Comrades

Thursday, 17 May 2012

Pejalan kaki dan pemandu kereta.

Vrooommm........

Kereta itu meluncur laju, gaya pemandunya seperti....pemandu profesional.

Apabila tiba di bulatan, srett, brek ditekan, berhenti untuk memberi peluang seorang pejalan kaki.

Tidak marah, tidak terkejut, kerana perwatakan pejalan kaki tersebut sememangnya dikenali oleh pemandu 'profesional' itu. Satu perkara saja yang mengejutkan beliau.

Muka pejalan kaki tu nampak tenang saja walaupun si pemandu itu ragu-ragu sama ada mahu teruskan jalan atau tidak, yalah. Kalau orang biasa memang dah rasa rimas jika ada pemandu ragu-ragu untuk meneruskan perjalanan.

Tapi bagi si pemandu tu, seolah-olah ada lampu isyarat untuk menghalang dia itu untuk meneruskan perjalanan.

Sedang dia mengamati si pejalan kaki tersebut, dia tergamam dan terharu melihat mulut si pejalan kaki terkumat-kamit dan tangan kanannya memegang tasbih.

Daripada gerak bibirnya, si pemandu itu boleh menangkap apa yang dia kumat-kamitkan tu.

Pejalan kaki itu sedang berzikir sambil melintas jalan.

Pemandu itu terdiam, kagum dengan pejalan kaki tersebut. Memang bagi orang biasa, ianya tipikal dan common.

Lebih-lebih lagi tempat itu berlaku berdekatan dengan sebuah masjid.

Tapi bagi si pemandu, jarang sekali dia lihat manusia begitu. Paling-paling pun jika ada, ketika berada di masjid saja.

Selepas memberi laluan kepada pejalan kaki tersebut, pemandu itu meneruskan perjalanannya pada malam itu dan memandu dengan penuh hemah.

'Tak sangka, ada manusia yang boleh kekalkan dengan sunnah, walaupun dunia berada di hadapannya.'

6.58 pm
16 Mei 2012

No comments:

Post a Comment