Comrades

Sunday, 22 January 2012

Cuti, CNY, Elaun, Assignment, Work out.

Assalamualaikum,

Cuti dah datang, kurang bestlah. Why? Alaa, kawan-kawan semua balik kampung. Aku tetap di sini - asrama atau rumah sama saja.

Tapi apapun, alhamdulillah sebab boleh juga relax seketika setelah 3 minggu kuliah. Hehe. Yalah. Lepas ni cuti paling dekat pun selepas PBS iaitu pada 11 Mac 2012. Sabar sajalah.

Cuti, kenapa cuti? Sebab CNY. Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bergembira bagi yang menyambut CNY. Hari ini tak dapat tengok fireworks sebab balik ke Kuala Penyu. Why? Mak aku tak suka bunyi yang seumpama meriam perang. Agaknya dia teringat zaman perang. Hehe.

Suka tengok time kecik-kecik

Berkaitan elaun! Alhamdulillah. Salute HEP sebab mengotakan janji mereka untuk memberi elaun kepada kami sebelum CNY. Sebenarnya Allah yang bagi elaun itu kepada kami melalui mereka. Syukurlah, masalah kemiskinan berakhir. Haha.

Tapi yang sandihnya, elaun kali ini bukan lagi seperti dulu. Terpaksa buat perancangan yang baik supaya duit terurus dengan baik. Boleh simpan untuk masa depan, beli kereta, rumah, bayar bill, buku-buku, mas kahwin, hehehehe. Nakal sungguh.

Kemarin cek di bank, sekali lihat angka. Masya-Allah! Tapi keluar tak sampai rm50. Yalah, belanja yang perlu saja. Memang kena jimat berabis. Aku kalau mahu withdraw RM200 tu pun aku berfikir 6000 kali mau buat apa dengan duit tu. Cumanya yang telah set dalam otak sekarang ialah perbelanjaan broadband, folio, buku dan makan minum. Mudah-mudahan semester pertama duit banyak ini boleh ku urus, dan bakinya tidak akan kurang dari rm1500. Insya Allah. Hehe.

Kalau begini banyak duitku, dah lama kahwin, banglo, BMW. Haha.

Assignment! Urgh. Bertemu lagi dengan anda. Kali ini no jokelah. Jadi cuti-cuti ini pun, aku tak nak enjoy sangat. Yalah banyak tugasan yang diberi. Walaupun nampak senang, tapi kalau lain hasilnya, memang markah kurang. Cumanya kena banyak bertanyalah. Setakat ini baru Literature ja yang ada coursework. Tugasan lain hanyalah berkaitan dengan FPK. Takpa. Insya Allah dapat dilaksanakan.

Cuti ini juga, work out kena konsisten. Walaupun balik kampung, kena work out juga - ada bicycle. Jadi tiada alasan untuk tidak work out. Korang amacam? Takkan nak stop workout juga? Binalah muscle sikit, kurangkan lemak banyak. Haha.

Kena konsisten.

Kepada yang tak dapat balik cuti tu, terutamanya mereka yang berada di sana semenanjung, sepupuku di IPDA, kawanku di Terengganu, Selangor dan KL, jaga diri baik-baik ya. Jaga iman, jaga kesihatan. Tak apa, tahanlah diri korang. Tak lama juga tu. Hehehe.

Kepada yang sambut CNY tu, main mercun berpada-pada ya. Jangan sampai masuk berita pasal main mercun. Hahaha.

Okaylah, ini saja ngo-blog hari ini. Bersiap-siap dulu.

Pae - Elaun banyak, infaqkanlah sedikit harta tu ke jalan Allah. Insya Allah harta kita akan bertambah. ^_^

Sedekahkanlah harta kepada mereka yang miskin.

1 comment:

  1. pda elaun yg kita dpt 2 ad hak orang lain..

    jdi ringan2kan dri utk sedekah sma ada dkat Tabung mna2 masjid atau berjumpa dgan sesiapa yg memerlukan~

    ReplyDelete