Comrades

Showing posts with label Ikhlas. Show all posts
Showing posts with label Ikhlas. Show all posts

Thursday, 1 November 2012

Move on!

Gua lepas tekanan kejap.

Heh. Malaslah nak taip dalam bahasa kedua, sebab saya akan menulis juga bahasa itu besok.

Doakan kejayaan kami yang ambil peperiksaan sama ada yang belum atau pun sudah. Hehe.

Gua rasa lucu penggunaan 'saya' ini. Tapi itulah bahasa yang sopan untuk para pembaca.

Tadi ketika di masjid, waktu di antara selepas solat Maghrib dan sebelum solat Isya', saya terpanggil untuk bercerita dengan seorang sahabat.

Ya, inilah satu-satunya sahabat yang sentiasa mendengar segala-gala yang ada dalam hati saya ini, selain daripada Allah yang sentiasa Maha Mendengar.

Saya cerita satu persatu, luah segalanya.

Dia pun tanpa buang masa, berikan nasihat berguna, serius, dengan dia senang sahaja saya bercerita.

Mungkin selama ini, saya pernah ada seorang sahabat juga, tetapi sejak kami terpisah (aiseh), dia ke universiti, saya ke IPG, kami jarang berhubung.

Dengan sahabat ini, dia bercerita tentang hati, walaupun tidak secara kasar, tapi saya faham. Dia beritahu agar saya sentiasa menjaga hati sebab dari hatilah segala-galanya akan dipengaruhi.

Dia bercerita tentang 3 orang pemuda, bercerita tentang kisah Nabi Musa.

Dia tak sembunyi dengan mengatakan.. "kau patut kena timpa musibah ini barulah kau ok".

Okay, itu perkataan tak betul, tapi lebih kurang begitu maksudnya.

Apapun dia pesan, ikhlaskan hati, jangan sangka buruk dengan Allah.

Alhamdulillah, terlintas dalam hati, selama ini ketika saya cuba mencari kekuatan sendiri, memang agak payah. Mungkin Allah tunjukkan jalan dengan mengurniakan seorang sahabat yang sangat memahami ini.

Wallahualam, tapi saya sangat bersyukur dapat bercerita walaupun dalam tempoh yang singkat, untuk mendapat kekuatan yang selama ini saya tidak jumpa.

Apapun, ikhlaskanlah hati.

Dengan peperiksaan EDU besok hari, insya Allah saya buat persiapan. Walaupun ELT belum lagi habis baca tentangnya, tapi saya pasti habiskan.

Saya cuma perlu kurangkan aktiviti GAME, ketika ini, sebab itulah satu-satunya godaan paling berat ketika berada dalam situasi ini.

Heh, lepas cuti bolehlah main, tapi insya Allah ingin manfaatkan masa yang ada, game game juga, ada tujuan lain juga.

Cuma berdoa saja dan bertawakal kepadaNya. Apa yang penting, usaha. Ia bukan bila kita berusaha, tetapi bagaimana kita berusaha.

Tetapi yang pasti, waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah SEKARANG!

No problems that have no solutions.

Sunday, 26 February 2012

Sabar, syukur dan ikhlas.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, siap akhirnya dua assignment dalam masa dua hari. Heee. Ada lagi selepas ni, tapi mudah-mudahan dapat siap. Insya Allah.

Memang satu cabaran untuk membuat dua dalam masa dua hari. Allah permudahkan urusan dan Dia yang memberi kekuatan untuk melakukannya. Kalau tidak confirm aku berjaga malam ni. Hehehe.

Bercerita tentang assignment, sememangnya untuk membuatnya memang sukar. Kena buat dengan penuh kesabaran.

Kesabaran, itulah tajuk dan menjadi topik perbincangan dalam buku Gen-Q. Aku jarang baca buku ni, namun sejak si Aga beli balik-balik, makin bertambah sumber bacaan aku. Selalunya SOLUSI atau Mastika saja menjadi peneman setiap bulan.

Memang banyak cerita kesabaran, kesabaran menuntut ilmu, kesabaran menghadapi dugaan dan banyak lagi.

Kesabaran ini memang satu elemen yang penting untuk diri seorang muslim. Andai kata seorang muslim itu hilang kesabarannya, sudah tentu syaitan menguasai dirinya.

Apa maksud kesabaran? Ia merangkumi semua aspek. Bersabar dan tidak terburu-buru, sabar dan tidak mudah marah.

Kebanyakan orang kalau cerita sabar confirm dia sentuh pasal menahan marah. Sebenarnya sabar merangkumi aspek yang lebih daripada itu.

Bersabar dalam cinta! Haaa. Ini pun ada. Hehehe.

