Comrades

Showing posts with label Alkisah PERKONGSIAN. Show all posts
Showing posts with label Alkisah PERKONGSIAN. Show all posts

Thursday, 15 March 2012

Tips lupa cinta.

Assalamualaikum,

Fresh bangun pagi. Tapi lebih fresh kalau tak lewat bangun. Hehehe.

Time cuti-cuti tak tau nak buat apa, baik kita cari ilmu. Dan pastikan ilmu itu ilmu yang sahih lagi bermanfaat, dan jangan sebarkan ilmu yang tiada dalilnya. Hehe.

Hari ni nak bagi tips lagi, tips lupa cinta. Huh?

Tips lupa cinta agar kita fokus kepada cinta Ilahi. Insya Allah.

Memang ramai jatuh cinta, tak kurang juga putus cinta. Jadi aku mahu sharelah sikit-sikit, insya Allah bermanfaat.

1. Cinta makhluk tak kekal lama.

Sebagai seorang muslim, kita kena yakin cinta Allah itulah kekal abadi kerana Dia tidak akan pernah pergi sampai bila-bila. Cinta makhluk sentiasa mengecewakan sebab mereka akan patahkan hati, mungkir janji dan macam-macam lagi. Mana mungkin Allah S.W.T akan mengecewakan hambaNya, kan?

2. Berusaha mencari cintaNya

Tips yang memang berkesan bagi setiap diri muslim yang berubah. Percayalah. Kalau kita sentiasa ingat Allah Maha Esa, insya Allah orang lain pasti kita tak ingat dah. Yang penting, antara tanda-tanda kita mula mendapat cintaNya, kita rajin buat kebaikan dan tinggalkan kejahatan. Insya Allah.

3. Menyibukkan diri dengan kerja

Ini ialah nasihat daripada seorang kakak ketika aku di sekolah menengah dulu - time frust maut sebab cinta tak terbalas. Kita sengaja sibukkan diri dengan kerja-kerja yang ada seperti assignment, tugasan dan apa-apa saja. Kalau tiada kita cari kerja, kasi bersih bilik, bersih kawasan rumah, cuci kain, main game dan seumpamanya.

4. Yakinlah tiap manusia diciptakan berpasangan

Adapun kita semua ini diciptakan berpasangan, janganlah fikir sangat pasal cinta kita tu.

Dalam surah yassin yang selalu kita baca, ada menyebut tentang pasangan-pasangan yang Allah ciptakan.

"Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya." Yassin 36

Jadi mengapa masih sedih dengan cinta makhluk? Tak perlulah sedih, la tahzan, Allah ada untuk memberi kita cinta. Cinta teragung di dunia.

5. Buat sesuatu yang boleh anda syok

Contohnya? Main game, sukan, baca buku, tengok movie (berpada-pada yer tengok movie), dengar lagu. Boleh buat semua ini, yang penting jangan lalai, jangan lupa Allah, jangan luput solat. Main game yang simple-simple, bak kata UAI, Angry Bird. Kehkehkeh.

6. Bergaul dengan rakan-rakan

Berkawan dengan rakan-rakan semestinya buat anda lupa pasal dia. Tapi berpada-pada juga, yang penting jangan lalai. Cerita dengan kawan, bergurau senda dengan mereka atau cerita isu semasa, cerita assignment ka. Kehkehkeh.

7. Cerita masalah dengan kawan/orang yang dipercayai/orang alim

Kalau ada masalah, paling afdhal cari Allah dulu sebab Dia lebih mengetahui isi hati kita. Selepas luah segalanya, barulah cari kawan-kawan lain untuk luah pula. Pastikan kawan anda tu baik-baik punya orang, tak ke haru kalau korang cerita dengan mereka yang suka bocor rahsia. Insya Allah dipermudahkan.

8. Kahwin

Kahwin kerana Allah, bukan kerana ingin sakitkan atau lupakan cinta kita. Jangan salah niat, tapi inilah cara terbaik agar kita tidak terlalu frust menungging. Hehe. Aku senang je tulis, tapi belum rasa, korang rasa sendirilah. Insya Allah, kahwin kerana Allah pasti akan bahagia, walaupun tidak berapa kenal siapa pasangan kita tu. Apa yang penting, kita cari pasangan yang baik-baik, kalau Allah bagi yang kurang baik pun, bersyukurlah. Why? Sebab pasangan kita tu tak seteruk isteri nabi Lut atau seteruk suami Asiah yakni Firaun.

Ini sajalah tips untuk lupa cinta yang korang frust sangat tu. Aku sarankan, banyak bersujud kepada Allah. Sebab? Solat ini boleh bantu kita untuk bersabar, kawal diri dan sebagainya. Peringatan khas untuk diriku juga ni.

Pae - Cuti dah nak habis. Tips lebih afdhal, cari ilmu agar kita tahu bagaimanakah itu cinta. Insya Allah.

Tuesday, 13 March 2012

Tips mengelakkan malas.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih bernyawa. Hehe.

Elak malas. How to do it?

Jadi diriku yang hina ini hanya sekadar berkongsi ilmu dengan anda semua, melalui pengalaman juga. Insya Allah.

