Comrades

Saturday, 12 February 2011

Februari datang lagi part II

Boy - "Sayang, jom kita ke tempat lain pula. 1B ni puas suda kita round."
Girl - "Jomlah. Alamak, bang. Tunggu dulu. Ayang nak ke ladies jap. Hehe. Tolong pegang handphone ni."
Boy - "Ok. Jgn kasi lama ya."
Girl - "Don't worry la darl."
(beberapa ketika, handphone si girl berbunyi mesej)
Boy - "Aik ada mesej pula. Siapa pula ni?"
(periksa periksa)
"Darling, malam ni kita jumpa macam biasa yer. I tak tahan dah nak bersama you ni. Malam ni yer Muaaaah. Love you." - si polan
Boy - ". . . . . . . . . . . . . . ."
(si girl datang) 
Girl - "Sorry lambat sikit. Hehehe. Apa yang sayang baca tu?
Boy - "Siapa si polan ni?!" (suara keras)
Girl - "Polan mana pula?"
Boy - "Ni yang mesej ni. Jumpa malam. Tak tahan! Oh! You main kayu tiga ya?!" (marah) 
Girl - "Err.."
Boy - "You tunjuk baik depan I. Belakang you ada jantan lain ya!"
Girl - "Minta handphone tu." (cuba mengambilnya)
Boy - "Hah! Jawab dulu soalan I tu! Siapa jantan tu?!"
Girl - "Mintaklah handphone tu!"
Boy - "I takkan bagi unless you mengaku siapa tu jantan!"

* Cerita ini diolah oleh penaip berdasarkan pemerhatian beliau ketika berada di 1B selepas dari surau. Penaip mendapat inspirasi melihat adegan ini. Diingatkan bahawa dialog di atas itu semuanya rekaan namun kejadian ini memang betul-betul berlaku.

 Assalamualaikum.
Good morning semua. Hoho. Ada sihat? Mesti. Ada sakit? Mestilah. Jom kita sambung entri Februari datang lagi dan sama-sama mengambil iktibar. Insya Allah kita semua akan okay.

Tik tok tik tok, hari keramat tu semakin hampir. Hmm, dan hari selepas itu ialah? Oh, Maulidur Rasul. Hari Maulidur Rasul lah yang patut semua umat Islam tunggu. Bukannya hari Valentine Day.
Previous entri aku sentuh beberapa kategori couple kan? Kategori B telah kita bincang. Sekarang jom kita bincang kategori C pula. Ingat ya semua ini hasil kajian peribadi penaip blog ini. Hohoh.

Kategori C! Baru bercouple. Ini tidaklah se'advance' seperti kategori A dan B, saya berani kata mereka ini mengamalkan dunia ini seperti mereka saja. Tapi, dalam kategori ini ada dua kemungkinan. Satu, baru bercouple dan tidak akan melakukan perkara yang tak patut (good couple). Kedua, baru couple tapi macam pasangan kekasih yang dah lama bercouple (menghampiri kategori B). Good couple dan bad couple lah kononnya. Ada juga couple  baiknya. Walaubagaimanapun, dalam Islam couple itu tetap haram (konteks ini membawa maksud couple sebelum kahwin dan sebelum bertunang. Tunang bukan tiket untuk berdua-duaan).

Jadi time Valentine Day, kategori C akan buat apa?
1. Hadiahkan bunga pada kekasih mereka.
2. Hadiahkan coklat.
3. Kirim kad.
4. Dating macam biasa.
5. Berdua-duaan di tempat sunyi (menghampiri kategori B a.k.a BAD COUPLE [kunun])

Ini untuk kategori C. Oh ini semua nampak okay je kan pada pandangan kamu semua? Sebenarnya, tidak. Kenapa? Berpegang tangan, haram bagi lelaki dan perempuan bukan muhrim. Berdua-duaan? Lagilah haram, syaitan menjadi orang ketiga. Kamu kata itu okay? Sorry yer tak okay hatta kamu kata "alaa, pegang sikit je pun." Itu tetap dosa. Melainkan kamu sudah kahwin, baru aku cakap okay.

