Jumaat yang mulia, alhamdulillah masih hidup sampai sekarang.
Seriously, hari Jumaat hari kesukaan ku, di samping dapat berehat pada petangnya, aku dapat solat Jumaat, dengar khutbah Jumaat.
Cumanya masih ada kelas sekarang. Aigo.
Huh? Sejak bila beraigo ni?
Apapun, jom cerita pasal jumaat.
Tadi pagi sempat aku mendengar kuliah Jumaat terakhir untuk semester ini, yang disampaikan oleh Ustaz Rusli.
Mengenai tajuk tersebut, ia berkenaan dengan takwa. Takwa kepada Allah S.W.T.
Aku tertarik dengan isi kuliahnya berkenaan dengan khutbah Jumaat. Realitinya, kebanyakan orang mendengar khutbah sekarang sekadar mendengar, ataupun tidur.
Yang tidak tidur siapa? Ofkoslah khatib sebab dia berkhutbah, atau lebih tepat baca khutbah.
Cumanya, tidak semua tidur. Mungkin jemaah depan mendengar.
Lepas tu sambung punya sambung, dia ada cakap, kita semua tidak terlepas daripada melakukan dosa. Hanya nabi dan rasulNya saja yang maksum.
Kemudian tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi mengenai buat jahat seiringan dengan kebaikan.
Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahma Mu'az ibn Jabal r.a, daripada Rasulullah S.A.W berkata
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis hasan sahih. Itu apa yang aku dapatlah. Maksudnya sini bukan kita boleh buat jahat, tapi kita memang tidak terlepas daripada buat salah, silap atau pun kata lainnya dosa.
Kesilapan juga dosa, hatta sekecil manapun. Seperti menyusahkan orang, buang sampah merata tempat. Tapi ramai orang anggap dosa itu hanya pada dosa besar seperti mencuri, merogol, menyamun.
Cuma juka aku tak silap, ada satu ketika itu seorang sahabat atau ulama kata, sesuatu yang tidak disengajakan atau jahil bukanlah dosa. Itu aku tak tahulah. Sebab ilmu ku langsung tiada di situ.
Apapun, kalau kita tersilap/salah atau terbuat dosa, bertaubatlah. Seperti wudhu, jika kita terpandang aurat wanita, berwudhu hilangkan dosa tersebut. Insya Allah.
Namun sebaik-baik taubat ialah sebenar-benar taubat. Bak kata ustaz Rusli, taubat kaki termasuk dalam lubang najis, bukan taubat sambal belacan.
Pada mulanya aku kurang faham analogi dia. Tapi apabila aku fikir dalam-dalam, barulah aku faham.
Maksudnya, jika kita makan sambal belacan yang pedas, terus kita tak mahu makan. Tapi kita makan juga pada hari-hari yang akan datang. Kalau kaki termasuk dalam lubang najis, adakah kita akan ulang balik kesilapan kita? Sudah pasti tidak.
Mungkin korang tak faham, tak apa. Faham sendiri. Kehkehkeh.
Itulah cerita kuliah Jumaat. Next week tiada dah, sebab dah nak exam.
Cerita lain? Aha. Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran kedua-dua rakan sekursusku, Shammey dan Maechea. Tahniah korang berdua, selamat masuk ke alam 20. Umur bukan sekadar angka, ia signifikan bahawa kita semakin tua, mendekati kematian. Apapun harap kita mati dalam keadaan beriman. Insya Allah.
Besok Family Day untuk muslimin yang dianjurkan oleh JKM dan terbuka untuk semua pelatih muslim di IPG Keningau. Ini Family Day kedua untuk ku. Kali ini, no more sour face, no more angry face, akan ku tunjuk muka terhappy ku besok. Kehkeh.
Hadiah apa? Heh. Insya Allah siapa dapat hadiah ku tu ada manfaatnya, sebab hadiah itu merupakan antara benda paling ku sayang sepanjang aku memiliki dia. Jadi mungkin lebih baik aku hadiahkan kepada orang lain. Hehe.
Apapun, kaum muslimin, sebelum pergi ke masjid, mandilah dulu, bersihkan badan, pakai pakaian terbaik, wangi-wangi, datang awal ke masjid untuk dapat pahala sunnah yang nabi amalkan. Dengar khutbah tu, jangan tidur. Sememangnya, peringatan ini khas untukku juga. Hehehe.
Time for class.
Pae - A week before exam.
assalamualaikum.
ReplyDeletekakak juga sempat mengikuti tazkirah ust rusli, jumaat yang lepas.. best sangat.. antara yang betul2 melekat di hati ini, bila ust cakap kita ni selalu wat dosa, selalulah amik wuduk utk hapuskan dosa2 kecik tersebut.. yea, lepas ni mesti semakin rajin amik wuduk.. insyaAllah amin..
apa hadiah dr faiz kemarin? kontena? haha, gurau ja.. apapun, hadiah yang terbaik adalah hadiah benda yang kita betul2 sayang dan sangat istimewa d hati kita.. itu barulah namanya hadiah kan?
teruskan menulis, selalu pegang dalam diri kata2 saidina Ali.. Semua penulis akan meninggal, hanya karyalah yang kekal abadi selamanya.Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di hari akhirat.. insyaAllah, amiiin...^___^
assalamualaikum.
ReplyDeletekakak juga sempat mengikuti tazkirah ust rusli, jumaat yang lepas.. best sangat.. antara yang betul2 melekat di hati ini, bila ust cakap kita ni selalu wat dosa, selalulah amik wuduk utk hapuskan dosa2 kecik tersebut.. yea, lepas ni mesti semakin rajin amik wuduk.. insyaAllah amin..
apa hadiah dr faiz kemarin? kontena? haha, gurau ja.. apapun, hadiah yang terbaik adalah hadiah benda yang kita betul2 sayang dan sangat istimewa d hati kita.. itu barulah namanya hadiah kan?
teruskan menulis, selalu pegang dalam diri kata2 saidina Ali.. Semua penulis akan meninggal, hanya karyalah yang kekal abadi selamanya.Maka tulislah sesuatu yang akan membahagiakanmu di hari akhirat.. insyaAllah, amiiin...^___^