Comrades

Showing posts with label Alkisah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Alkisah Jumaat. Show all posts

Friday, 4 May 2012

Jumaat.

Jumaat yang mulia, alhamdulillah masih hidup sampai sekarang.

Seriously, hari Jumaat hari kesukaan ku, di samping dapat berehat pada petangnya, aku dapat solat Jumaat, dengar khutbah Jumaat.

Cumanya masih ada kelas sekarang. Aigo.

Huh? Sejak bila beraigo ni?

Apapun, jom cerita pasal jumaat.

Tadi pagi sempat aku mendengar kuliah Jumaat terakhir untuk semester ini, yang disampaikan oleh Ustaz Rusli.

Mengenai tajuk tersebut, ia berkenaan dengan takwa. Takwa kepada Allah S.W.T.

Aku tertarik dengan isi kuliahnya berkenaan dengan khutbah Jumaat. Realitinya, kebanyakan orang mendengar khutbah sekarang sekadar mendengar, ataupun tidur.

Yang tidak tidur siapa? Ofkoslah khatib sebab dia berkhutbah, atau lebih tepat baca khutbah.

Cumanya, tidak semua tidur. Mungkin jemaah depan mendengar.

Lepas tu sambung punya sambung, dia ada cakap, kita semua tidak terlepas daripada melakukan dosa. Hanya nabi dan rasulNya saja yang maksum.

Kemudian tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi mengenai buat jahat seiringan dengan kebaikan.

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahma Mu'az ibn Jabal r.a, daripada Rasulullah S.A.W berkata

Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.

Hadis hasan sahih. Itu apa yang aku dapatlah. Maksudnya sini bukan kita boleh buat jahat, tapi kita memang tidak terlepas daripada buat salah, silap atau pun kata lainnya dosa.

Kesilapan juga dosa, hatta sekecil manapun. Seperti menyusahkan orang, buang sampah merata tempat. Tapi ramai orang anggap dosa itu hanya pada dosa besar seperti mencuri, merogol, menyamun.

Cuma juka aku tak silap, ada satu ketika itu seorang sahabat atau ulama kata, sesuatu yang tidak disengajakan atau jahil bukanlah dosa. Itu aku tak tahulah. Sebab ilmu ku langsung tiada di situ.

Apapun, kalau kita tersilap/salah atau terbuat dosa, bertaubatlah. Seperti wudhu, jika kita terpandang aurat wanita, berwudhu hilangkan dosa tersebut. Insya Allah.

Namun sebaik-baik taubat ialah sebenar-benar taubat. Bak kata ustaz Rusli, taubat kaki termasuk dalam lubang najis, bukan taubat sambal belacan.

Pada mulanya aku kurang faham analogi dia. Tapi apabila aku fikir dalam-dalam, barulah aku faham.

Maksudnya, jika kita makan sambal belacan yang pedas, terus kita tak mahu makan. Tapi kita makan juga pada hari-hari yang akan datang. Kalau kaki termasuk dalam lubang najis, adakah kita akan ulang balik kesilapan kita? Sudah pasti tidak.

Mungkin korang tak faham, tak apa. Faham sendiri. Kehkehkeh.

Itulah cerita kuliah Jumaat. Next week tiada dah, sebab dah nak exam.

Cerita lain? Aha. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran kedua-dua rakan sekursusku, Shammey dan Maechea. Tahniah korang berdua, selamat masuk ke alam 20. Umur bukan sekadar angka, ia signifikan bahawa kita semakin tua, mendekati kematian. Apapun harap kita mati dalam keadaan beriman. Insya Allah.

Besok Family Day untuk muslimin yang dianjurkan oleh JKM dan terbuka untuk semua pelatih muslim di IPG Keningau. Ini Family Day kedua untuk ku. Kali ini, no more sour face, no more angry face, akan ku tunjuk muka terhappy ku besok. Kehkeh.

Hadiah apa? Heh. Insya Allah siapa dapat hadiah ku tu ada manfaatnya, sebab hadiah itu merupakan antara benda paling ku sayang sepanjang aku memiliki dia. Jadi mungkin lebih baik aku hadiahkan kepada orang lain. Hehe.

Apapun, kaum muslimin, sebelum pergi ke masjid, mandilah dulu, bersihkan badan, pakai pakaian terbaik, wangi-wangi, datang awal ke masjid untuk dapat pahala sunnah yang nabi amalkan. Dengar khutbah tu, jangan tidur. Sememangnya, peringatan ini khas untukku juga. Hehehe.

Time for class.

Pae - A week before exam.

Friday, 3 February 2012

Maulidur Rasul.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Jumaat telah sampai. Penghulu segala hari, hari mulia dan macam-macam lagi, sepertimana disebut oleh nabi S.A.W dalam hadis riwayat Muslim iaitu

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Sebaik-baik matahari ialah yang terbit pada hari Jumaat, dan pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itulah dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga akan berlaku kiamat. Pada hari itu tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."

