Assalamualaikum,
Alhamdulillah telah selamat sampai tiba di rumah. Sampai? Tiba? Hah. Gagal BM aku ni. Kehkehkeh.
Tadi berjalan-jalan di KK. Kononlah berjalan. Padahal pergi breakfast dan terus ke Wisma Merdeka. Seriously kalau ikut hati, sudah lama tu 1B di tawan. Nasib baik belakang ini injured, sakitnya hingga ke kaki.
Shopping pun lain macam, kira mahu beli sepasang kasut sukan, tapi fikir-fikir kalau angkat kasut Nike/Adidas tu, terus kering dompet. Tak apalah, dapat sepatu baru sudah cukup.
Elaun masih ada, kalau boleh aku mahu bertahan tu angka 3K sampai cuti akan datang. Insya Allah, makanya? Berdietlah sepenuhnya.
Tadi mak aku bawa ke HerbaLife. Aku berfikir, apa gunalah ni benda. Namun setelah menjalani pemeriksaan yang kasar, masyaAllah. Tinggi ku dah naik.
From 170cm to 176cm. 5 kaki 9 Inch. Lebih kurang Wayne Rooney dah tinggi ku ni. Haha. Mengarut saja.
Tapi merisaukan hati ini ialah berat badan, berat tulang dan lemak jantung.
Aku sedar aku dah masuk peringkat obesity, tapi tidak ku jangka lemak jantungku sangat tinggi. Terus aku teringat kes orang mati gara-gara jantung tidak berfungsi. Walaupun itu penyebabnya, ajal Allah yang tentukan.
Memang seriously aku fikir, kenapa lemak jantungku boleh naik sebegitu rupa. First ofkos sebab berat badan yang hampir mencecah 100kg. Second tu mungkin sebab kurang tidur. Ketiga, pengambilan kafein? Aku jarang minum coffee mix atau yang ada kaffein tinggi dalamnya.
Terus tu stokis (entah apa gelaran aku nak bagi) syor ambik ini ambik tu. Berminat juga aku dan memang aku dah set tiap petang jog atau layan badminton. Besok insya Allah confirm.
Tapi itulah, sekarang tahap istiqamah dah capai, yang ingin dicapai ialah penurunan nafsu. Lust makan aku tak menentu, adakalanya okay adakalanya k.o. Kalau hari ini makan besar, besok makan kecil. Tapi itu pun jarang-jarang berlaku.
Kalau boleh aku nak ikut sunnah nabi dalam pemakanan. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Makan kurma, makan roti gandum - bukan roti yang putih mulus tu, minup kopi - bukan kopi 3 in 1 tu, makan daging kambing - bukan daging lembu, minum susu. Cuma nafsu itu merajai kotak pemikiran makanan.
Itulah yang aku frust. Nabi Muhammad S.A.W tidak pernah sakit sepanjang baginda hidup sampailah wafat. Masya Allah. Kita ni, entahlah. Semua makanan di'tibai' begitu saja. Itu belum lagi orang yang merokok, orang yang alcoholic. Entahlah. Mudah-mudahan aku dijauhkan oleh minuman haram itu sampai bila-bila dan asap yang kini aku allergic terhadapnya.
Mudah-mudahan diri kita sihat sejahtera sepertimana Rasulullah S.A.W sentiasa sihat. Tak apa kalau sakit sekali sekala, itu merupakan ujian daripadaNya. Lihat Firaun bagaimana dia temberang maut mengaku dirinya tuhan sebab dia tidak pernah sakit. Kita sepatutnya bersyukur kepada Allah jika mendapat nikmatNya, bukan angkuh.
Itulah ngo-blog aku hari ini. Seriously ngo-blog aku ada manfaatnya, insya Allah. Aku share benda yang baik-baik, kalau ada benda mengarut sila tegur. Tegur berhikmah okay, aku tidak suka teguran caci.
Merindui dia yang 6 bulan ditinggalkan. Apa khabar anda di sana wahai cik jururawat? Moga anda sihat walafiat bersama keluarga. Insya Allah, jumpa ketika pakcikku kahwin nanti.
Pae - Apa kes rindu kekasih lama.
Firstly, Waalaikummussalam wbt.
ReplyDeleteSecond, pergh sa terasa. betul tuh. apalah daya kita~ emo tetiba. huhu