Comrades

Friday, 3 January 2014

2014

"Best sangat ke sambut Tahun Baru ni?" Akim melihat kawannya, Zaidi yang sedang bersiap untuk ke konsert ntahapapantah. Dia sendiri tak ambil tahu pasal apa konsert tu.

"Best woo. Ada artis, menteri datang, makan-makan, puhh. Ramai awek pulak tu."

Krik krik krik.

"Bosan tahap giga, artis tak kenal kita, menteri tak hingin bercakap dengan kita, awek?Kot-kot mak nyah."

"Diamlah damn you bro. Sukati dehh. Daripada kau, asyik Dota 2 jerr, tak pun Running Man."

"Well, at least better daripada buang duit, buang tenaga, buang masa tengok dosa pergi ke sana." ujar Akim sambil terus melayan novel Anthem Hlovate.

"Eh, sukatilah. Kau sibuk apasal?"

Akim tersenyum sinis.

"Semua maklum harga dah banyak naik, minyak, barang, tol pun banyak naik. Kau sendiri merungut harga barang naik yet kau masih nak membazir duit kau untuk satu event yang takda faedah?"

Zaidi terdiam 10 saat. Dia cuba mencerna apa yang disampaikan oleh kawannya tu.

"Kalau kau pergi ke ceramah UAI dekat Penang tu aku tak kisahlah. Itu lagi bagus, menggunakan duit untuk cari ilmu. Apa kau dapat pergi sambut New Year dekat padang besar yang jauhnya nak 83 km tu? Tell me apa kau akan dapat. Bagus atau tidak?"

"Diamlah kau Kim. Dahlah. Malas aku nak layan kau, sukati akulah. Duit aku, bukan duit kau." ketika Zaidi hendak melangkah keluar, Akim bersuara.

"Okay, lepas ni jangan demand money daripada aku time kau kering." langkah Zaidi terhenti, Akim terus melayan novel Anthem, earphone di telinga dikuatkan volume, lagu Imperatium - Immediate Music memberi alunan epic, Akim mengangguk-anggukan kepala mengikut rentak lagu.

Zaidi menoleh, tapi Akim buat tak kisah. Dengan hati yang sayu dan ragu-ragu, Zaidi tetap melangkah keluar, cuma dalam hati dan fikiran masih terngiang-ngiang kata kawan baiknya itu, merangkap housemate.

"Apa kau dapat pergi sambut New Year dekat padang besar?"

* * * * * * * * *

2014 dah. Setahun dah tinggalkan kita.

Still, I'm wondering apa specialnya tahun baru? Bukankah hari yang datang itu juga baru? Why not anticipate for it?

Apapun alhamdulillah kita masih bernafas sampai sekarang.

Itu je untuk entri ini. Jangan risau, insya Allah akan update blog dari semasa ke semasa. :)

#Banyakideadalamkepala #Kerjadahada #Moodmasihcuti #Banyaksangathashtag

No comments:

Post a Comment