Comrades

Showing posts with label elaun. Show all posts
Showing posts with label elaun. Show all posts

Sunday, 22 January 2012

Cuti, CNY, Elaun, Assignment, Work out.

Assalamualaikum,

Cuti dah datang, kurang bestlah. Why? Alaa, kawan-kawan semua balik kampung. Aku tetap di sini - asrama atau rumah sama saja.

Tapi apapun, alhamdulillah sebab boleh juga relax seketika setelah 3 minggu kuliah. Hehe. Yalah. Lepas ni cuti paling dekat pun selepas PBS iaitu pada 11 Mac 2012. Sabar sajalah.

Cuti, kenapa cuti? Sebab CNY. Aku mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat bergembira bagi yang menyambut CNY. Hari ini tak dapat tengok fireworks sebab balik ke Kuala Penyu. Why? Mak aku tak suka bunyi yang seumpama meriam perang. Agaknya dia teringat zaman perang. Hehe.

Suka tengok time kecik-kecik

Berkaitan elaun! Alhamdulillah. Salute HEP sebab mengotakan janji mereka untuk memberi elaun kepada kami sebelum CNY. Sebenarnya Allah yang bagi elaun itu kepada kami melalui mereka. Syukurlah, masalah kemiskinan berakhir. Haha.

Tapi yang sandihnya, elaun kali ini bukan lagi seperti dulu. Terpaksa buat perancangan yang baik supaya duit terurus dengan baik. Boleh simpan untuk masa depan, beli kereta, rumah, bayar bill, buku-buku, mas kahwin, hehehehe. Nakal sungguh.

Kemarin cek di bank, sekali lihat angka. Masya-Allah! Tapi keluar tak sampai rm50. Yalah, belanja yang perlu saja. Memang kena jimat berabis. Aku kalau mahu withdraw RM200 tu pun aku berfikir 6000 kali mau buat apa dengan duit tu. Cumanya yang telah set dalam otak sekarang ialah perbelanjaan broadband, folio, buku dan makan minum. Mudah-mudahan semester pertama duit banyak ini boleh ku urus, dan bakinya tidak akan kurang dari rm1500. Insya Allah. Hehe.

Kalau begini banyak duitku, dah lama kahwin, banglo, BMW. Haha.

Assignment! Urgh. Bertemu lagi dengan anda. Kali ini no jokelah. Jadi cuti-cuti ini pun, aku tak nak enjoy sangat. Yalah banyak tugasan yang diberi. Walaupun nampak senang, tapi kalau lain hasilnya, memang markah kurang. Cumanya kena banyak bertanyalah. Setakat ini baru Literature ja yang ada coursework. Tugasan lain hanyalah berkaitan dengan FPK. Takpa. Insya Allah dapat dilaksanakan.

Cuti ini juga, work out kena konsisten. Walaupun balik kampung, kena work out juga - ada bicycle. Jadi tiada alasan untuk tidak work out. Korang amacam? Takkan nak stop workout juga? Binalah muscle sikit, kurangkan lemak banyak. Haha.

Kena konsisten.

Kepada yang tak dapat balik cuti tu, terutamanya mereka yang berada di sana semenanjung, sepupuku di IPDA, kawanku di Terengganu, Selangor dan KL, jaga diri baik-baik ya. Jaga iman, jaga kesihatan. Tak apa, tahanlah diri korang. Tak lama juga tu. Hehehe.

Kepada yang sambut CNY tu, main mercun berpada-pada ya. Jangan sampai masuk berita pasal main mercun. Hahaha.

Okaylah, ini saja ngo-blog hari ini. Bersiap-siap dulu.

Pae - Elaun banyak, infaqkanlah sedikit harta tu ke jalan Allah. Insya Allah harta kita akan bertambah. ^_^

Sedekahkanlah harta kepada mereka yang miskin.

Thursday, 27 January 2011

ELAUN!!!!!

Oh, sekarang ini kita berada di penghujung Januari. Kita bakal-bakal menyambut Tahun Baru Cina, untuk kawan-kawan yang berbangsa cina, Selamat Tahun Baru Cina. Jangan sambut sampai cedera parah yer. Hahahaa.

