Itu yang kerajaan perlu buat sejak dulu lagi. Why? Arak tu yang buat gejala sosial makin teruk. Tapi kerajaan macam memandang remeh je tentang arak tu. Marah kalau gejala buang bayi ni berlaku, tapi gara2 apa tu semua? Arak. Diulangi arak.

Arak ini ibu segala maksiat. Why? Sebab araklah, penzinaan dan pembunuhan berlaku. Bukankah Allah sudah mengatakan arak ini haram?

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maaidah 5:91)

Nampak tafsiran ayat al-Quran di atas tu? Arak tu memalingkan kita daripada Allah. Arak itu merupakan minuman syaitan. Jadi kenapa masih tidak diharamkan? Arak tu boleh merosakkan akidah dan akhlak kita. Dan juga, orang muda sekarang semakin berani minum arak di khayalak ramai. Ini merupakan tanda-tanda kiamat yang jelas sepertimana dalam hadis nabi :

Daripada Abu Malik Al-Asy'ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Sesungguhnya ada sebahagian dari umat ku yang akan meminum khamar dan mereka menamanya dengan nama yang lain (mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik dan suara artis-artis. Allah swt. akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan Allah swt. akan merobah mereka menjadi kera atau babi".



H.R. Ibnu Majah


Haa. Nampak tu? Kita semakin hampir kepada kiamat sekarang ni. Jadi aku harap sangatlah, kerajaan mengharamkan arak tu. Tu minuman gas dari segi kesihatan je. Tapi arak ni WAJIB DIHARAMKAN kerana aspek agama dan nilai moral boleh mengancam. Konon takut ekonomi negara jatuh. Buat pa? Kalau ikut ajaran Islam insya Allah hidup bahagia.

So kesimpulannya, ambiklah iktibar. Haraplah negara Malaysia ni sentiasa selamat. Amin. 

P/S - Arak haram, tapi dihalalkan? Manada perkara begitu.



No comments:

Post a Comment