Setelah seminggu lebih berada di luar kawasan Keningau, akhirnya aku kembali ke tanah tempat aku lahir. Hihi.

Tips elak malas. Apa perlu buat kalau kita malas? Terutamanya malas assignment.

1. Menyusahkan diri terlebih dahulu.

Macam mana nak susahkan diri terlebih dahulu? Begini, set dalam otak korang.

"Assignment banyak! Takpa, buat awal-awal. Hujung-hujung nanti aku boleh rileks. Aku rela tak tidur malam awal-awal daripada akhir-akhir nanti."

Apa maksud akhir-akhir? Ketika exam hampir menjelma. Hehe. Atau ketika deadline semakin dekat. (Aku ni assignment belum sentuh walaupun sikit)

2. Rajinkan diri anda mencari kerja.

Lebih kurang saja macam di atas. Tapi ini untuk short term punya rajin. Contoh lecturer bagi kerja, time tu kita malas-malas. Tak payah malas. Terus rajinkan diri anda agar lecturer tak lempang anda. Hihi.

3. Rajin-rajin solat sunat.

Haa. Ini boleh rawat penyakit malas kita. Kita dah tahu, solat wajib kita tu banyak kekurangan, dan kita tahu solat adalah amalan pertama akan dihisab nanti. Jadi bagaimana? Kita rajin-rajinkan solat sunat qabliyah dan ba'adiyah. Dengan ini penyakit malas pasti hilang, insya Allah. Solat sunat ada faedah, secara tidak langsung, apa-apa benda faedah pun kita akan kurang malas untuk buat.

4. Buat perancangan

Buat perancangan awal-awal agar tidak malas. Why? Supaya kerja kita lebih sistematik dan teratur. Tak payah buat last-last minit, tak ke haru nanti.

5. Rajinkan bersenam

Dengan bersenam, insya Allah darah akan cepat mengalir ke otak lalu perasaan malas pun hilang. Kalau darah mengalir, insya Allah terus banyak idea kita untuk buat kerja. Jadi kesimpulannya, rajin-rajin bersenam, supaya cergas dan lemak pun terbuang.

6. Elakkan diri daripada tidur banyak.

Penyakit zaman sekarang. Asal petang tidur. Asal petang tidur. Malam tidur tak apa, tapi kalau tidur petang, automatik malam kita akan berjaga sebab masih fresh lagi. Lecturer aku bagi tips untuk tidak tidur petang

"Bangun pagi, set dalam minda untuk tidak tidur petang nanti."

Minda lagi. Betul, minda yang mainkan peranan. Jadi pandai-pandailah korang sana.

7. Jangan terlalu makan banyak.

Ini juga satu kelemahan bagi kita. Bagi mereka yang berdiet mungkin tak apa. Tapi bagi mereka yang kuat makan? Baik kurangkan. Lawan nafsu makan tu. Cubalah korang makan banyak, konfom lepas tu korang nak tidur. Huh! Macam ular.

Malas bukan sebab kenyang, sebab penat makan. Korang try, korang try korang try, kalau tak percaya. Pergi hotel order makanan banyak-banyak and makan. Konfom korang penat terus nak tidur. Macam ular, lembu, buaya, harimau dan macam-macam lagi. Pergh. Jadi jangan makan banyak, dan jangan makan sambil minum air, boleh cepat kenyang.

8. Jangan layan perasaan boring.

Percayalah, kalau anda boring, secara otomatik anda akan malas. Kalau nak hilangkan malas, jangan layan perasaan boring dan jangan layan sangat sesuatu perkara yang anda suka buat. Contoh? Main DotA untuk hilang boring. Tapi lepas main DotA korang konfom jadi malas. So elakkan buat benda begini. Pergi cari kawan ka, cerita-cerita sikit. Hehe.

Ini ja boleh ku share untuk tips-tips. Maklumlah jarang sangat bagi tips kan. Hehe. Apapun, ini entri khusus untuk pelajar-pelajar universiti dan IPG. Tapi siapa-siapa pun boleh ambik sebenarnya. Manataulah kan. Hihi.

Ini bukan malas. Tapi bikin panas.


Pae - Insya Allah akan memberi tips-tips di masa akan datang. (^_^)V

Wednesday, 7 March 2012

Contoh kepada generasi muda.

Siapakah contoh generasi muda?

Politician? Korporat? Artis?

Jawapannya guru, ulama, ustaz dan ustazah.

Politik, kalau baik tak apa jadi contoh generasi muda.

Siapa? Nabi Muhammad, Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muhammad Al-Fateh. Contoh politician terbaik Islam.

Tapi sayang sekali, sekarang, ada orang terhormat menghina agamanya sendiri. Husnuzon, dia tak tahu.

Korporat?

Kalau baik tak apa jadi contoh generasi muda.

Contohnya? Abdul Rahman b. Auf. Orang kaya tapi pengamalan Islam dia sangat tinggi.

Artis?

Kalau baik pun, tidak apa!

Contohnya? Maher Zain. Artis tapi bersifat islamik. Jadi tak salah.

Malahan Imam Malik sendiri menyukai hiburan yang tidak melalaikan.

Namun contoh terbaik untuk generasi muda ialah guru-guru, ulama, ustaz dan ustazah.

