Comrades

Monday, 21 May 2012

Bulan rejab.

Cerita hari ini ialah bulan rejab. Yup, familiar kan? Hehehe.

Ramai orang share-share pasal bulan rejab, kelebihannya, dan tidak kurang juga dengan bulan rejab tentang 'hadis'

"Rejab milik Allah, Syaaban milikku, Ramadhan untuk umatku." dikatakan ini ialah hadis, lebih kurang bunyinya.

Sanadnya? Rata-rata aku lihat sanadnya, maudhu. Palsu, palsu, palsu.

Tadi aku baru cek blogspot, wordpress, domain mengenai bulan rejab ni. Alhamdulillah, menjawab segala persoalan.

Karang aku copy paste sini confirm panjang. Hmm.. tak apa, demi kepentingan umat Islam. Agar kita tidak buat satu amalan, agar kita tidak sebarkan hadis itu tanpa mengetahui sanadnya terlebih dahulu.

Korang klik link ni, maaf memang terlalu panjang, jadi aku tak copy paste. Cuma yang pasti, amalan-amalan khusus bulan rejab memang tidak ada.


Boleh buat, tapi dengan syarat ianya memang sudah amalan kita dalam bulan-bulan lain, seperti puasa sunat. Memang terbiasa puasa setiap minggu pada isnin khamis, jadi kalau dilakukan dalam bulan rejab tiada masalah. Jangan kerana tertarik dengan fadhilat yang tersebar tu, baru kita mahu buat. Masyarakat kita suka ambil sesuatu yang sikit baiknya berbanding yang banyak baiknya.

Analoginya, di rumah kawan, kita dihidangkan makanan, mesti ada makanan sedap-sedap kan?

Terus tu ada juga yang makanan sampingan yang kecil-kecil. Macam biskut, roti.

Kita? Pilih mana satu? Dah dihidangkan makanan besar, konfom itu yang dipilihkan?

Tapi? Hehe. Kita kononnya malu, terus kata "Tak apalah makan roti dah kenyang."

Ish3. Macam itulah juga dengan pemilihan hadis ini.

We tend to choose hadith which the status is not very clear or weak (dhaif) and abandon the real and strong one (sahih).

Kan? Jadi dalam penyebaran ilmu, hati-hatilah. Sama seperti kes nisfu syaaban dan solat terawih la ni.

Sebenarnya, dalam hadis sahih untuk puasa, Nabi anjurkan umatnya berpuasa seperti dia puasa iaitu isnin dan khamis, kalau mahu lebih power lagi setiap 3 hari baru tidak puasa, dan kalau tidak mahu lagi, paling power puasa Nabi Daud iaitu buka-puasa-buka-puasa, selang seli orang katakan.

Dan ada lagi satu perkara, Imam Syafie kata Bulan Rejab bulan istighfar. Hairan juga ya. Aku tak nafikan Imam Syafie, tapi aku hairan macam mana pendapat itu boleh keluar, di mana aku rasa bukan daripada Imam Syafie tapi satu pendapat dibuat-buat.

Setahuku, bulan Ramadhan itu lebih utama berbanding bulan-bulan lain, tapi memang ada hadis sahih nabi sebut bulan rejab salah satu bulan mulia, dan Allah haramkan peperangan dalam bulan rejab.

Cumanya, janganlah kita ambil ilmu sembarangan, contohilah Imam Malik. Dia ambil hadis pun, untuk masuk kitab muwattak hanya seribu hadis, padahal Imam Ahmad meriwayat lebih banyak hadis dalam Musnad Ahmad.

Tapi itu perbezaan pendapat, ianya rahmat. Cuma hati-hati dalam penyebaran ilmu. Sebab itu kita disuruh menuntut ilmu, kalau tak tahu tanya yang pakar, kalau tahu sebarkan, kalau ragu-ragu tinggalkan.

Seeloknya, kita ambil hadis sahih dan tinggalkan yang meragukan. Kalau mahu juga hadis dhaif, ambillah yang tidak terlalu lemah sanadnya atau pun yang palsu.

Cuma jika kita mahu amal hadis palsu, boleh, dengan syarat kita anggap ia bukan hadis, tapi satu amalan baru, yakni dikatakan bidaah hasanah, kalau tak bertentangan dengan Quran dan sunnah.

Apapun, aku share setakat yang tahu saja kerana aku bukan pakar dalam bidang ni, cuma apa yang ku tahu, aku sampaikan, kalau salah sila betulkan, bukan mahu menghentam. Mudah-mudahan kita rajin cari ilmu dan amal ilmu yang benar lagi sahih dan tulen. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment