Assalamualaikum,
Dah masuk bulan Julai dan paling best, bulan Ramadhan.
Sekarang ni dah hari kesembilan berpuasa, mudah2an kita istiqamah dalam menjalankan ibadah.
Okay, fokus topik.
Satu hari aku melayari YouTube, search-search video yang menarik, dan semestinya pasal Dota 2 (sebab aku gila dota 2).
Cari dota 2 fail, dota 2 top play, dota 2 pro play, sampailah aku ternampak video bertajuk "Free To Play".
Aku pernah nampak tajuk ni dalam in-game Dota 2, sangkaan aku Free To Play ni berbentuk movie, tapi sebenarnya dokumentari.
Jadi, dipendekkan cerita, aku tengoklah apa sebenarnya Free To Play ni.
Free To Play ni menceritakan perjalanan 3 orang pemain profesional (Dota 2), semasa pertandingan The International 2011 untuk merebut kejuaraan tersebut yang bernilai 1.6 juta USD. Dalam dokumentari tu juga, ada beberapa gamers dan icon gamers yang lain menceritakan pasal Dota 2 serta banyak lagi.
Tetapi disebalik perjalanan dorang tu, ada banyak halangan perlu ditempuhi, ada banyak cabaran yang perlu dihadapi, dan semestinya ada keputusan kritikal yang perlu dilakukan.
Contoh tersebut - HyHy (pemain Dota 2 dari Singapura). Ketika dia ingin mengejar karier gaming dalam Dota 2, family dia langsung tidak bersetuju dengan tindakannya.
Aku tak mahu spoil, jadi baik korang cari sendiri video tersebut. Sekurang-kurangnya, Free To Play membuka minda dan perspektif daripada orang-orang gaming tersendiri. Ya, banyak lagi karier yang menjamin masa depan, tapi apa aku lihat, mereka bukan setakat bermain game sahaja.
It's easy to say, "This game is easy, simple and blablabla". Tapi apabila melibatkan competitive gaming, maknanya itu seperti pertandingan bola sepak atau sukan lain juga. Mungkin orang yang tidak pernah terlibat dalam gaming, akan berkata "tak matang", "macam budak-budak", "dah jadi laki/bini orang pun masih main game?"
Korang tengoklah Free To Play tu untuk perspektif yang lebih mendalam tentang gaming. Mentaliti masyarakat kita sentiasa kata "game tu hanya untuk budak-budak!" That's why karier gaming di Malaysia seolah-olah tidak kelihatan, malah macam tiada. But actually, gaming is an option too, cuma untuk terlibat dalam profesional gaming career, ada had umur. Semakin naik umur kita, reaction time turut berkurang. 26 tahun pun dikira tua dalam karier ni, itu mungkin salah satu keburukannya. Selain itu, tiada sejarah menunjukkan ada gamers berjaya dalam karier ni. Pencipta sejarah dalam gaming kebanyakan lahir tahun 85-92/93/94.
Just want to say, jangan pandang rendah atau memandang serong terhadap gamers. Maybe they have been through hardship in their lives which make them to turn in for gaming/
Still, better daripada buat benda tak berfaedah bukan? :)
AvA - Game ni turut meningkatkan kreativiti dan kelajuan berfikir. But to practice in real life, it's very difficult. :p
No comments:
Post a Comment