Ada satu hadis, tapi dhaif iaitu pasal nabi. "Aku diutuskan sebagai guru". Maaf lupa, tapi begitulah bunyinya.

Guru dan ulamalah yang lebih patut jadi contoh kepada generasi muda.

Artis mengatakan mereka contoh terbaik untuk generasi muda.

"Saya menyanyi dan mengeluarkan album untutk peminat saya. Di samping menjadi contoh kepada mereka."

Ada ka mengaku begitu? Entah. Tapi yang konfomnya, maaflah peminat hiburan, ikon generasi muda tak boleh artis yang pegang.

Kalau buka aurat, seksi sana, seksa sini, gedik sana, gedak sini, manja sana, menji sini, lunak sana, sumbang sini, mengarut sana, temberang sini, tak perlulah wahai generasi muda.

Artis, sekalipun mahu jadi contoh, jadikanlah nabi sebagai ikon anda.

Maaf komen sadis, tapi tak mainlah artis jadi contoh, apatah lagi kalau mereka yang menghina Islam!

Syukur alhamdulillah, ramai muda-mudi semakin sedar. Memang betul, muda-mudi zaman sekarang perlukan bimbingan.

Fikirkanlah siapa ikon kita. Memang maklum, setiap muslim jadikan Rasulullah S.A.W sebagai ikon.

Tapi kalau kita hina sunnahnya, hina agama, hina dia, bertaubatlah dulu.

Insya Allah bermanfaat untuk diriku khususnya dan anda semua.

Pae - Program TV pun mengarut benar.

Islam ajar kita sabar. Rasulullah ajar kita sabar. Allah suruh kita sabar.

Assalamualaikum,

Adeh. SBE II tak terupdate pula. Sorry yer. SBE hari ini insya Allah aku update.

Sempat lagi aku berblog ni. Haha. Jam 9.40 aku masuk kelas. Ya Allah, permudahkan urusan ku. Jangan biarkan diriku terkontang-kanting tanpaMu.

Semalam lewat balik, 6 petang baru sampai di rumah. Why? Besalah kalau mendrive melencong ke Beaufort. Nasib bukan melencong terus ke Keningau. Haha.

Seriously, aku semalam tak ada mood langsung mahu buat kerja. Penat sangat. Tapi paksa diri sebab refleksi mesti ada. Walaupun aku jenis kuat ingat, tapi senang lupa. Apakah!

Cerita sabar lagi.

Tak apa, inilah elemen penting dalam manusia. Kalau tak sabar, sudah tentu syaitan yang kuasai diri kita.

Dalam banyak perkara, memang ada saja dugaan. Malahan kalau berjalan pergi masjid pun pasti ada dugaan.

Kisah sahabat, yang mana beliau on the way ke masjid, tapi jatuh dan kotor pakaian. Balik rumah, pergi lagi. Berlaku lagi perkara tadi, balik rumah pergi lagi. Last-last kali ketiga baru dapat. Tengok, sabar sungguh dia. Dan yang sabotaj dia tu syaitan sebenarnya.

Kisah lain? Rasulullah. Baginda diejek, cerca, maki, hamun, disakiti dan macam-macam lagi. Baginda tetap sabar. Malaikat Jibril offer untuk 'belasah' mereka dengan menghempap mereka, baginda tidak bersetuju malah mendoakan kebaikan untuk mereka.

Imam Nukman, kena penjara kena hukum. Sampai mati pun beliau tidak ikut arahan sultan kerana takutkan Allah. Mati syahid, Allahuakbar.

Imam Syafie pun kena penjara, tapi tetap bersabar. Tinggi kan kesabaran mereka?

Tapi ada cerita yang menyentuh hatiku. Cerita Nabi Ayyub. Allah menguji dia dengan kesenangan 70 tahun, dan menguji dia dengan kesusahan 7 tahun.

Apakah ujian tersebut?

Penyakit kulit, hilang harta, hilang nyawa dan macam-macam lagi ujian sehinggalah dia hanya berdoa biarlah tubuh badan lain jadi lumpuh kecuali lidahnya. Untuk apa? Supaya dia dapat berzikir kepada Allah.

Isterinya? Merungut sebab ujian yang menimpa mereka. Nabi Ayyub kata apa? Dia halau isterinya sebab merungut dan bernazar untuk menyebatnya kalau dia sembuh nanti.

Syaitan, first time dia putus asa untuk membuatkan Nabi Ayyub merungut. Power oo Nabi Ayyub, berkat kesabaran baginda yang Allah bagi. Allahuakbar.

Kita? Jangankan mahu hadapi ujian berat, ujian assignmem pun belum tentu kita dapat bersabar. Hmm.....

Bersabarlah rakan-rakanku. Bukan anda saja yang ditimpa ujian. Bayangkan mereka yang kehilangan ibu bapa sejak kecil, memang menyedihkan bukan.

Insya Allah dengan kesabaran, darjat kita naik. Sebab itu tandanya Allah sayang kita. Dia mahu kita sentiasa berdoa kepadaNya.

Aku akui, aku pun kadang-kadang tak sabar. Yalah, buat kerja tak sabar, malahan sekarang ni, tak sabar mahu balik Keningau!

Tapi aku rileks sebab kalau terburu-buru nanti, sandih hasilnya.

Jadi, jangan risau. Sekiranya jalan yang kita lalui tu membuat kita sakit, menangis dan terluka, itulah jalan yang benar kita lalui. Tiada manusia dalam dunia ini tidak ditimpa ujian.

Ujian bakal datang ni, masuk kelas tahun 4. Heh. Mudah-mudahan dipermudahkan.

Kesabaran itu, menjadikan kita matang. Aku teruk time zaman muda-mudi dulu, memang banyak dugaan. Alhamdulillah, kini insya Allah sampai bila-bila bersabar.

Dah cukup. Malar berblog. Nasib PBS, kalau praktikum aku buat begini. Konfom kena report ke IPG. Haha.

Pae - Sabar itu separuh daripada iman. ^_^

Thursday, 1 March 2012

Ngo-Blog VII - Solat

Hello there March.

Heh, tiada mood untuk aku taip dalam Inggeris. Lagipun lepas ni nak buat assignment BMK. Jadi biar aku cuba untuk martabatkan BM. Hehehe.

Hari ini dalam sejarah, sanah helwah cikgu Sains aku dulu, Teacher Wan Rohani Wan Yahya. Mudah-mudahan berjaya dunia akhirat. Lama tak jumpa, takpelah. Doa saja agar sentiasa sihat sejahtera, insya Allah.

Cerita hari ini, haa. Tadi pagi ngo-blog, kali ini situasi. Sepanjang hari, kuliah tetap jalan, cumanya untuk assignment, tadi pensyarah return our FPK's KKP. Dia cadang saja untuk perbaiki, dan kami terima. Markah tu bro! Nasib hantar lepas cuti. Alhamdulillah.

Tak apa tak apa, boleh tu. Insya Allah. Nasib suruh perbaiki format, kalau suruh buat balik, haru biru. Kehkehkeh.

Memang kebanyakan relax untuk kuliah tadi. Aku pun fresh sebab tidur 8 jam selepas tak tidur. Syukurlah subuh pun dapat awal. Alhamdulillah.

Tadi berjaya balas dendam terhadap lemak terkumpul. Alhamdulillah. Kurang 1kg. Haha. Padahal makan banyak lagi!

Terlalu panjang intro. Tadi BIG versi malam jumaat. IPG Keningau ada BIG dua versi, satu versi malam rabu, satu lagi malam jumaat.

Pengisian malam tu baca yassin. Selalunya kalau ada jemputan luar memang ceramah dijalankan. Agaknya tiada jemputan atau tiada tema, jadi seperti biasa, bacaan yassin bergema di masjid. Apapun, paling afdhal untuk Jumaat (malam atau siangnya) ialah baca surah al-Kahfi. Namun  tak apalah, yassin juga sebahagian Quran, jadi tak salah.

Aku tak join, aku baca surah lain. Sedang fokus untuk faham ayat, dorang habis baca yassin, ada ceramah ringkas dari tok guru. Tutup Quran, simpan dan ikut majlis ilmu. Majlis ilmu lebih afdhal, sebab banyak malaikat join.

Disentuh tentang masjid. Aku quote sikit yang sekadar aku ingat.

"Alhamdulillah, kita semua ada di sini, di masjid, tempat yang disukai oleh Allah, dibenci oleh syaitan, dan orang munafik tak tenteram jika duduk di masjid ini."

Sorrylah, aku tak sehebat hafiz Quran, orang dapat ingat cepat, tak sehebat imam Syafie yang boleh ingat laju. Tapi bolehlah quote sikit-sikit.

Dia tambah, orang mukmin ini umpama ikan dalam air. Jika dia keluar dari air, dia akan mati, mampus! Haa. Analogi yang mantap. Orang mukmin umpama ikan dalam air. Why? Jika orang mukmin langgar hukum Allah, dia pasti bergegar seolah-olah dia buat dosa besar, walaupun ia dosa kecil. Begitulah ikan, kalau dia langgar fitrah yang Allah bagi, pasti dia mati.

Orang munafik pula, macam burung dalam sangkar. Mahu lepas, tak tenang. Begitulah orang munafik. Tak tenang berada di masjid.

Selain itu dia 'tarbiyyah' kami juga, rajin-rajinlah pergi masjid untuk solat. Orang yang beriman ialah orang yang sentiasa berulang-alik dari rumah dan masjid. Aku lupa pula hadis atau Quran tu. Astaghfirullah, inilah kalau fokus benda lain. Hmmm.

Syirik, jika kita tak datang masjid sebab takut orang kata-kata. Wajib kita takut Allah dalam dunia ini, bukan takut orang. Buat apa pedulikan orang kata-kata tentang kita, pedulilah kepada Allah yang Maha Besar dari makhluk. Itulah namanya tidak ikhlas. Pastikan diri kita sentiasa ikhlas untuk buat apa saja. Insya Allah.

Banyak ustaz tu sentuh, aku pun terkena jugalah. Yalah, sebab kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Insya Allah lepas ini akan sentiasa naik. Korang pun, jom naikkan iman kita. Amin.

Jika difikirkan, kita pasti berjaya sekiranya kita tunai solat, afdhal berjemaah. Allah pasti permudahkan urusan kita kalau kita solat. Ikhlas atau tidak perkara lain, sebab hukum Allah ini, wajib. Dia tak kata wajiblah korang ikhlas untuk tunaikan solat. Memang susah untuk ikhlas, namun sesusah-susah ikhlas, khusyu' lebih susah. Jadi, jom kita tingkatkan kualiti solat kita.

Bagaimana? Rajin-rajin solat lima waktu dulu secara bersendirian. Sekiranya dah dapat, maka rajin-rajin pergi masjid. Sekiranya istiqamah 40 hari, rajin-rajin solat sunat. Sekiranya 12 rakaat sunat kita dapat jaga, tahajjudlah. Sekiranya tahajjudd menjadi amalan harian seperti mana Sultan Muhammad buat, sudah tentu solat kita diterima Allah. Insya Allah, Dia lebih mengetahui.

Memang payah, tapi kalau kita tak cuba, confirm kita tak dapat. Jadi, usahakan sikit-sikit, insya Allah dipermudahkan. Allah pandang usaha kita, bukan hasil kita.

Tambahan, sekiranya kita ditimpa sesuatu yang menyakitkan seperti orang sakitkan hati kita, orang buat hal dengan kita, laptop kita suddenly rosak, bermacam-macam masalah datang, penyelesaiannya hanya satu, solat dan mohon pada Allah. Allah pasti permudahkan urusan kita. Yakinlah. Insya Allah.

Jadi? Jangan lalai, solat wajib diutamakan sekalipun anda tak ikhlas. Sekiranya kita taat, insya Allah ikhlas itu Dia beri, selagi mana kita berusaha untuk mendapatkannya. Wallahualam.

Pae - Assignment oh assignment. Jom jadi orang besar buat teks ucapan.

Tuesday, 7 February 2012

Buka aib orang, Allah buka aib kita.

Best tak buka aib orang?

Tanya diri tepuk dada tanya iman.

Andai kata aib korang dibuka, apa perasaan?

Sememangnya kita sentiasa terpikat dengan sesuatu yang tidak baik.

Contoh?

Gosip, umpat, fitnah, dan macam-macam lagi.

Tapi, apa best buka aib orang?

Sekiranya korang dibuat begitu, korang punya reaksi apa?

Sudah tentu marah, kan?

Jadi kenapa buat?

Allah ada janji, jika kita tutup aib orang, Dia akan tutup aib kita di dunia dan akhirat.

Jadi, kalau tidak mahu aib kita dibuka, diam-diam saja jika ternampak keburukan orang lain.

Sebaiknya, kita pergi tegur dia cara hikmah, supaya orang lain tak tahu.

“Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.” (HR. Muslim, Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dalam hadis yang lain

“Sesiapa yang menutup aib saudara muslimnya maka Allah akan menutup aibnya di akhirat” (HR. at-Tirmidzi dan disahihkan oleh Al-Albani)

“Setiap orang mempunyai keaiban dan tidak ada seorang pun yang terlepas dari melakukan kesalahan. Rasulullah SAW bersabda, “Setiap daripada kamu adalah orang yang berbuat salah, dan sebaik-baik orang yang berbuat salah adalah orang yang bertaubat.”( HR Ahmad).

Jika seseorang itu buat salah, jangan disebarkan aibnya. Tak baik, dosa, haram. Lebih baik kita doa agar dia terbuka hatinya dan bertaubat.

Dia buat salah, boleh jadi kerana kejahilannya. Jadi tak wajar kita buka aibnya. Sedangkan nabi sendiri tak pernah buka aib orang lain, kita ini pula sibuk dengan mereka.

Jika kita buka aib orang lain, sebenarnya kita menunjukkan kelemahan kita sendiri. Daripada kita fikir kelemahan orang lain, baik kita perbaiki kelemahan diri kita. Lebih baik kan?

Maafkanlah mereka yang telah buat kesalahan dan lupakanlah. Insya Allah, kita mendapat rahmatNya, dia juga akan mendapat petunjuk daripadaNya.

"Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia." - Imam Syafie.



Pae - Layan short stories. Weeeuuuuuuuuu.

Maafkan dan lupakan.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Kuliah habis dah. Tapi pukul 2 ada lagi. Takpa takpa. Yang penting boleh rehat. Hehehe.

Hairan, kalau buat assignment malas, tapi kalau update blog no.1.

Maaf dan lupakan. Tiap daripada kita pernah disakiti orang lain, pernah menyakiti orang lain. Hanya para anbiya saja yang terlepas dari perbuatan ini.

Sentiasa kita dengar...okaylah. Memandangkan kebanyakan guna FB, kita tukar term. Sentiasa kita lihat status atau quote berkaitan dengan kemaafan. Mereka kata senang maaf, susah mahu dilupakan.

Dalam Islam, tidak pernah diajar sebegini. Nabi tak ajar, sahabat tak ajar, imam muktabar tak ajar, ulama tak ajar, orang alim tak ajar.

Kenapa perlu ingat kesalahan orang tersebut? Apa guna kita maafkan tapi masih lagi ingat kesalahan orang tersebut?

