Comrades

Tuesday 7 February 2012

Maafkan dan lupakan.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Kuliah habis dah. Tapi pukul 2 ada lagi. Takpa takpa. Yang penting boleh rehat. Hehehe.

Hairan, kalau buat assignment malas, tapi kalau update blog no.1.

Maaf dan lupakan. Tiap daripada kita pernah disakiti orang lain, pernah menyakiti orang lain. Hanya para anbiya saja yang terlepas dari perbuatan ini.

Sentiasa kita dengar...okaylah. Memandangkan kebanyakan guna FB, kita tukar term. Sentiasa kita lihat status atau quote berkaitan dengan kemaafan. Mereka kata senang maaf, susah mahu dilupakan.

Dalam Islam, tidak pernah diajar sebegini. Nabi tak ajar, sahabat tak ajar, imam muktabar tak ajar, ulama tak ajar, orang alim tak ajar.

Kenapa perlu ingat kesalahan orang tersebut? Apa guna kita maafkan tapi masih lagi ingat kesalahan orang tersebut?

Kita hebat berhujah, tiada manusia sempurna di dunia ini. Kesalahan orang itu merupakan salah satu ketidaksempurnaan dia, jadi wajarkah kita simpan dalam hati?

Contohilah nabi, sahabatnya dan ulama-ulama terbilang. Ketika pembukaan kota Makkah, kaum kafir Quraisy takut melihat kedatangan orang Islam dari Madinah. Malah mereka sedia untuk dihukum kerana pernah menyakiti nabi ketika dahulu. Apa nabi buat? Beliau memaafkan mereka semua dan bergembira. Lantaran itu, ramai daripada kaum kafir peluk Islam. Masya Allah. Indah sungguh cara nabi.

Imam Muhammad atau lebih dikenali Imam Syafie difitnah oleh gabenor as-Saud sehingga beliau ditangkap dan dikurung dalam penjara. Beliau disebat tanpa belas kasihan. Tapi apabila khalifah Harun tahu berita sebenar, beliau dibebaskan. Apabila Imam Syafie dipanggil ke istana oleh khalifah sendiri, as-Saud dipanggil dalam keadaan berantai tangan dan kakinya. Khalifah mengesyorkan as-Saud dijatuhkan hukuman qisas kerana memfitnah dan menyeksa Imam Syafie. Apa kata Imam Syafie?

"Wahai tuanku, as-Saud sudah insaf dan dia sudah meminta maaf. Saya maafkan dia, bebaskanlah dia."

Masya Allah. Kita? Huh. Bukan setakat hukum qisas, kali diseksa dulu kot baru dimaafkan. Hmmmm.

Lebih baik kita lupakan kesalahan seseorang itu dengan memaafkan dia. Kadang-kadang kita disakiti oleh seseorang mungkin ujian daripada Allah, atau peringatan daripada Allah. Itu urusan Dia. Dia lebih mengetahui berbanding kita, dan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jadi, jika ada orang buat salah, maafkan dia dan lupakan kesalahan dia. Dendam terindah ialah kemaafan dan lebih baik kalau lupakan terus kesalahan mereka. Insya Allah hidup tenang.

Memang susah, tapi tak susah. Jaga hati, jaga iman, jaga bicara, jaga tingkah laku. Insya Allah senang untuk melakukannya.

Pae - Bermaaf-maafan, bukan pada hari raya saja. Setiap masa, dan paling penting, minta ampun dan maaf daripada Allah S.W.T kerana berbanding dengan manusia, kita lebih banyak buat dosa terhadap Allah. Astaghfirullah al-azim.

No comments:

Post a Comment