Comrades

Sunday, 26 February 2012

Sabar, syukur dan ikhlas.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, siap akhirnya dua assignment dalam masa dua hari. Heee. Ada lagi selepas ni, tapi mudah-mudahan dapat siap. Insya Allah.

Memang satu cabaran untuk membuat dua dalam masa dua hari. Allah permudahkan urusan dan Dia yang memberi kekuatan untuk melakukannya. Kalau tidak confirm aku berjaga malam ni. Hehehe.

Bercerita tentang assignment, sememangnya untuk membuatnya memang sukar. Kena buat dengan penuh kesabaran.

Kesabaran, itulah tajuk dan menjadi topik perbincangan dalam buku Gen-Q. Aku jarang baca buku ni, namun sejak si Aga beli balik-balik, makin bertambah sumber bacaan aku. Selalunya SOLUSI atau Mastika saja menjadi peneman setiap bulan.

Memang banyak cerita kesabaran, kesabaran menuntut ilmu, kesabaran menghadapi dugaan dan banyak lagi.

Kesabaran ini memang satu elemen yang penting untuk diri seorang muslim. Andai kata seorang muslim itu hilang kesabarannya, sudah tentu syaitan menguasai dirinya.

Apa maksud kesabaran? Ia merangkumi semua aspek. Bersabar dan tidak terburu-buru, sabar dan tidak mudah marah.

Kebanyakan orang kalau cerita sabar confirm dia sentuh pasal menahan marah. Sebenarnya sabar merangkumi aspek yang lebih daripada itu.

Bersabar dalam cinta! Haaa. Ini pun ada. Hehehe.

Memang kita boleh cakap 'sabar, sabar'. Tapi sebenarnya bukan mudah untuk melakukannya. Setiap orang pasti akan diuji kesabaran mereka, namun hanya orang beriman saja yang mampu bersabar untuk menghadapi segala rintangan.

Diriku juga terkira, menghadapi orang-orang yang kadangkala menyakitkan hati memang payah. Namun pemikiran kenalah tetap, sentiasa bersabar. Insya Allah tinggi darjat bagi orang yang bersabar.

Dalam melaksanakan perintah Allah pun kena ada kesabaran. Sekiranya kita melakukan solat secara terburu-buru, sudah tentu kurang pahala kita. Itu baru pahala, bagaimana dengan solat kita? Kalau tidak diterima? Nauzubillah minzalik. Jangan terburu-buru, insya Allah boleh jadi khusyuk jika bersabar.

Selain sabar, syukur juga satu perkara penting untuk diri seorang muslim. Kenapa? Bersyukur dan sabar sebenarnya saling berkaitan. Kita mendapat nikmat Allah, bersyukurlah kepadaNya kerana memberi kita apa yang kita mahu. Kita diuji oleh Allah dengan macam-macam, bersabarlah.

Sekecil manapun perkara itu, kita tetap diuji. Contohnya kalau bermain game DotA, tiba-tiba crash. Itu Allah beri peringatan kepada kita samada jangan lalai atau buat kerja yang penting dahulu. Kemungkinan sahaja, Allah Maha Mengetahui.

Seperkara lagi, ada orang 'tipu' kita dengan mengatakan sibuk buat kerja, padahal kalau dilihat sebenarnya buat benda lain. Memang sakit hati, tapi sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita. Bersabarlah.

Bagi orang yang beriman, dia meletakkan kesyukuran selepas kesabaran. Apabila dia ditimpa musibah, dia bersyukur kepada Allah kerana memberi dia peluang merasa kesusahan di dunia ini. Dia lebih rela menghadapi kesusahan di dunia daripada di akhirat. Allahuakbar. Orang sebegini sememangnya orang kuat dalam imannya.

Sebab itu saling berkaitan, sekiranya bersabar sahaja, pahala syukur mungkin kurang. Sekiranya syukur sahaja, mungkin kita akan mengamuk sekiranya ditimpa musibah. Sebab itulah saling berkaitan.

Ikhlas juga penting dalam kehidupan. Di antara ketiga-tiga ini, ikhlaslah yang paling susah untuk dibuat. Kenapa? Sekiranya kita niat untuk sesuatu, seringkali niat itu terpesong. Kadang-kadang niat menunjuk-nunjuk pun keluar. Apapun, cepat-cepatlah kita ingat Allah. Barulah niat kita dapat dibetulkan.

Bagaimana ingin mencari ikhlas? Kita kena paksa diri kita untuk suka sesuatu tu. Contohnya, sekiranya dulu kita malas solat, paksa diri kita untuk solat. Lama kelamaan, barulah kita sedar seronoknya solat ini. Sama seperti tutup aurat, paksa dulu diri kita, sebab ianya hukum Allah. Ikhlas melakukan sesuatu dan hukum Allah berbeza. Dalam pelaksanaan hukum Allah, kita ikhlas atau tidak, wajib tunaikan.

Sejujurnya, aku cemburu terhadap saudara baru atau muallaf. Kenapa? Apabila hati mereka diterangi nur hidayah daripada Allah, keikhlasan mereka terpancar sebaik sahaja mereka mengucap syahadah. Mereka akan menyintai Islam lebih daripada nyawa mereka sendiri. Orang yang memang Islam, belum tentu mencapai tahap seperti mereka.

Sebab itulah, jom kita mempraktikkan tiga elemen ini dalam hidup kita. Insya Allah bahagia. Kadang-kadang sesuatu itu sakit, tapi ada hikmahnya. Kadang-kadang sesuatu itu manis, juga mempunyai hikmahnya. Berterima kasihlah kepada Allah kerana memberi kita nikmat iman dan Islam, dan ikhlaslah melakukan amal ibadah serta kerja lain.

Pae - Dalam cinta juga harus bersabar, bersyukur dan ikhlas. Sekiranya kita disakiti kerana cinta, bersabarlah kerana Allah akan kurniakan kita yang lebih baik. Sekiranya kita disakiti kerana cinta, bersyukurlah kerana Allah mahu kita mencintai Dia terlebih dahulu. Ikhlaslah jika mencintai seseorang, kerana cinta itu, walaupun tidak nampak tetapi ikhlas, akan sampai juga pada orang yang dicintainya itu.

No comments:

Post a Comment