"Fulamakk. K, all these are very rare bro!"
"Oh man! Level 70? Seriously?"
"Biasa je ni."
"Weh kau ni belajar jugak ke di tempat lama?"
"Belajarlah. Tapi most of the time aku main ni benda."
"Seriously mate, confirm boleh masuk team kitorang."
"Team? Tapi kurang satu."
"Boleh tambah," Azri melihat skrin laptop. "Aku kenal seorang gamer dulu sebelum masuk sini. Dia kata ada member dia ni kaki game, dota pun dilayan. Cuma tak tahu apa role dia."
"Kalau begitu, boleh recruit dia kot? Al jadi captain, K jadi midlaner, kau dan aku jadi support atau offlaner, yang last member tu aku harap dia dapat jadi super hard carry." Ben memberi cadangan.
"Ok juga tu," K menggosok-gosok dagunya. "Lagi pun team aku dah bubar. Well, semua fokus kepada karier baru."
"Karier baru? Takkan kau anggap gamer ni macam pekerjaan profesional pula?" Azri mengerutkan kening.
"Well, di negara lain macam Singapore, gamers juga salah satu karier yang dipilih. Malaysia jerr tidak. Kalau ikutkan hati, nak saja aku pergi negara lain jadi profesional gamer, nasiblah tak jadi." K mengklik 'Watch Game' pada skrin.
"Weh, Dondo the Supamida, it's Dendi bro!" Al menunjuk ke arah skrin. Azri dan Ben terus lekat mata dorang. "K, tengok game dorang."
K, Al, Azri dan Ben semua melihat Dendi main sebagai Legion Commander dengan kekaguman yang tinggi.
"Aku betul nak masuk competitive tournament." Al bersuara memecahkan kesunyian. K, Azri dan Ben mengangguk.
K, seorang hard gamer yang popular di alam maya, terutamanya dalam game Dota 2. Dia sebenarnya berniat untuk menjadi seorang profesional gamer dengan kawan-kawannya yang lain tetapi disebabkan minat mereka terhadap games sudah berkurangan, maka mereka akhirnya meninggalkan K. Minat K terhadap Dota dah capai level 99 dan Dota profile dia adalah yang tertinggi di antara mereka berempat - 70. Peranan dia dalam team adalah sebagai mid-laner (you prefer it as a semi-carry). Hero signature dia adalah QoP, Templar Assassin, Puck, Shadow Fiend dan Pudge.
Al juga seorang gamer jenis variasi. Dota 2, DotA, Half-Life, L4D2, Fifa, Football Manager, Splinter Cell semuanya dilayan, tapi lebih prefer untuk layan Dota 2 disebabkan grafik yang semakin mantap dan gameplay yang menarik. Al merupakan captain untuk team Dota 2 mereka yang baru, dia pernah jadi captain sebelum ini bersama Ben, Azri, Kim dan Roy tetapi Kim dan Roy terpaksa keluar kerana sebab-sebab peribadi. Al merupakan genius captain yang menjadikan Na'Vi Puppey dan Maelk sebagai inspirasi untuk dia menjadi captain. Level dota profile dia adalah 57 dan peranan dia sudah semestinya captain yang boleh buat double role - either support atau killer. Hero signature dia adalah Kunkka, Slardar, Night Stalker, jika dia act sebagai killer atau Chen, Enchantress sebagai support.
Azri - offlaner. Tiada game lain yang dilayan melainkan Dota 2. Offlaner boleh jadi support tetapi bergantung kepada variasi. Signature hero dia adalah Wind Ranger, Naix, Dark Seer. Beliau boleh menjadi "unpredictable hunter" sekiranya farm dan dapat item yang cukup untuk heronya.
Ben - support. Ben berperanan sebagai carry sebelum ini. Sekarang dia menjadi support sepenuh masa seperti beli courier, wards dan memberi faedah yang banyak kepada team dalam teamfight. Signature hero dia - enchantress, enigma, furion, vengeful spirit, crystal maiden.
Mereka sebenarnya kekurangan satu lagi ahli yang berperanan sebagai Carry/Hard Carry. Namun bukan mudah untuk mencari ahli kelima sebab rata-rata hanya mereka sahaja yang gila Dota 2.
"Aku excited weii, kau rasa siapa agaknya ahli kelima kita?" Ben menongkat dagu di meja. Al, K dan Azri diam seketika.
"Member tu ada cakap dulu, kalau nak tambah ahli dorang ada seorang kawan yang memang gamer 1000%. Semua dilayan, tapi Dota 2 juga jadi keutamaan." Azri cuba mengingat semula kata-kata Lee dan Kiko dahulu.
"Tanya dorang. Entah-entah tak available dah kot gamer tu." Al memberi cadangan, Azri terus mendail nombor. Al, K dan Ben menanti dengan harapan.
"Hello." suara di sebelah sana menjawab.
"Kiko! Bro!" Azri tersenyum, ada harapan untuk recruit ahli baru.
(bersambung...)
Kalau bingung, maaflah. Jangan muntah hijau sudah.
No comments:
Post a Comment