"Aku mau cerita sama ko ni, ustaz."
"Cerita apa? Cerita im..."
"Cerita sinta."
"Cerita cinta lagi......"
Antara isi perbualan ku dengan seorang sahabat. Memang kalau cerita dengan dia, macam tidak segan silu mahu bagitau apa yang ku rasa dalam hati.
"Apa pendapat kau?"
"Bagi aku kan...tak perlulah luah. Pendam saja. Tak perlu cakap-cakap."
Aku mengangguk. Betul, jika cinta tak perlu luah, yang perlu luah kalau mahu kahwin dah. Cuma, kadang-kadang orang di sekeliling aku banyak cerita pasal cinta, pasal kahwin, padahal aku begitu hormat pada mereka.
Namun aku diam saja, tidak perlu bising-bising. Lebih-lebih lagi ilmu mereka superb tinggi daripadaku.
Bukan apa, aku pernah rasa bicara pasal cinta, lihat saja entri-entri aku dulu sibuk pasal cinta.
Sampailah teguran Allah S.W.T tu membuatkan diriku malas untuk cakap pasal cinta, cuma entri ini buka jugalah, sebagai manfaat kepada kita semua.
Apabila cerita cinta, confirm cerita kahwin. Aku tak kisah sangat apabila cerita pasal kahwin, tapi kadang-kadang terkilan juga.
Cemburu sebab tengok yang lain ada kekasih? Fitrah manusia sukakan kasih sayang. Cemburu ada tapi aku nafikannya. Why? Takut, bak kata Yuna. Heh.
Semalam aku terpandang status Hilal Asyraf teknik mengorat/tekel/dakwah kepada kaum hawa (bagi laki-laki), di mana aku tak nafikan pendapatnya.
Cuma, sekarang ni, bukan mengorat atau tekel, tapi atas nama dakwah digunakan untuk mendekati wanita.
Bagi aku, kalaupun mahu dekat wanita tersebut, tak perlu sms, tak perlu mesej-mesej. Aku akui, sebab aku buat begitu dulu dan masih sampai sekarang tapi kini bukanlah kerana cinta. Sekadar tanya khabar, lebih-lebih lagi minggu exam, kalau ada urusan, itu sahaja.
Tak apalah, setiap orang berbeza pendapat kan? Dan niat itu yang penting. ^^
Cumanya, kenapa perlu bercinta, tatkala cinta Allah masih kita belum capai tahap tertinggi?
Tak salah cerita kahwin, tapi power sudahkah ilmu yang dimiliki?
Memang betul kata sahabatku, tak perlu bagitau perasaan cinta, pendam saja.
Tapi kini orang tahu dah, alah. Entri aku kan kebanyakan pasal cinta. Common sense for Snake Charmer. Hehe.
Jadi, kepada yang banyak cerita kahwin itu, kurangkan sikit cerita cinta tu, banyakkan bakti kepada ibu bapa, tingkatkan iman kepada Allah S.W.T, cari ilmu untuk dunia akhirat, fikir masalah yang melanda saudara seakidah, dan kahwinlah jika sudah mampu untuk menyara hidup anak orang.
Selepas saja cerita cinta...maka bermulalah kisah Ustaz Don.....
Pae - Istikharah cinta, cinta terbaik. ^^
inSyaALLAH..
ReplyDeletecr cinta Allah dlu...
biarlah kte hilang sesuatu drpd hilang Allah kerana sesuatu..~~
insyaALLAH...