Comrades

Saturday, 12 February 2011

Exam menjengah!

Assalamualaikum....

Holla, kita berjumpa lagi. Hahaha. aisehmen. Wow. Aku puas tidur hari ini. Aku bangun pagi, cuci muka berus gigi, sarapan makan mee dan tidur balik. Hohoh. Gila apa aku tidur balik. Hehe. Sebab aku tidur semalam lewat sangat. Itualah ganti balik. Baiklah stop! Jom cerita pasal exam.

Kenapa aku sentuh exam ni? Belum lagilah mau exam! Apalah awak ini faiz! Sebenarnya aku sengaja sentuh sebab aku bakal menghadapinya dalam masa 3 minggu lagi. Inilah exam pertama ku selepas meninggalkan sekolah pada akhir tahun 2009. Waaaa. Lamanya. Semester lalu aku tiada exam dan boleh dikira semester freshie dan honeymoonlah pada tahun lalu. Hahaha.

Aku berdebar mau menghadapinya sebab...yalah. TESL ialah satu subjek kursus yang susah jika dibandingkan oleh subjek lain. Tapi apapun ia tetap lebih senang dari biologi. Hahaha.

Semalam pensyarah kami memberi kami contoh kertas soalan untuk subjek Pengajian Inggeris a.k.a English Studies. E.S ialah pengajian sastera sebenarnya. Tapi dalam bentuk yang lebih advanced. Alaah..macam belajar 'The Pearl' time form 5 dulu. Korang ini. Kalau kamu tak tau novel 'The Pearl' tu, maknanya korang ambil lain novel la tu. Hehehe.

Pada mulanya diberi pendedahan...berfikir dalam kepala "oh ini macam form 5 saja." Masuk bab esei, aduhai, aku terus cuba kekal tenang (tidak seperti yang lain, keluar suara keluhan " haaaaaa?????") Memang macam form 5, tapi kalau tidak belajar..MEMANG SUSAH!

Aku pujuk hatiku, aku boleh buat punya. Insya Allah. Korang hairan kenapa kami ada exam bulan Mac? Sebenarnya exam tu boleh dikira sebagai TRIAL EXAM. Huhuh..susah tau ni. Dan TRIAL EXAM ini, markahnya akan ikut masuk dalam final exam. Senior tahun lalu tidak begitu di mana hanya kerja kursus pendek/projek saja yangi ikut masuk final exam. Memang kena kerja keras ini!

Aku ni dah la jenis yang suka sangat bertangguh. Sekarang ini pun mood bertangguh menyiapkan kerja kursus! Hari isnin dah nak submit draft KKP ni. Apa pun aku cubalah untuk bahagikan masa. Dan mungkin DotA dan FifA akan dilupakan seketika.
Assignment dah datang berlambak, tapi syukurlah kedatangannya seolah-olah angin sepoi bahasa. Tidak seperti tahun lalu, datang sekaligus dan serentak! Hohohho. Antara assignment yang dah datang...

1. Kajian sosial - 2x
2. Perkembangan Bahasa a.k.a Language Development - 2x
3. Pengajian Inggeris a.k.a English Studies - projek (berlakon Macbeth)
4. Pengajian agama Islam - 2x
5. Pendidikan Jasmani - 1x
6. Gerak Kerja Korikulum a.k.a GERKO - 2x

Waah. Banyak pula kan? 2+2+1+2+1+2 = 10 assignment! Huu, yang sioknya semua disubmit lepas exam kecuali KS dan P.A.I. Ini kena submit sebelum exam.

Huhh, aku harap aku mampu melakukannya seperti zaman SPM dulu. Susah tu susah tapi kena tabahlah. Syukur juga aku di IPG. Kalau di matrikulasi, aku tidak mungkin dapat survive. Huhhuhu.

Jadi, doakan aku berjaya melaksanakan semester ini dengan baik. Jangan risau, aku pun berdoa juga agar kita semua dalam keadaan baik! Apapun, kita kena buat ikhlas kerana Allah! Insya Allah!

Kesimpulannya, jom buat kerja! Wohhooo!
P/S - paling penting, aku tidak ikut membuat pementasan drama Macbeth! Jadi aku adalah bahagian teknikal! Yes!



No comments:

Post a Comment