Assalamualaikum,
Update lagi. Kehkehkeh. Dah jadi rutin harian ka ni untuk update tiap hari. Apapun, alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas.
Tadi solat Asar di masjid, hampir terlepas jemaah sebab keadaan perut yang menyusahkan. Setelah selesai, bercerita dengan sahabat sambil menunggu pesanan yang ditunggu-tunggu. Hehehe.
Sahabat - Berapa pointermu Faiz?
Aku - Eh? Err..3.** ja.
Sahabat - Si judin (pakcik)?
Aku - Tidak tau pula.
Kami berceritalah pasal exam tu. Lalu dia kata begini...
Sahabat - Degree ni, mula dari kosong itu balik. Pointer start dari kosong. Permulaan baru.
Aku sekadar mendengar, ya memang harus kita bersikap begitu. Biar orang habis cakap dulu baru sampuk. Seperti mana ketika Jibril ajar Nabi S.A.W surah al-Alaq bermaksud "bacalah." Walaupun kita tahu benda itu, kita harus dengar sebab apa yang orang nasihat itu adalah ilmu.
Lalu kami bercerita lagi mengenai subjek-subjek pada semester 1. Sahabatku tu seorang senior, kini berada di semester 5, jadi memang banyak juga aku dapat dari dia.
Lalu kami bercerita lagi mengenai subjek-subjek pada semester 1. Sahabatku tu seorang senior, kini berada di semester 5, jadi memang banyak juga aku dapat dari dia.
BMK, TITAS, FPK, CD semua dia tahu subjek itu. Tapi satu-satunya kelebihan mereka ialah mereka jawab paper FPK dalam bahasa melayu. Kami wajib dalam inggeris, sudah namanya TESL. Paper FPK, merupakan salah satu paper killer untuk semester 1.Pergh.
Lecturer aku pun ada cakap, this program definitely tougher than foundation. Seriously, dalam banyak-banyak benda, Literature in English ini aku anggap subjek penyeksa. Serious tidak faham tapi kena berusahalah. Yalah, kalau tiada usaha macam mana nak berjaya kan?
Lecturer aku pun ada cakap, this program definitely tougher than foundation. Seriously, dalam banyak-banyak benda, Literature in English ini aku anggap subjek penyeksa. Serious tidak faham tapi kena berusahalah. Yalah, kalau tiada usaha macam mana nak berjaya kan?
Segala pointer dari foundation program tidak dibawa ke degree. Andai kata dibawa, mungkin mereka yang dapat 3.3 ke bawah pasti menangis dan struggle maut kot. Kehkehkeh.
Tadi juga selepas maghrib ada usrah umum, di mana kini ia dijalankan setiap hari rabu malam khamis. Banyak input yang aku dapat, dan ustaz sentuh pasal mereka yang tidak percaya kepada Pencipta kita, Allah S.W.T. Mereka digelar mulhid* (salah sila betulkan) atau kata lain, ateis. Pemikiran ateis ini berbeza dengan pemikiran freemason dan segala yang berkaitan dengan agama.
Apapun, banyak hujah untuk menyangkal kumpulan ini, cuma mereka suka twist the question supaya orang bingung. Kalau tak cukup ilmu, memang payah nak balas, memang hati memanas. Sebab itu kena penuhkan ilmu di dada, kalau tak memang kita kebingungan. Nauzubillah!
Tadi juga ramai menghadirkan diri ke dewan menyaksikan gimik GSTT. Beri psycho terhadap pelatih GSTT kononnya mereka akan disingkirkan. Haha. Lawak eh.
Aku tidak hadirkan diri sebab kerja berlambak. Seriously compare to other class - referring to TESL 2, ex-class - aku rasa kelas kami lebih sibuk dan banyak kerja dari mereka. Betul juga, mereka lebih relax dan santai aku lihat. Di bilik tengok anime, FB, game, drama dan segalanya. Kami? Tengok nota, nota, nota, internet, material, microsoft word.
Macam inilah sibukku. Cumanya, aku tidak merokok dan tiada telefon di depan. Haha. |
Namun ini semua cabaran degree, pernah ku katakan degree memang susah, tapi mesti tabah. Kalau tak memang jatuh. Sebenarnya pelajar PISMP 2012 terkena kejutan budaya sebab program degree. Haha. Melihat terjemahan Quran surah al-Baqarah, aku sedar dan aku tahu aku boleh buat. Allah tidak akan membebankan hambaNya melainkan dia mampu melakukannya (lebih kurang begitu ayatnya), maknanya apabila kita hadapi sesuatu cabaran, Allah tahu kita boleh lakukan. Insya Allah.
Apapun, memang nak buat yang terbaik, supaya dapat pointer yang baik. Seriously ada lagi 2 kerja mesti dilakukan, tapi aku dah mengantuk sebab kurang tidur semalam. Cumanya, alhamdulillah, tugas mengiringi pelatih baru GSTT dapat dilaksanakan. Hehehe.
Mata melihat laptop pun dah kuyu. Pergh, okaylah. Nak buat kerja dulu. Harus siap sebelum pukul 12. Insya Allah!
Pae - Lagu peneman malam yang sibuk, from K-pop to Punk Rock.
smuga dpt mengikur rentak hdup degree~
ReplyDeleteikut dgan sbaiknya,jgan smpai terlalai~
FPK mmg killer tpi sbnarnya sgt best...yg mencabar 2 yg best
welcome to PISMP =')
ReplyDelete@Amoy Ella - Thanks sis. :)
Delete