Situasi 1
Azmi terlari-lari masuk ke biliknya. Shahrul terkejut melihatnya.
"Ya Allah mana sejadah ni!!" katanya sambil membongkar laci-laci mencari sejadah.
"Mi, kau apa hal?" tanya Shahrul kini berada di muka pintu.
"Aku cari sejadah. Aku mau solat. Belum solat Zuhur lagi ni." katanya. Shahrul melihat jam di dinding. Waktu Zuhur hampir habis, kira-kira 20 minit lagi.
"Alah. Solat je lah. Pakai kain bersih untuk lapik." cadang Shahrul.
"Eh yelah tu, kau fikir boleh ke? Tak sah solat tau!" bentaknya.
"Betul, tak payah sejadah pun tak apa. Haa nah. Ini kain putih ni. Bikin lapik. Kalau malas hampar, lipat kecil dan letak di tempat sujud. Kau lihat masjid ada sejadah tak selain di tempat imam?"
"Tak ada...Lapik sajalah."
"Jadi? Guna lapik pun okay kalau tak ada sejadah." Yang penting bersih. Sejadah ini umpama lapik supaya time kita sujud tu tidak kotorlah. Lagipun, kalau solat persekitaran mesti bersih kan? Ini lantai ni bersih, tak payah lapik pun okay apa." terang Shahrul panjang lebar.
"Lagipun, manada ada syarat sah solat melibatkan sejadah? Kan?" tanya dia lagi.
"Betul lah. Bak sini kain tu."
Azmi menunaikan solat dengan cepat tapi berhati-hati. Selesai solat, Azmi berdoa dan menoleh ke arah Shahrul.
"Rul, aku rasa kau betul lah. Sejadah ini lapik saja, yang penting bersih, dah boleh solat, ada kain lapik, dah boleh solat."
"Itulah. Sebenarnya kan, nabi sendiri tak guna sejadah untuk solat, paling-paling pun kain sajalah. Takkan kalau tiada sejadah tak payah solat?"
"Betul cakap kau tu. Ramai bagi alasan, tiada sejadah jadi tak payah solat. Jadi senang-senang saja dorang lepas tanggungjawab. Padahal sejadah tiada masuk dalam rukun atau syarat sah pun." Azmi mengiakan sambil menambah pendapatnya.
"Makanya, jangan risau kalau tiada sejadah, kalau ada kain yang bersih dan tidak bergambar, cukup dah untuk solat." kata Shahrul lagi.
"Kenapa pula tidak bergambar?" tanya Azmi.
"Ek eleh. Khusyuk ke hang solat kalau kain tempat sujud tu bergambar? Terutamanya kalau gambar awek hang?"
"Cis, menyindir. Yelah, yelah."
Situasi 2
"Siti, apa niat untuk solat qasar ek? Aku nak qasar Zuhur ni. Kan kita musafir." tanya Rina.
"Niat? Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah. Dalam hati je. Dah cukup." kata Siti.
"Eh biar benar? Arabnyalah."
"Arabnya? Tak perlu. Itu lafaz niat, bukan niat."
"Apa beza lafaz niat dengan niat?"
"Nabi ajar kita niat dalam hati, bukan melalui percakapan. Lafaz itu tak pernah ada, malahan nabi sendiri tak pernah lakukan, apatah lagi sahabatnya, apatah lagi para Imam muktabar." terang Siti.
"Betul ke?"
"Betul. Kan rukun solat mesti ada niat. Tidak pun dinyatakan lafaz niat. Kan?"
"Lagi, jangan susahkan diri dengan lafaz niat ni. Sebab itu orang susah mahu solat sebab tak hafal lafaz niat konon. Padahal yang perlu hanyalah niat dalam hati dan terus takbir. Malahan nabi sendiri pun kalau solat, dia tak kata apa-apa dan terus takbiratul ihram. Kes usolli fardhu zuhri arba'a rakaatin ad'aan lillahi ta'ala tu tak ada dalam sejarah nabi. Malahan juga, lafaz niat ini boleh jadi bid'ah, kalau diperkuatkan bacaannya sebab menggangu orang sebelah. Tapi kalau solat sendiri tu tak apalah."
"Jadi macam mana solusinya ni?"
"Niat je dalam hati. Tak ada apa-apa punya. 'Sahaja aku solat fardhu Zuhur qasar kerana Allah."
"Eh? Rakaat tak perlu?" terkejut Rina.
"Allah Maha Mengetahui. Dia tahu dah kita nak solat Zuhur qasar, jadi dia tahulah berapa rakaat kita akan kerjakan. Ada ke qasar 4 rakaat? Ish ish ish." terang Siti sambil tersenyum.