Memang kita boleh cakap 'sabar, sabar'. Tapi sebenarnya bukan mudah untuk melakukannya. Setiap orang pasti akan diuji kesabaran mereka, namun hanya orang beriman saja yang mampu bersabar untuk menghadapi segala rintangan.

Diriku juga terkira, menghadapi orang-orang yang kadangkala menyakitkan hati memang payah. Namun pemikiran kenalah tetap, sentiasa bersabar. Insya Allah tinggi darjat bagi orang yang bersabar.

Dalam melaksanakan perintah Allah pun kena ada kesabaran. Sekiranya kita melakukan solat secara terburu-buru, sudah tentu kurang pahala kita. Itu baru pahala, bagaimana dengan solat kita? Kalau tidak diterima? Nauzubillah minzalik. Jangan terburu-buru, insya Allah boleh jadi khusyuk jika bersabar.

Selain sabar, syukur juga satu perkara penting untuk diri seorang muslim. Kenapa? Bersyukur dan sabar sebenarnya saling berkaitan. Kita mendapat nikmat Allah, bersyukurlah kepadaNya kerana memberi kita apa yang kita mahu. Kita diuji oleh Allah dengan macam-macam, bersabarlah.

Sekecil manapun perkara itu, kita tetap diuji. Contohnya kalau bermain game DotA, tiba-tiba crash. Itu Allah beri peringatan kepada kita samada jangan lalai atau buat kerja yang penting dahulu. Kemungkinan sahaja, Allah Maha Mengetahui.

Seperkara lagi, ada orang 'tipu' kita dengan mengatakan sibuk buat kerja, padahal kalau dilihat sebenarnya buat benda lain. Memang sakit hati, tapi sebenarnya itu adalah ujian untuk diri kita. Bersabarlah.

Bagi orang yang beriman, dia meletakkan kesyukuran selepas kesabaran. Apabila dia ditimpa musibah, dia bersyukur kepada Allah kerana memberi dia peluang merasa kesusahan di dunia ini. Dia lebih rela menghadapi kesusahan di dunia daripada di akhirat. Allahuakbar. Orang sebegini sememangnya orang kuat dalam imannya.

Sebab itu saling berkaitan, sekiranya bersabar sahaja, pahala syukur mungkin kurang. Sekiranya syukur sahaja, mungkin kita akan mengamuk sekiranya ditimpa musibah. Sebab itulah saling berkaitan.

Ikhlas juga penting dalam kehidupan. Di antara ketiga-tiga ini, ikhlaslah yang paling susah untuk dibuat. Kenapa? Sekiranya kita niat untuk sesuatu, seringkali niat itu terpesong. Kadang-kadang niat menunjuk-nunjuk pun keluar. Apapun, cepat-cepatlah kita ingat Allah. Barulah niat kita dapat dibetulkan.

Bagaimana ingin mencari ikhlas? Kita kena paksa diri kita untuk suka sesuatu tu. Contohnya, sekiranya dulu kita malas solat, paksa diri kita untuk solat. Lama kelamaan, barulah kita sedar seronoknya solat ini. Sama seperti tutup aurat, paksa dulu diri kita, sebab ianya hukum Allah. Ikhlas melakukan sesuatu dan hukum Allah berbeza. Dalam pelaksanaan hukum Allah, kita ikhlas atau tidak, wajib tunaikan.

Sejujurnya, aku cemburu terhadap saudara baru atau muallaf. Kenapa? Apabila hati mereka diterangi nur hidayah daripada Allah, keikhlasan mereka terpancar sebaik sahaja mereka mengucap syahadah. Mereka akan menyintai Islam lebih daripada nyawa mereka sendiri. Orang yang memang Islam, belum tentu mencapai tahap seperti mereka.

Sebab itulah, jom kita mempraktikkan tiga elemen ini dalam hidup kita. Insya Allah bahagia. Kadang-kadang sesuatu itu sakit, tapi ada hikmahnya. Kadang-kadang sesuatu itu manis, juga mempunyai hikmahnya. Berterima kasihlah kepada Allah kerana memberi kita nikmat iman dan Islam, dan ikhlaslah melakukan amal ibadah serta kerja lain.

Pae - Dalam cinta juga harus bersabar, bersyukur dan ikhlas. Sekiranya kita disakiti kerana cinta, bersabarlah kerana Allah akan kurniakan kita yang lebih baik. Sekiranya kita disakiti kerana cinta, bersyukurlah kerana Allah mahu kita mencintai Dia terlebih dahulu. Ikhlaslah jika mencintai seseorang, kerana cinta itu, walaupun tidak nampak tetapi ikhlas, akan sampai juga pada orang yang dicintainya itu.