Kategori D ialah orang yang tiada couple. Sungguh kasihan, tapi mereka tetap menyambutnya. Dengan kirim kad kepada orang (kawan perempuan), coklat, bunga dan macam-macam lagilah. Pandangan kamu, okay atau tidak? Haha. Ini pun tak okay. Bukan salah bagi benda macam tu cumanya perlukah dibuat pada VD saja? Kalau korang kata ya, maka kita, umat Islam seolah-olah mengagungkan VD ini yang merupakan amalan agama lain. Bukankah itu boleh menyebabkan fitnah dan terbatal akidah?

Kategori E ialah yang tidak menyukai couple. Ini tak perlu ulas panjang. Kalau nampak saja pasal VD punya event ka, confirm dorang dah koyakkan/tutup/buang/macam-macam lagilah. Hahaha. Maknanya mereka benci tahap cipan la ini.

Special couple ialah khas untuk golongan dah berkahwin. Kadang-kadang golongan ini sambut VD. Tapi bagi umat Islam, kita harus ingat, mengikut dan menyambut upacara agama lain ialah haram. Walaupun anda sudah berkahwin, menyambut VD tetap haram. Kalau nak berkasih sayang bila-bila pun boleh. Bukan time VD barulah sibuk nak bagi hadiah pada isteri/suami tercinta. Adakah patut.

Kenapakah VD ini haram di sisi Islam? Sebab ia langsung tak termasuk dalam sejarah Islam. Tapi ia termasuk dalam agama jahiliah Rom, di mana seorang paderi yang dipenjara, bercinta dengan seorang anak pegawai penjara dan disitulah dia melafazkan cintanya. Paderi itu mati di situ juga. Ini versi pertama. Kedua, raja Claudius tidak mahu tenteranya berkahwin (yang muda) tapi si Valentine ini membantah dan tetap melaksakannya perkahwinan orang muda secara tapuk2. Kedapatan terus kena penjara dan dihukum  gantung pada tarikh 14 Feb.

Versi ke 2 kononnya penyucian diri - Lucerpelia sambutan Rom sebelum kedatangan Kristian. Pemuda memilih gadis berdasarkan undi dan gadis itu merupakan teman seks selama setahun. Versi yang mencabar jiwa, ialah kononnya untuk meraikan kejayaan kejatuhan Islam Andalusia di Sepanyol, kononnya si Valentine ini ialah hero dan menganggap Islam adalah zalim (adakah patut)

Hah, itu versi VD ini. Tapi kalau mahu tahu lebih lanjut kunjung ke FB dan terus join the page yer. Ekeke.

Dalam Islam, VD memang haram. Seperti dikatakan di atas tadi, VD haram sebab ia upacara agama lain. Dalam sosial, ia boleh membawa kepada penzinaan. Allah telah larang kita haram mendekati zina jadi kita mesti patuh. VD tidak lain tidak bukan hanya menyesatkan umat Islam agar akhlak kita jadi buruk. 

Tarikh yang memukau terutamanya orang Islam
Jadi kesimpulannya, janganlah kita merayakan VD ini. Bukan membawa faedah kepada kita pun. Bagi pendapat penaip, selain bawa dosa, kita menghabiskan duit ketika VD. Kita beli benda-benda mahal dan benda yang lazim (kad,coklat,bunga) untuk kekasih mereka. Kita bawa dating dan habiskan duit. Betul atau tidak? Hahahah.

Lebih baik kita sambut Maulidur Rasul pada 15 Feb berbanding VD pada hari sebelumnya. Walaupun menyambut Maulidur Rasul tidak pernah dilakukan oleh zaman nabi dulu, tapi tidak salah untuk kita mengingati kegemilangan Rasulullah S.A.W ketika dulu semenjak kelahiran baginda. Bukankah begitu? :)


Time VD ramailah orang begini

Ini lagilah..
Hati-hati yer korang semua. Jangan ikut orang-orang ini. Kalau tidak, kita tentu tahu apa hasilnya....pembuangan bayi.

So, ini je untuk kali ini. Insya Allah, kita semua okay kalau kita ikut Islam. Yang penting...kalau mahu berdua-duaan, kahwinlah cepat. Hehehe. Penaip ini pun mau kahwin, dengan siapa? Bakal cikgu kot. Hahahaha. See ya!

No comments:

Post a Comment