"Betul juga. Allah tahu dah berapa rakaat kita akan lakukan. Sebab kita niat fardhu Zuhur qasar, sudah tentu 2 rakaat. Hehehe."
"Betul Rina. Yang bezakan solat sunat dan fardhu ialah bagaimana kita niat untuk solat. Jika kita niat untuk fardhu, maka Allah tahulah berapa rakaat. Kalau sunat, Allah sentiasa tahu berapa rakaat. Solat sunat paling tinggi pun 4 rakaat, iaitu sunat tasbih. Rasanyalah. Jadi tak perlu susah-susah nak niat fardhu Zuhur 4 rakaat. Dah namanya fardhu, mestilah fardhu Zuhur 4 rakaat. Kalau fardhu Maghrib 3 rakaat, Subuh 2 rakaat. Kan?"
"Hehe. Betul lah. Thanks ya Siti. Aku solat dulu." kata Rina lalu pergi ke biliknya untuk solat.
* * * * *
Pergh, panjang gila situasi ini. Kena ada pemahaman yang betul supaya tidak bingung.
Islam agama mudah, tapi ada peraturannya juga. Kalau bab solat ini, memang sentiasa ada khilaf di kalangan ulama', tapi mana-mana pendapat boleh diguna.
Situasi pertama tadi, kes tiada sejadah. Guna kain putih. Jangan iktikad bahawa kalau tiada sejadah tak boleh solat, padahal tiada pun hukum sebegitu dalam Islam. Nabi sendiri tak pernah guna sejadah, ish ish ish. Namun digalakkan untuk guna sutrah - penghadang, sekiranya kita solat di tempat laluan orang supaya tidak mengganggu.
Situasi kedua, lafaz niat. Dalam sejarah nabi, tak pernah ada lafaz niat untuk apa jua ibadah seperti puasa dan solat. Tak payah susahkan diri mahu hafal lafaz niat yang dalam bahasa arab tu, niat dalam hati dah cukup. Itulah paling mudah untuk dilakukan.
Kadang-kadang, orang lafaz niat solatnya lebih kuat daripada takbiratul ihramnya. Ini tidak boleh sebab boleh mengganggu kekhusukan orang yang solat di sebelah kita. Sebab itu nabi tak kata ada lafaz niat.
Sama kes seperti doa Qunut. Haaa. Mazhab Syafie kata SUNAT untuk doa qunut dan DISUNATKAN untuk sujud sahwi sekiranya tertinggal. Tapi demikianlah di sini SUNAT sahaja. Bukan wajib. Jadi kalau tertinggal pun tidak apa sebab sunat. Kalau mahu buat, buat. Kalau tak mahu buat, tak payah. Simple kan?
Alasan saja orang yang malas solat subuh. Itulah, disuruh belajar malas. Time disuruh jadi imam, 'saya tak hafal Qunut.' Qunut tu Imam Syafie kata sunat. Lagipun, Imam Syafie juga sendiri pernah tidak qunut ketika solat subuh, ketika bersama dengan pengikut Imam Abu Hanifah. Nabi sendiri pernah buat Qunut dan pernah tinggal. Jadi jangan kata Qunut itu bid'aah, dan jangan kata Qunut itu mesti. Kalau mahu buat, silakan. Kalau tidak pun, tidak apa. Apa yang penting, kita tahu untuk solat.
Jadi jangan susahkan diri anda, sebab Islam ini mudah. Walaupun mudah, tapi peraturan ada. Ada peraturan, tapi senang untuk semua. Supaya kita semua selamat dunia akhirat. Hehehe.
So mereka yang banyak alasan malas mahu solat tu, tiada alasan untuk tidak solat. Selagi masih hidup, selagi itulah kita WAJIB PATUH terhadap Allah S.W.T. Ianya untuk kebaikan kita juga, Allah tidak rugi apa-apa. Kita tolak kebaikan, kita rugi.
Apapun, sekali lagi diingatkan, jangan menyusahkan diri dalam perkara yang Allah permudahkan, dan jangan pusingkan diri mengenai sesuatu yang kurang anda faham. Belajar daripada mereka yang pakar. Insya Allah kekeliruan hilang.
Okaylah, ini saja untuk kali ini. Salah silap minta maaf, hanya ingin berkongsi pendapat, terutamanya mereka yang banyak alasan untuk tidak solat. Hehe. Selamat beribadah semua. ^_^
Pae - Assignment belum terlayan. Pergh.
islam mmg agama yg mudah..:)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDelete