Assalamualaikum
Oh, hatiku betul-betul dalam keadaan kronik sekarang. Aku benar-benar ingin kahwin kalau boleh sekarang juga. Huuu....
Okay stop mengarut. Jadi gila aku. Jom kita cerita gadis comel. Siapa gadis comel yang aku maksudkan ni? Heliza?
Oh bukan dia, aku cerita pasal sorang lagi gadis comel. Siapa? Cik yuyu zulaikha? Lagilah bukan.
Jom kita tengok orang ni....
Milik siapakah gadis ini.. |
Ini orangnyer. Cantik kan? Ofkoslah, pompuan ini memang cantik. Rakanku sorang tu gila sangat pada dia ni. Aku tengok besa je. Si burungman bagitau bahawa dia ni model sambilan dan mempunyai blog. Apa blog dia? Klik sini kalau nak ke blog dia.
Aku akui tak tahu sangat pasal dia ini. Yang aku tahu dia ni blogger juga. Sama je cam aku. Apa speselnya dia ini ya? Cantik? Ya aku akui. Comel? Ofkos. Ayu? Laaa..tidak. Hehe. Jangan marah yer cik Hanis. Aku gurau je. Entri aku kan mengarut.
Kawanku tu, adui. Minat banget ngan dia. Aku nampak macam pompuan biasa je. Malah aku yakin Hanis sendiri akan cakap "I ni sama je macam orang lain. Tak adalah cantik sangat." Benarkah keyakinan aku tu? Bukan setakat Hanis. SEMUA ORANG GITU. Aku pun gitu. kikiki.
Sebenarnya semua orang hensem dan cantik. Aku dah banyak kali post pasal benda gini. Cuma aku mau katakanlah kepada semua orang, tak kiralah...secantik/sehensem mana pun korang lihat seseorang tu (yang korang minatlah ofkos), orang yang paling hensem/cantik yang korang akan jumpa ialah....JODOH KORANG SENDIRI. Loh? Tak benar yer? Benarlah tu.
Apa aku katakan ini sungguh benar. Heliza kata aku hensem, memang hensem pun. Dia suka senyumanku. Tapi apabila jodohnya tiba, bakal suaminya tulah dia kata paling hensem. Ekeke. Ini merupakan contoh yer. Lalalala...tapi aku memang hensemlah. :P
Jadi siapa pula bakal jodoh kita ini? Kita tak tahu kan? Jodoh kita berada di Luh Mahfuz. Allah je tau. Dan yakinlah bahawa kita semua ada jodohnya. Percayalah. Dan jodoh kita itulah yang paling baik untuk kita. Hehehehe.
Jadi janganlah kita bising2 mau mekap sana mekap sini, rambut sana sini, sebab kita ni memang cantik. Dah berkarat2 sudah keyboard aku cerita pasal cantik dan hensem ni. Dan jodoh kita memang yang paling hensem dan cantik. kekekeke.
Kesimpulannya, bersyukur apa yang ada. Hehehehehe.
P/S - Hanis Zalikha, aku cintakan mu. lalalala....
hahaha matilah jugak... suma pun mau calon yg kiut miut.. jadi yg biut² ne kasian la kan hehehe
ReplyDelete