"Aku bimbangkan dunia, tiada cahaya ku terima."
Bercerita pasal dunia ini, memang dunia kini dah semakin tua, seperti kata kebanyakan orang.
Dunia ini hanya sementara bagi kita semua, in the end, we will die and face the real azab or nikmat at akhirat.
Semakin teruk dunia ini, dengan banyak gejala berlaku, memang jika duduk di IPG ni - terutamanya dalam pedalaman - jarang sekali masalah dunia itu aku nampak.
Tapi sebenarnya, sudah jelas lagi bersuluh walaupun tak perlu lihat. Kadang-kadang di luar negara jauh lebih baik keadaannya namun begitu aku bersyukur sebab masih mampu ke masjid.
Bercerita dengan seorang rakan tadi, dia bertanya apakah boleh bagi seorang wanita meminta orang lain menjadi wali untuk perkahwinan dia.
Aku punyalah terkejut. Inilah first time aku dengar pertanyaan tu. Aku terus saja cakap tidak, sebab setakat ku tahu, wali mestilah bapa, selepas bapa adik beradik, saudara mara dan adalah tu. Aku bukan ahli fiqh untuk bahaskannya.
Mendengar lagi ceritanya, gara-gara cinta keluarga dibuang, dosa dilupakan, semuanya hilang.
Itulah dunia sekarang, aku tidak terkejut sangat dengan hal begitu, cuma aku risaukan, bagaimanakah generasi akan datang nanti, termasuklah anak-anakku yang akan ada nanti.
Mampukah mereka menangkis dan melawan godaan dunia? Insya Allah kalau dah berkeluarga nanti, aku pastikan keluarga ku dapat didikan agama yang sempurna.
Kami bercerita tentang masalah dunia. Bagi aku, satu-satunya untuk mengubah atau merawat penyakit sosial yang semakin teruk ni terletak pada bahu pemerintah.
Allah boleh saja ubah semua tu, tapi Dia tidak akan ubah melainkan kita sendiri mengubahnya terlebih dahulu.
Jika sistem khilafah dikembalikan dan dilaksanakan, sudah tentu banyak perkara boleh diselesaikan. Ini tidak, pemimpin hasut sana-sini, dengan bahang PRU lagi semakin dekat.
Aku rasa mereka ni sekadar mahu perkara dunia. No wonderlah 3.0 dijalankan.
Kita tidak tahu bila mati, bila kiamat. Boleh jadi besok kiamat, Allah saja tahu.
Cuma aku yakin, kebenaran yang sebenar-benarnya akan turun, dan disitulah kita semua tunduk dengan kebenaran. Itupun jika kita sempat berjumpa dengan dua pemimpin yang akan menjadi pemimpin dunia sebelum kiamat nanti.
Siapakah mereka tu? Nabi Isa A.S dan Imam Mahdi.
Betul. Dunia sekarang penuh kezaliman, penuh huru-hara. Tapi alhamdulillah, masih ramai yang sedar kepentingan agama dan akhirat. Sebab itu fenomena UAI semakin mantap sekarang.
Aku ada terbaca sebuah artikel mengenai Nabi Isa ni. Di situ aku kagum dan terharu. Kalau dulu, mereka yang ditawan Islam diberi pilihan sama ada Islam atau jizyah. Tapi ketika Nabi Isa turun nanti, bukan itu lagi dia tawarkan. Apa yang dia tawarkan? Islam atau perang. Dua benda ni sahaja.
Ketika itulah dunia menjadi aman damai sepenuhnya. Insya Allah. Walaupun tidak diketahui secara spesifik, tapi yakinlah sebelum kiamat nanti, Nabi Isa turun semula ke bumi untuk bersama Imam Mahdi memerangi Dajjal dan pengikutnya di samping menegakkan keadilan.
Jadi sekarang ni, kita sentiasa dihimpit dengan dunia yang tak tentu hala ni. Nasihat ku ialah kita bersabar menghadapi dugaan yang Allah beri. Bukan mudah tapi insya Allah nikmat.
Dunia ini dicipta untuk kita, dan kita dicipta untuk beribadah kepada Allah. Ingat dunia makin tua, kita pun makin tua. Hakikat umur masih muda, realitinya mati itu menghampiri kita. Jadi bertaubatlah sebelum terlambat.
Cahaya untuk ke akhirat masih ada. Kita berhijrahlah ke sesuatu yang baru. Ubahlah diri kita, paksa diri kita untuk suka sebab Allah pasti bantu kita. Tidak perlu tunggu ikhlas untuk berubah, tapi paksa diri untuk buat sebab Allah akan beri rasa ikhlas itu nanti. Insya Allah.
Jika ada kawan tersasar daripada jalan, kita bimbing dia di samping membimbing dan membentuk diri kita sendiri. Insya Allah, sama-sama menuju ke akhirat untuk mendapat redhaNya di Padang Mahsyar nanti.
Dunia itu penting, tapi akhirat itulah yang patut diutamakan. Jika kita kejar dunia, dunialah kita dapat. Tapi jika kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita juga. Insya Allah.
Pae - Paksakan diri untuk berubah, insya Allah pasti jadi ikhlas.
No comments:
Post a Comment