Assalamualaikum!
Hehehe. Huuhh. Berpeluh aku ni. Panas eh. Pasal apa panas ni? Banyak dosa kot? Hahahaha.
Syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T sebab aku mampu bernafas dengan baik. Hehehe. Why? Sebab aku punya selsema dah baik. Tadi pergi klinik minta ubat dan lepas tu dengan izin-Nya aku punya selsema dah baik.
Ceritera pasal klinik ni, korang tentu hairan kan kenapa aku tak pergi je hospital kerajaan. Eh korang tak terpikir? Hahaha.
Hospital kerajaan ni lambat. Aku pernah rasa. Jadi aku ke kliniklah. Lagipun aku orang keningau jadi senanglah. Parents yang ambik. Heheh. Anak manja benar eh.
Lebih kurang pukul 7 kami ke klinik. Aku dan bapa ku ja. Jumpa penyambut tetamu jap, cakap sana sini, isi borang terus dapat masuk. Well, tak ramai sangat.
Doktor tu memang dah lama kenal kami. Namanya Dr. Kiong. Tua sudah tapi bagus orang ini. Dia tanya apa sakit, aku gitaulah. Lepas tu dia cek tekanan darah, cek suhu badan, degupan jantung dan periksa dalam mulutku. Entahlah apa yang dia cek. Lepas tu dia cakap dia bagi ubat. Doktor manalah tak bagi ubat. Hahaha.
Dia cakap dia bagi ubat tidak mengantuk. Lepas tu keluar tunggu jap dan kena panggil. Time menunggu tu aku ceritalah dengan bapaku. Siok juga. Terus aku cerita keadaan ku time subuh tadi. Kalau nak tahu, time terbangun subuh tu teruk sangat sakit. Nasib kuat juga aku mau pergi wuduk dan solat walaupun sejuk gila. Kalau tak, konfom iblis dan syaitan ketawakan aku. Tidakkah haru.
Lepas tu aku dipanggil. Tengok ubat. Mula2 ubat selsema jenis pil. Ini aku kena makan pagi. Lepas tu ubat cecair (selsema dan batuk) di mana aku makan sudah tadi sebaik sampai di rumah. Dia kata ubat cecair ini ada kesan mengantuk sebab itu malam je boleh makan. Tapi masih power lagi aku ni. Hahaha.
Terus ubat antibiotik. Banyak yob! Lebih kurang 20 lebih. Kena kasi abislah. Dan last, ubat demam a.k.a paracetamol. Aha. Ni boleh jadi spare kalau demam dah baik. Hehehe.
Hmmm...banyak ubat ni. Dan kena makan 6 jam sekali melainkan ubat cecair dan pil selsema tu. Jadi kesimpulannya esok aku pergi kuliahlah macam biasa. Kalau K.O mungkin time rehat aku minta pelepasan. Itupun kalau K.O. Hehehehe.
So itu jelah. Tadi aku withdraw duit lagi. Nasib masih ratus2. Alhamdulillah. Sempat juga aku beli coklat untuk tenaga. Hehehe. Penting tu.
Jadi kesimpulannya, Allah yang menyembuhkan aku. Bukan ubat tu. Ubat tu hanya ikhtiar je. Yalah. Berdoa kemudian carilah penyelesaian. Bukan setakat doa je.
Well, aku mau install FIFA11 dulu. Dapat atau tidak tu aku tak tau. Kalau dapat, haha! Aku main habis2an. Orait chow!
No comments:
Post a Comment