Assalamualaikum,
Ngo-blog lagi. Kehkehkeh. Minggu kedua kuliah pada tahun pertama, semester pertama degree. Pergh, walaupun assignment belum siap, tapi banyak dah kerja (bagi aku banyak ni tau) yang dah dibagi.
Menghadapi suasana ISL (Independence Self Learning), kali pertama petang tadi, bersusah payah mencari material berkaitan dengan Literature. Mencari teori-teorinya bukan senang. Walaupun arahan lecturer hanya untuk mengkaji sedikit, tapi ini peringkat degree. Boleh bayangkan dah apa yang dimaksudkan itu.
Apapun, bukan aku merungut, saja berkongsi cerita. Supaya kamu sedar ada lebih sibuk dari kamu. Tapi pengajaran sepatutnya yang patut diambil, sesibuk manapun kita, akhirat mesti ada.
Tak boleh lupakan akhirat walaupun sesaat. Yalah, kalau terlupa sesaat, kemungkinan untuk menjadi seminit atau sejam, atau sehari, atau seminggu sangat tinggi potensi. Oleh itu, berhati-hatilah wahai pembaca.
Tadi ada kuliah BIG, aku agak ramai lupa tiap malam rabu ialah malam BIG. Hehe. Takpalah, husnuzon kata Ustaz Misri.
Ustaz Misri dalam kuliah maghrib tadi bagitahu, jangan tergila-gilakan dunia, sebab nanti akhirat yang menjauhi kita. Biar kita dikejar dunia, dan kita mengejar akhirat. Itulah yang paling baik.
Mesti bingung kan? Maksud di sini, jangan lalai dengan dunia yang sementara, dunia ini hanyalah jambatan ke akhirat, kehidupan kekal selamanya. Jangan jadikan dunia sebagai tempat berseronok. Biarlah kita sakit di dunia, asal di akhirat nanti kita bahagia. Insya Allah.
Tapi itulah masalah kita semalam, lebih pentingkan DUNIA daripada AKHIRAT. Bukan apa, jika Allah sudah panggil untuk melaksanakan kewajiban, jangan bertangguh, jangan menyusahkan. Paling penting, hormat orang lain. Hormat agama lain, barulah tiada tekanan. Kan? - Oh sarkastik.
Walaupun sibuk manapun, jangan kita tinggal akhirat, sebab yang menjamin hidup kita di kubur dan akhirat bukan assignment, kerja-kerja, tapi amalan kebajikan yang dilakukan ketika masih hidup. Kan? Sebab itu, tiada alasan bagi seseorang yang sibuk untuk melupakan kewajiban.
Solat itu penting, puasa itu penting, hukum Islam itu penting. Jangan kata tunggu ikhlas baru mahu berubah, jangan kata tunggu seru baru nak cari tikar sembahyang. Ikhlas dan hukum bukannya sama. Hukum solat fardhu ialah wajib, jadi ikhlas atau tidak, kita wajib buat. Sebab itu Allah yang suruh. Alasan korang tu tak boleh pakai. Korang tak try solat, sebab itulah kata macam-macam. Huh.
Apapun, dengan kesibukan melanda, masih lagi aku boleh update blog. Kehkehkeh. Memang, kerja TITAS, kerja BMK, kerja LINGUISTICS, kerja LITERATURE, kerja CHILD's DEVELOPMENT, semua ada kerja. Walaupun belum ada assignment. Ala relax, seperti ku katakan, belajar dengan gembira, berseronok berpada-pada. Hahaha.
Kes lain, oh. Bagi peminat Dream High (K-Drama), Dream High 2 trailer ada dah di YouTube. Sorry cerita lain, sudahku katakan, NGO-BLOG. Haha.
Kesimpulannya, sesibuk manapun kita, akhirat wajib dijaga.
AvA - I saw you.
No comments:
Post a Comment