Assalamualaikum,
Bangun pagi, pergi wudhuk, solat subuh, tidur balik. Hoh? Tidur balik? Aduh. terkena aku. Kebiasaan ku adalah tidak tidur balik. Tapi kepenatan dan mengantuk yang amat sangat maka tewas aku. Aduhai, rezeki tak masuk dah ni.
Namun bukan itu yang jadi persoalan. Cerita assignment belum habis lagi. Aduh! Hari ini, aku menerima lagi satu KKP. Naah. Yang bikin hebatnya, hantar time minggu exam. Loh, macam mana ini, mau belajar, mau buat KKP. Aduhai.
Assignment Pengajian Islam pun belum siap, deadline besok pula tu! Bukan tak buat, wireless di sini amatlah hebat hebat dan hebat! Macam apa? Penyu yob. Aarrrgghh!!
Hang pa kater pasal aku ni? Nak kamehameha ke?! |
Dei, marah pula tu penyu. Bukan begitu encik penyu. Bah. Ready2lah untuk tidur lewat selewat hingga ke waktu subuh. Hmm, matilah aku.
Patut semalam aku buat. Tapi wireless tak bagus. Jadi terpaksalah menggunakan idea yang mantap untuk membuatnya. Nasib tau sikit2. Kalau tak hancuslah aku.
Ni kalau di hostel terpaksa pinjam broadband burungman. Hmmm..tapi kelajuannya mengalahkan kelajuan semut. Tapi dikalahkan oleh kelajuan aku menaip. Gila. Adei.
Namun selaku pelajar universiti yang berdisiplin, eh aku tak sesuai digelar pelajar U. Paling sesuai pelatih guru. Kehkehkeh. Sebagai pelatih guru yang berdisiplin, aku kena buat kerja dan bersungguh-sungguh belajar. Padahal, tiap petang, peneman aku adalah DotA. Kalau bukan Dota, FIFA!! Kalau bukan FIFA, tidur aku petang2.
Tidur ja tau, makin gemuk sudah ni. InsyaAllah jadi slim semula ni. Tengoklah korang. Hahha.
Dan kini perut aku mula bersoprano. Mula buat hal ni. Aduhai, harap dapat tahan. Mata masih mengantuk. Entah pukul berapa aku tidur semalam. Kawanku sorang dah tidur ni. Sioknyer jadi dia dapat tidur dengan mudah, walaupun di kelas!!
Kesimpulannya, ini saja entri ku. Tinggalah....
P/S - Eh, faiz, pergi wat kerja hang!
No comments:
Post a Comment