Kita hebat berhujah, tiada manusia sempurna di dunia ini. Kesalahan orang itu merupakan salah satu ketidaksempurnaan dia, jadi wajarkah kita simpan dalam hati?

Contohilah nabi, sahabatnya dan ulama-ulama terbilang. Ketika pembukaan kota Makkah, kaum kafir Quraisy takut melihat kedatangan orang Islam dari Madinah. Malah mereka sedia untuk dihukum kerana pernah menyakiti nabi ketika dahulu. Apa nabi buat? Beliau memaafkan mereka semua dan bergembira. Lantaran itu, ramai daripada kaum kafir peluk Islam. Masya Allah. Indah sungguh cara nabi.

Imam Muhammad atau lebih dikenali Imam Syafie difitnah oleh gabenor as-Saud sehingga beliau ditangkap dan dikurung dalam penjara. Beliau disebat tanpa belas kasihan. Tapi apabila khalifah Harun tahu berita sebenar, beliau dibebaskan. Apabila Imam Syafie dipanggil ke istana oleh khalifah sendiri, as-Saud dipanggil dalam keadaan berantai tangan dan kakinya. Khalifah mengesyorkan as-Saud dijatuhkan hukuman qisas kerana memfitnah dan menyeksa Imam Syafie. Apa kata Imam Syafie?

"Wahai tuanku, as-Saud sudah insaf dan dia sudah meminta maaf. Saya maafkan dia, bebaskanlah dia."

Masya Allah. Kita? Huh. Bukan setakat hukum qisas, kali diseksa dulu kot baru dimaafkan. Hmmmm.

Lebih baik kita lupakan kesalahan seseorang itu dengan memaafkan dia. Kadang-kadang kita disakiti oleh seseorang mungkin ujian daripada Allah, atau peringatan daripada Allah. Itu urusan Dia. Dia lebih mengetahui berbanding kita, dan tahu apa yang terbaik untuk kita.

Jadi, jika ada orang buat salah, maafkan dia dan lupakan kesalahan dia. Dendam terindah ialah kemaafan dan lebih baik kalau lupakan terus kesalahan mereka. Insya Allah hidup tenang.

Memang susah, tapi tak susah. Jaga hati, jaga iman, jaga bicara, jaga tingkah laku. Insya Allah senang untuk melakukannya.

Pae - Bermaaf-maafan, bukan pada hari raya saja. Setiap masa, dan paling penting, minta ampun dan maaf daripada Allah S.W.T kerana berbanding dengan manusia, kita lebih banyak buat dosa terhadap Allah. Astaghfirullah al-azim.

Sunday, 5 February 2012

Tiap kerjaya ada pronya, yang penting ikhlas.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Salam Maulidur Rasul semua. Besok kalau berarak jangan tak ingat akhirat. Jangan tak solat selepas berarak.

Setiap profesion ada kelebihan masing-masing. Kali korang mesti ingat kes seorang jururawat mempertikaikan gaji guru yang naik lagi (ada tu dulu sampai satu Malaysia heboh). Apapun, janganlah bangga dengan profesion. Itu semua nikmat yang Allah beri. Kita mesti bersyukur.

Contoh, kerjaya guru. Sememangnya ramai pihak mempertikaikan kenapa guru gaji saja naik. Tapi korang tahu, gurulah paling banyak terima cabaran berbanding dengan profesion lain. Why? Kalau jururawat, jaga kebajikan pesakit saja perlu dilakukan, cuba selamatkan nyawa orang. Guru? Mendidik anak orang jadi baik, itu seratus kali ganda lebih susah.

Bukan mahu bawa perdebatan, seeloknya kita kena faham situasi. Wajarnya guru naik gaji mungkin disebabkan situasi. Tapi itu belakang cerita.

Tinggi rendah gaji, semua itu Allah bagi. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Salah satu sebab kita rasa kekurangan duit tu, sebabnya kita kurang sedekah. Percayalah, sedekah itu membawa rahmat kepada kita. Rezeki semakin luas, lebih-lebih lagi kalau kita sedekah atau lebih tepat korban harta di jalan Allah. Memang kita tak rasa kemiskinan. Percayalah, Allah itu Maha Pemurah. Dengan syarat, jangan kita korban harta mahu riak.

Contohilah para sahabat dan juga para mujahiddin terutamanya imam-imam muktabar. Mereka, walaupun ada yang kaya, miskin, peniaga, askar dan sebagainya, mereka tetap berda'wah dan menyampaikan kebenaran dan ilmu. Mereka langsung tidak harap apa-apa melainkan keredhaan Allah S.W.T. Jadi, kalau buat kerja, buat dengan ikhlas. Maknanya di sini juga, guru bukan saja mengajar, tetapi boleh berda'wah. Jururawat bukan saja merawat, tapi boleh berda'wah. Kan?

Tiada guna profesion itu bertaraf dunia, tapi pekerjanya semua tunggang-langgang. Kalau di Jepun, profesion guru paling top di negara tersebut. Dan memang sistem pendidikan di Jepun top. Kalau pelajar bermasalah, guru sendiri pergi jumpa mereka. Bukan kita yang jumpa guru - in case kalau kita minta tolonglah.

Sorrylah yer, memang selama ini kalau ada orang pertikaikan kerjaya guru, aku duduk diam saja. Tapi kali ini, sedarlah korang semua, tiap profesion ada baik dan buruknya. Syukurlah jadi nurse, paling-paling dicomplaint pun, kenapa layanan tidak baik. Mana ada orang complaint kenapa tidak dapat selamatkan orang. Itu tolak takdir tu. Guru? Banyak complaint oi. Tapi kena tabahlah. Hehehe.

Profesion tiada masalah, yang masalahnya ialah orang dalam profesion tu. Sama seperti kereta, jangan salahkan kereta baru kalau kita accident. Fikir-fikirlah. Kereta itu bukan ada nyawa pun.

Jadi secara kasarnya, mana-mana profesion ada kelebihannya. Hehe. Okay no hard feelings. Ini pandangan seorang bakal guru. Kita harus bersikap neutral. Jangan terlalu pro terhadap sesuatu. Bahaya. Ambillah sikap untuk berkecuali supaya tidak timbul masalah. Muhasabah diri. Okay? Hehe.

Setiap profesion ada kelebihannya tersendiri, yang penting kita lakukan tugas dengan keikhlasan.

Pae - Nabi Muhammad diturunkan untuk melengkapkan akhlak. Baginda berda'wah dan menyebarkan Islam, dan kemudian diteruskan oleh sahabatnya dan berterusan seperti sekarang. Tak kira mana-mana profesion, jom kita berda'wah. Sebab itu sunnah nabi paling besar selepas solat berjemaah di masjid.

Sunday, 30 October 2011

Senang cerita, alaminya nanti.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk bernafas, untuk menaip entri kali ini. Hehe.

"Aku Terima Nikahnya", buku pink menarik hati, yang ku pinjam dari hamba Allah yang baik hati ^_^, kalau mau tunggu abangku, tunggulah hujung bulan November. Adei. Entah-entah time tu aku dah nikah kot, dah beli baru kot. Keh keh keh.

Kali ini masuk ke peringkat ketiga, "Murabbi Cinta", banyak input ku dapat. Dari definisi nikah, sampai ke permasalahannya, belum lagi penghujungnya

Tatkala membaca buku ini, memang banyak buat aku sedar. Nikah, bukan sekadar cinta semata-mata, tapi sampailah ke cucu cicit kita. Fikir senang ke nak bernikah?

"Aku terima nikahnya si isteri binti bapa mertua dengan mas kahwin rmXXXXXX." Tersurat.

Tersiratnya? "Aku tanggung segala perbuatan anakmu, dosanya, bertanggungjawab terhadap segalanya, makan minumnya, kehidupannya, tempat tinggalnya, nafkahnya, amalannya, wahai bapa mertua."

Buat aku sedar, nikah ini satu ibadah yang besar. Bukan perkara main-main, nak tanggung segalanya, bukan perkara senang. Sedangkan kita diberi tugas, malas mahu buat, ini diberi amanah yang jauh lebih berat, diimpikan pula.

Apapun, dengan kesedaran yang ada, aku sedar. Jodoh baik tak datang bergolek. Di zaman yang penuh drama ini, luaran baik, dalaman tidak baik. Luaran jahat, dalaman baik. Luaran terang-terang jahat, dalaman pun jahat. Kehkehkeh. Gurauan saja.

Ingin menjadi terbaik sahaja, cara penyelesaiannya. Tapi, bukan kerana nak jodoh yang baik, tapi ingin baik di pandangan Allah S.W.T. Teringat satu status, entah siapa yang bagitau. "Mudahnya soleh di mata manusia, sukarnya soleh pada pandangan Allah."

Aku berfikir juga, layakkah aku untuk bersama si dia, sedangkan diri ini terumbang-ambing mencari cahayaNya, kadang-kadang dapat, kadang-kadang gelap. Bukan mudah, bukan mudah. Godaan datang, dari segenap penjuru. Hati diserang penyakit, hanya taqwa saja yang menangkis semua itu, serta iman yang kukuh.

Dengan kata lain, aku masih jauh dari ambang perkahwinan. Kadang-kadang, ada post kahwin ditujukan kepadaku, apa tidak, semester ini, semuanya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Sampaikan ada kata panas, "tidak penatkah cerita kahwin saja?" Aku tersenyum saja. Sampai Allah bagi teguran, melalui seorang hamba Allah yang prihatin, seperti yang ku nyatakan pada entri lalu, aku terus tak buka cerita kahwin, dengan orang lain. Well, at least, itu lebih baik daripada post sesetengah orang yang mabuk cinta.

Namun, berbalik pada tadi, jauh dari ambang perkahwinan. Membaca buku Ustaz Hasrizal sudah cukup, tak perlu nak cari benda lain. Sebenarnya, yang belum kahwin, yang belum ada kewangan kukuh, termasuk pelajar sendiri, kita jauh dari ambang perkahwinan. Tahukah apa yang dekat dengan kita?

KEMATIAN. Kematian itulah yang pasti, dekat dengan kita. Andai Allah takdirkan kita untuk pergi sebelum kahwin, maka adakah kita mencapai kahwin itu, mungkin di akhirat. Wallahualam.