That's why Jumaat ini special. Kan? Hehe.

Tadi pagi solat subuh berjemaah di masjid, alhamdulillah ada kekuatan untuk bangun. Subuh memang payah untuk bangun, tapi sekiranya niat itu ditanam awal-awal sebelum tidur, insya Allah bangun.

Lepas subuh, ada kuliah daripada ustaz mengenai kitab Imam Nawawi Riyadhus Solihin. Perkara yang disampaikan ialah bid'aah.

Kalau cerita bid'aah, memang banyak ceritanya. Mazhab Syafie kata bid'aah terbahagi kepada dua iaitu bid'aah yang baik dan buruk. Tapi macam mana mahu tentukan mana baik atau buruk? Itu terpulang juga kepada sesuatu yang kita buat, sekiranya tidak bertentang syara' maka ia boleh dilakukan.

Seperti kenduri arwah, ada orang kata boleh, sebab nabi pernah buat. Padahal itu bid'aah sebenarnya. Yang betulnya nabi buat ialah baginda suruh orang ramai yang menjamu keluarga si mati. Kalau tak silap aku, ada dalam hadis dan keluarga si mati itu keluarga Jaafar.

Tapi kita? Keluarga si mati yang menjamu tetamu. Sudahlah mereka ditimpa musibah, lagi mereka menghidang tetamu. Sebab itu kita kena belajar mana baik mana buruk. Dibawa ke masjid untuk solat tidak mahu ikut, konon boleh solat di rumah. Padahal ke masjid bukan setakat solat, menuntut ilmu pun ada.

Abdullah bin Ja'far berkata, ketika tersebar berita kematian Ja'far, Rasulullah S.A.W bersabda : "Hendaklah kamu menyediakan makanan untuk keluarga Ja'far kerana mereka telah ditimpa dengan keadaan yang menyibukkan." HR Ibnu Majah.

Jadi? Mana perlu ikut? Sunnah nabi atau adat? Ofkos sunnah nabi. Jangan buat sesuatu yang tiada dan diada-adakan. Bukan apa, kalau keluarga si mati tu orang miskin, macam mana diorang mahu jamu tetamu mereka? Kan?

Okay, next berkaitan maulidur rasul. Hehe. Popular kan ini di Malaysia?

Para ulama berkata boleh sambut, hukumnya harus sebab ingin memperlihatkan syiar Islam kepada orang lain. Mengajak orang lain untuk meningati Allah dan pemimpin teragung iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Namun, yang menjadikannya bid'aah ialah apabila mengatakan maulud nabi itu wajib ataupun sunat. Zaman para tab'iin dulu tak pernah buat benda ini. Jadi jangan pandai-pandai kata wajib atau sunat yer.

Sama kes dengan memburuk-burukkan orang yang tidak pergi ikut maulud ni. Jangan sembarang kata mereka berdosa. Haaa. Pandailah korang.

Satu lagi yang boleh membid'aahkan dollalah maulud nabi ini jika kita berarak dengan pakaian yang tidak bertepatan dengan syiar Islam. Nabi kata tutup aurat, kita pula tunjuk aurat. Itu bukan menyanjung nabi tu, itu hina nabi namanya. Jadi hati-hatilah.

Boleh buat selagi mana tidak bertentangan dengan syiar Islam. Tapi, kalau sekadar jadi 'Islam' pada maulud nabi, baik lagi korang memperbanyakkan selawat, zikir, dan paling penting jaga SOLAT. Kan?

Tiada guna ikut perarakan, tapi solat ada bocor, kalau bukan bocor, lewat, kalau bukan lewat, sorang-sorang. Kalau bukan sorang-sorang, tidak khusyuk berjemaah, kalau bukan khusyuk, buat maksiat. Tapi mustahil orang khusyu' dalam solat buat maksiat. Jadi tingkatkan kualiti solat kita, banyakkan selawat, zikir dan ibadah lain. Barulah namanya sanjung nabi. Kan?

Itulah sekadar yang aku mahu kongsi berkenaan dengan kulaih subuh tadi dan idea yang Allah kurniakan. Memang ketika maulud nabi saja kita jadi kuat, tapi kalau boleh biar kuat itu berterusan sampai ke masjid dan istiqamah sampai bila-bila. Sama seperti bulan Ramadhan, kita jadi kuat time tu, tapi masuk saja Syawal, astaghfirullah al azim. Mudah-mudahan Allah kuatkan hati kita untuk sentiasa istiqamah. Amin.

Okaylah, agak lama juga tak buat entri. Ini entri pertama untuk Februari. Assignment dah ada dua. Hehe. Yang pertama dah hampir siap, tinggal kedua dan kuiz serta TITAS. Insya Allah siap. Lepas tu study berabis.