Satu lagi berita, elaun IPG kami akan keluar besok, eh, masuk dalam ATM besok! Yes! Akhirnya bolehlah aku buat beberapa benda. Antaranya
1. Baiki jam (wajib)
2. Beli but bola (confirm)
3. Beli baju baru (mesti)
4. Beli necktie baru (optional)
5.  Jersi Man Utd (mesti)
6. Upgrade processor (mungkin)
7. Upgrade RAM 4GB (mungkin)
8. KFC (ooh. merinduinya)
9. Pizza (sudah buka ke?)
10. Penyangkut baju (ai berapa banyak diperlukan?)

Hah. Inilah yang perlu dilakukan ni kalau elaun dah masuk. Kira-kira budget..ermm...
Baiki jam - RM20
But bola - RM70
Baju baru - RM40
Necktie baru - RM20
Jersi - RM68
Penyangkut baju - RM5

Tengok harga - RM223 ringgit. Oh, alahai alahai alahai alahai alahai. Tak naklah. Mari kita tolak. Baju baru dan but bola.
RM223 - RM110 = RM113. Oh bolehlah ni. Hahaha.
Kalau kira-kira lagi, elaun RM430. Tapi addition dalam dompet dan bank, wah. Adalah RM500+. Yes. Okay!

Jadi aku ada baki lagi RM390 ke atas. Bolehlah simpan untuk makan. Kalau elaun masuk untuk terus dua bulan. Dah semestinya but bola jadi priority. Oh yes!

Ini je lah. Aku saja nak share sebab aku sangat happy hari ini. Dapat makan sarapan setelah sekian lama, tengok pelatih baru sarapan dan paling mengejutkan, gadis yang ku cintai ada di kafe tadi pagi.

Ceritalah sikit. Aku tengah makan. Tiba-tiba aku ternampak dia masuk ke kafe. AKu tutup mukalah dengan tangan kanan. Tangan kiri pegang sudu makan. Kidal ba aku ni. Terus aku continue makan. Tiba-tiba, aku perasan dorang dah nak ke kelas. Yang menghairankan, dorang tak jalan ikut pintu depan, tapi ikut pintu tepi, kebetulan aku dan kawanku sedang duduk sana. Aduhai. Punyalah. Yang lebih mengejutkan, mereka tak lalu belakang kami, tapi DEPAN-DEPAN oo. Aduhai. Aku terus tunduk. Biarlah mereka kata sombong. Biarlah mereka kata "huh temberang sudah." Aku pujuk hatiku, Allah ada di sisiku, lagipun kami dah lama  tak berlayan. Paling last time hari natal. Dia sibuk jadi aku pun tidak SMS dia sebab dia sibuk. Sekarang kalau terserempak, akulah dulu akan jauh dari dia. Dulu dia buat begitu pada ku, tapi bukan bermakna aku balas balik. Aku cuma tak sedia berhadapan dengannya. Kalau berhadapan pun, aku tetap tunduk punya. Aku tak senyum pada dia atau tengok depan2. Paling2 pun dari jauh sajalah.

Dalam hati tu, menyesal juga sebab kami dah kawan sejak sekolah menengah lagi. Dan kini kami di satu IPG. Kali jodoh kami di sini juga kot cumanya dia seorang non-muslim. Mungkin satu hari nanti, Allah buka pintu hatinya dan memberi dia hidayah. Aku berdoa sajalah. Sebab sekarang ni, aku tak terpikat pada mana-mana perempuan. Sebab hatiku pada dia. Tapi sejak aku tahu couple sebelum kahwin ini haram, aku terus iktikad untuk kahwin awal. Mungkin lepas graduate atau time masih belajar. Sebab aku tak mau lama-lama bujang. Hahahahahaha

Jadi itu sajalah cerita ku hari ini. Dari elaun hingga pasal si dia yang ku sayang. Lain kali kita cerita lagi. Hohohhoho.