Assalamualaikum,
Alhamdulillah, Jumaat telah sampai. Penghulu segala hari, hari mulia dan macam-macam lagi, sepertimana disebut oleh nabi S.A.W dalam hadis riwayat Muslim iaitu
Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik matahari ialah yang terbit pada hari Jumaat, dan pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itulah dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga akan berlaku kiamat. Pada hari itu tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."
That's why Jumaat ini special. Kan? Hehe.
Tadi pagi solat subuh berjemaah di masjid, alhamdulillah ada kekuatan untuk bangun. Subuh memang payah untuk bangun, tapi sekiranya niat itu ditanam awal-awal sebelum tidur, insya Allah bangun.
Lepas subuh, ada kuliah daripada ustaz mengenai kitab Imam Nawawi Riyadhus Solihin. Perkara yang disampaikan ialah bid'aah.
Kalau cerita bid'aah, memang banyak ceritanya. Mazhab Syafie kata bid'aah terbahagi kepada dua iaitu bid'aah yang baik dan buruk. Tapi macam mana mahu tentukan mana baik atau buruk? Itu terpulang juga kepada sesuatu yang kita buat, sekiranya tidak bertentang syara' maka ia boleh dilakukan.
Seperti kenduri arwah, ada orang kata boleh, sebab nabi pernah buat. Padahal itu bid'aah sebenarnya. Yang betulnya nabi buat ialah baginda suruh orang ramai yang menjamu keluarga si mati. Kalau tak silap aku, ada dalam hadis dan keluarga si mati itu keluarga Jaafar.
Tapi kita? Keluarga si mati yang menjamu tetamu. Sudahlah mereka ditimpa musibah, lagi mereka menghidang tetamu. Sebab itu kita kena belajar mana baik mana buruk. Dibawa ke masjid untuk solat tidak mahu ikut, konon boleh solat di rumah. Padahal ke masjid bukan setakat solat, menuntut ilmu pun ada.
Abdullah bin Ja'far berkata, ketika tersebar berita kematian Ja'far, Rasulullah S.A.W bersabda : "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'far kerana mereka telah ditimpa dengan keadaan yang menyibukkan." HR Ibnu Majah.
Jadi? Mana perlu ikut? Sunnah nabi atau adat? Ofkos sunnah nabi. Jangan buat sesuatu yang tiada dan diada-adakan. Bukan apa, kalau keluarga si mati tu orang miskin, macam mana diorang mahu jamu tetamu mereka? Kan?
Okay, next berkaitan maulidur rasul. Hehe. Popular kan ini di Malaysia?
Para ulama berkata boleh sambut, hukumnya harus sebab ingin memperlihatkan syiar Islam kepada orang lain. Mengajak orang lain untuk meningati Allah dan pemimpin teragung iaitu Nabi Muhammad S.A.W.
Namun, yang menjadikannya bid'aah ialah apabila mengatakan maulud nabi itu wajib ataupun sunat. Zaman para tab'iin dulu tak pernah buat benda ini. Jadi jangan pandai-pandai kata wajib atau sunat yer.
Sama kes dengan memburuk-burukkan orang yang tidak pergi ikut maulud ni. Jangan sembarang kata mereka berdosa. Haaa. Pandailah korang.
Satu lagi yang boleh membid'aahkan dollalah maulud nabi ini jika kita berarak dengan pakaian yang tidak bertepatan dengan syiar Islam. Nabi kata tutup aurat, kita pula tunjuk aurat. Itu bukan menyanjung nabi tu, itu hina nabi namanya. Jadi hati-hatilah.
Boleh buat selagi mana tidak bertentangan dengan syiar Islam. Tapi, kalau sekadar jadi 'Islam' pada maulud nabi, baik lagi korang memperbanyakkan selawat, zikir, dan paling penting jaga SOLAT. Kan?
Tiada guna ikut perarakan, tapi solat ada bocor, kalau bukan bocor, lewat, kalau bukan lewat, sorang-sorang. Kalau bukan sorang-sorang, tidak khusyuk berjemaah, kalau bukan khusyuk, buat maksiat. Tapi mustahil orang khusyu' dalam solat buat maksiat. Jadi tingkatkan kualiti solat kita, banyakkan selawat, zikir dan ibadah lain. Barulah namanya sanjung nabi. Kan?
Itulah sekadar yang aku mahu kongsi berkenaan dengan kulaih subuh tadi dan idea yang Allah kurniakan. Memang ketika maulud nabi saja kita jadi kuat, tapi kalau boleh biar kuat itu berterusan sampai ke masjid dan istiqamah sampai bila-bila. Sama seperti bulan Ramadhan, kita jadi kuat time tu, tapi masuk saja Syawal, astaghfirullah al azim. Mudah-mudahan Allah kuatkan hati kita untuk sentiasa istiqamah. Amin.
Okaylah, agak lama juga tak buat entri. Ini entri pertama untuk Februari. Assignment dah ada dua. Hehe. Yang pertama dah hampir siap, tinggal kedua dan kuiz serta TITAS. Insya Allah siap. Lepas tu study berabis.
Time maulud nabi ni, ada pertandingan kan? Jangan berlumba-lumba mahu dapat kemenangan sepanduk atau perarakan. Tapi tanam dalam hati tentang nabi Muhammad S.A.W. Siapa dia? Pemimpin teragung Islam. Ikutlah sunnah dia, dan jauhi larangan dia. Allah ada berfirman mengenai ketaatan kepada rasul dalam surah An-Nisaa' ayat 80 iaitu
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."
Jadi macam mana mahu taat? Sunnah nabi ada. Ikutlah yang benar. Jauhi yang tiada atau haram.
Akhir kata, hari ini hari jummat. Jom solat jumaat wahai muslimin. Jangan malas-malas, nanti Allah tutup hati kita. Nauzubillah. Jangan lupa berwangi-wangian. Kehkeh.
Pae - Wahai si dia yang ku rindui. Jangan lupa solat Zuhur yer karang. Kehkehkeh.
No comments:
Post a Comment