Time maulud nabi ni, ada pertandingan kan? Jangan berlumba-lumba mahu dapat kemenangan sepanduk atau perarakan. Tapi tanam dalam hati tentang nabi Muhammad S.A.W. Siapa dia? Pemimpin teragung Islam. Ikutlah sunnah dia, dan jauhi larangan dia. Allah ada berfirman mengenai ketaatan kepada rasul dalam surah An-Nisaa' ayat 80 iaitu

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."

Jadi macam mana mahu taat? Sunnah nabi ada. Ikutlah yang benar. Jauhi yang tiada atau haram.

Akhir kata, hari ini hari jummat. Jom solat jumaat wahai muslimin. Jangan malas-malas, nanti Allah tutup hati kita. Nauzubillah. Jangan lupa berwangi-wangian. Kehkeh.

Pae - Wahai si dia yang ku rindui. Jangan lupa solat Zuhur yer karang. Kehkehkeh.

Friday, 18 February 2011

DotA? Aku mau pulang rumah!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas tadi siap juga akhirnya kerja ku. Aku tak tahulah benar atau tidak cara ku tapi biarlah. Aku malas mau pikir2. Betul lah tu aku rasa.
Semalam tertidur pukul 12.30/1/2 pagi rasanya. Aku pun lupa. Time tu baru sekerat ayat. Bangun tadi 10 minit sebelum subuh. Aku pun cubalah membuatnya. Memang masih mengantuk time tu. Mau paksa tapi tertidur balik. Begitulah berulang-ulang sampai 5.30. Ish3. Time tu terus buat. Tak sampai 30 minit dah siap termasuk slideshow. Aih, lepas tu tidur balik baru solat subuh. Hehe. Makan ubat dan akhirnya melayan blog kejap. Alah...dekat je gimnasium ni. Lepas ni kitorang PJ dengan kakak opsyen prasekolah dan BM serta KPLI BI. Hehe.

Siok ba dengan dorang ni. Comel-comel semua kakak prasekolah. Mestilah comel sebab nanti murid-murid pun suka dorang. Sioknyer jadi murid2 prasekolah. Boleh manja2 dengan kakak tu. Aku dah mula mengarut ni!

Semalam rakanku kata besok (hari inilah) kita main DotA. Aku terus bersemangat ni! Yalah. Siok nak try main sama dorang. Nak tau pula feel main ngan orang pro. Selama ni dengan AI, AI dan AI lagi. Bosan sudah aku. Aku ja menang. Hehehe.

Tapi berfikir. Bukankah aku telah cakap pada mak balik minggu ni? Oh aku lupakanlah DotA ni. Aku mau balik rumah. Sebab last week aku tak balik. Padahal time Maulud Nabi sempat aku balik mau ke klinik kan. Hehehe. Tapi bukan tidur di sana. Rindu aku mau tidur di bilik ku tu. Paling rindu dengan seoranglah. Siapa pula? Ini dia....

Adikku paling comel. Abang sulungnya hensem. Abang ngah dia cool! Abang su dia? stylo.

Salah satu faktor aku mau balik. Gara-gara kecomelan dia. Haha. Paling aktif dan lincah sekarang. Mengalahkan aku! Ni dah pandai jalan ni memang kena pandai pantau dia ni. Hehe. Para gadis mau dukung dia? Jomlah ikut aku balik. Terus masuk minang ba. Lalalala. Gurauan semata2.

Lagi satu faktor aku balik sebab duit. Aku malas mau kasi keluar duit dari bank untuk menyara hidupku hujung minggu ni. Yalah. Makan maggie siapa tahan. Walaupun masih ada 2 bungkus maggie dalam almari, aku tetap mau makan di rumah. Rindu masakan emak katakan. Kekekek.

Tak taulah kalau akakku balik juga esoknya. Tapi setiap 2 minggu dorang boleh balik. Minggu lalu dia pun tak balik jadi aku buat kesimpulan dan andaian dia balik mungkin minggu ni. Abangku? Amat susah dia nak balik. Haraplah dia dapat tukar tempat kerja yang dekat2 ka. Senanglah balik.

Ini tahap kesihatan ku masih di bawah 90%. Belum sihat sepenuhnya. Tapi kalau bersukan karang memang sihat terus ni. Ditambah faktor kakak2 BM, KPLI dan prasekolah yang comel2 adrenalin sejak semalam (entah apa aku makan) di mana aku fresh walaupun sikit ja tidur. Itu kali hikmahnya.

Dan hari ini, birthday gadisku. Hahaha. Semua orang tahu dah. Jadi malas aku mau update banyak2. Yang penting aku doakan dia sentiasa happy, bahagia dan ceria.

Kesimpulannya.....MANDI! JOM!