Comrades

Saturday, 26 February 2011

Nostalgia kejajalan dan kenakalan seorang budak...

Assalamualaikum.

Wah, dah pukul 1 lebih. Tapi takpelah. Besok cuti juga kan. Bukan selalu dapat online sampai larut malam. Assignment tinggal satu lagi nak buat then submit, takpe. Senang je tu. Kehkeh.
Entri kali ni aku nak bawa korang ke nostalgia time budak-budak. Siapa tak pernah lalu zaman budak maka korang bukan manusia. Wakakak.

Siok kan jadi budak-budak? Siapa kata tak siok! Time budak korang takda kerisauan langsung pasal hal sekeliling. Kehkehkeh. Sebab time budak2 memang comel. Hahaha. Hakikatnya, ia bukan persoalan. Hahaha.

Aku time budak2 adalah antara orang paling jajal di sekolah. Weih, jajal yang masih boleh jadi baik aa. Bukan jajal terus. Hehehe. Suka kacau orang, kasi main2 orang, dan yang penting main mesti wajib. Biasalah budak, main ja ingat.

Tapi paling aku ingat, time darjah 3 di sekolah cina, aku pernah mendapat A dalam karangan bahasa cina. Wah! Tak caya ke? Ini seriuslah!

Gambar ni bukan gambar kelas aku. Tapi saja2 mau tunjuk macamana sekolah lama ku dulu

Waah. Search di google rupanya ada. wakakak. Jahat eh aku ni. Time jajal suka kasi kena orang last2 aku terkena sendiri.

Cerita begini, suatu hari ketika sedang tunggu bas, aku kacau seorang pompuan dari kelas aku juga. Macam mana? Aku ejeklah. Bawa teriak2. Time ni aku rasa darjah 4. Ejek2. Terus entah apa dia buat macam dia pi pukul aku. Yoh, ganas eh amoi ni. Hahaa. Aku mau balas balik. Aku kejar dia lari. Entah macam mana, yang penting aku kena cash oleh Allah, aku tersadung dan jatuh tertiarap. Bukan jatuh gedebuk, jatuh heret. Dapat bayangkan?

Ketawa orang sekeliling. Suddenly aku rasa pedih di bahagian bawah muka a.k.a dekat mulut dan dagu ku. Aku tengok lantai. Darah menitis. Eh? biar benar?! Aku ludah balik2. Liur je kluar. Dari mana darah ni? Aku hairan dan pelik. Dan aku jatuh bukan tempat sembarangan, aspal tu yob!

Terus ada sorang senior bawa aku ke bilik guru. Weh, aku ni masih bingung pikir2 dari mana darah tu. Sekali di bilik guru, terkejut cikgu2 sekalian. Nah disuruh aku cuci lukaku itu. Senior yang bawa tu amoi juga. Cute weh! Sempat lagi aku ni! Astaghfirullah!

Sekali aku lihat di cermin, huh? Aku berjanggut. Janggut darah. Kahkah. Dagu ku berdarah. Besar koyaknya tapi tak dalam. Masih merah lagi tu. Eeeee...


Cam ni lebih kurang tapi koyak aku panjang cuma tak dalam.


Hah. Lepas tu aku dihantar ke hospital. Aku masih keadaan confuse, dan aku pun ikutlah entah siapa yang bawa aku ke hospital tu. Sampai je di hospital, aku disuruh baring. Doktor tu nak jahit aku. Waaa. Korang bayangkan camana kena jahit tu. Sakit tak? Manada sakit. Dia bagi bius dulu. Wahahaha.

Lepas siap pembedahan daguku itu, dibalut kapas dan selesai. Bapaku berlawak mengatakan aku dah tua ada janggut, warna putih pulak tu! Kakakku kata aku macam kambing ada janggut putih. Cis!

Adakah dikatakan macam kambing. Tak guna!


Haha. Pergi sekolah macam biasa esoknya. Ramai yang hairan ni. Amoi yang aku kacau tu diam je. Taknak heboh. Kali nak tutup aib aku la tu. Makasi makasi. Hehehehe. Kawan2ku pun kata aku macam kambing sebab berjanggut. Tak guna! Aku fikir balik, itulah kesan jajal aku. Naa kan.

Jadi berapa lama baik? Aku pun lupa. Macam 2-4 bulan gitu. Sekali buka kapasnya, ada benang hitam di dagu. Tapi kalau tengok depan2 tak ketara langsung. Sebab luka bukan di dagu, bawah sikit dari dagu. Sekarang ni dah berparut dah. Tapi takder orang nampak. kehkehkeh.

Itulah akibat kasi main2 dan sakit hati orang. Kan sendiri kena, lepas tu aku insaf ke? Heh! Manada insaf. Makin jajal. Gila. Sudah kena bagi cash pun masih jajal. Hmmm...

Kesimpulannya, janganlah korang jajal. Allah balas balik secara cash tidakkah kamu terharu. Tapi baguslah supaya korang sedar. Hahaha.
Okay itu je. :P

Ava - Dagu luka, tapi aku masih hensem. Hahaha.


WASABERS!!!!

1 comment:

  1. Yuk Yin??d keningau ka ni?macam nama skola tempat sa PBS ja ni nanti..hehehhe

    ReplyDelete