Ada juga suggestion, kahwin semasa belajar. Aku tak halang, tapi masing-masing ada pendapat sendiri. Ada yang bermacam-macam, memang bernas, tapi kalau Dia tidak izinkan juga, maka bersabarlah.

Bagi aku, aku mahu fokus belajar, Allah sudah beri nasihat melalui pakcik Jinny untuk fokus belajar terlebih dahulu. Namun, tabiat cerita kahwin ini memang susah dikikis. Hehe. Gurau, gurau. Apapun, fokus untuk menjadi terbaik diutamakan, study tetap didahulukan.

Kita nak pasangan baik? Sedangkan solat lima waktu pun terkapai-kapai. Kita nak pasangan solehah? Sedangkan membaca Quran pun tersekat-sekat. Kita nak pasangan yang soleh? Padahal kita mendedahkan aurat kepada mereka. Apapun, banyakkan berdoa, agar kita sentiasa tetap dalam agamaNya, berusaha untuk menjadi terbaik pada pandanganNya, dan insya Allah, Dia akan beri apa yang kita minta.

Bercerita pasal kahwin senang, cerita pasal keluarga senang. Dengan megah kita kata, "alaa, kahwin je la. Senang cerita." Apabila masuk alam ini nanti, kita akan rasa. Terutamanya bagi lelaki, apabila isteri kamu mengandung. Jadi? Tahankah diri kamu untuk menjaga nafsu kamu? Fikir-fikirlah. Perempuan, tahankah kamu? Apabila suami berubah tiba-tiba. Susah kan? Membaca buku ATN ini pun, aku boleh rasa situasi itu.

Namun, berpesan untuk kahwin, okaylah, sebab COUPLE SEBELUM KAHWIN HARAAAAM. Kalau cerita cinta rumahtangga, tak apa. Supaya orang tahu keindahannya, dan itulah namanya da'wah targhib, da'wah taghrib pun cuba masukkan.

Apa yang penting, jangan lalai. Jangan siok dengan orang, sebab besok-besok, dorang boleh tak siok dengan kita. Sioklah dengan Allah, sebab kita tak akan rasa jemu denganNya. Aku teringat kata hikmah, "Beribadah sehingga penat pun, tapi pahalanya tetap membahagiakan, tapi melakukan dosa walaupun seronok, kesannya amat berbahaya." Lebih kuranglah, Hehe. Terlupa.

Kesimpulannya, aku jauh dari ambang perkahwinan, korang yang belum kahwin pun sama. Tapi apa yang pasti, kalau nak baik, jadi terbaik, fokus perkara didahulukan, kahwin itu kemudian. Ingin senang, bacalah buku "Aku Terima Nikahnyaa". Insya Allah, banyak pengajaran. Ini peringatan khas untuk diriku, dan juga anda semua. Mudah-mudahan bermanfaat. Insya Allah.

AvA - Kepada yang akan balik IPG, mudah-mudahan Allah melindungi korang semua. Amin. ^^

Saturday, 7 May 2011

Cinta itu fitrah.

Terima kasih sebab nasihat dan tegur pasal kontroversi (aww) yang aku buat. Ni la ni, kalau berblog jadi gila. Apapun segala dah okay, aku dah minta maaf. Salah ku juga kan.

Baik. Hari ni, ups, hari semalam (Jumaat), aku penat menjalankan diri bersama geng-geng ku, geng aras 2. Haha. Makan sampai tak ingat dunia, astaghfirullah. Syukur ingat semula.

Jadi, aku banyak kali 'format' isi perut ku agar selesa semula. Yup, sandih oo. Haha. Selepas format kali ke...entah ke berapa, aku melewati bilik si aga. Tanpa ragu2 aku masuk. Dilihat dia sedang baca artikel pasal zina hati, kapel entah apa lagi. Bingung aku.

Dikatakan, err..kapel bukan zina hati? Hah. Bingung? Aku tahu korang bingung. Percayalah. Haha. Aku nak bangkitkan semula isu ini.

At first, kapel, seperti ku katakan dalam previous entri tentang PERITNYA COUPLE SEBELUM KAHWIN, aku difahamkan ada seorang extremis yang mengatakan bahawa kalau ingat orang saja (lainan jantina) terus jadi zina hati. Weh, lepas tu dibagi contoh. Kalau tengok porn tanpa rasa berahi tu, haram atau halal? Hah! Jawab geng jawab.

Korang rasa la kan apa hukum bagi ni benda? Korang boleh pertikaikan. Aku jawab berdasarkan ilmu, HARAM. Berahi ke, tak berahi ke, beriani ke, berani ke, tetap haram. Ini akan ku bincang kejap lagi.
Lepas tu, kita meminati seorang perempuan/lelaki yang kita suka. Apakah hukumnya? Bagi aku harus, dan akan dibincang sekejap lagi.

Lepas tu, kita terfikirkan seseorang yang kita minat, dan dalam pemikiran kita tu, ialah, kita melakukan seks dengan dia. Hukumnya? HARAM.

Berdasarkan apa yang ku pelajari, inilah ulasan aku.

First, tengok porno tanpa rasa berahi, hukum haram. Kenapa aku kata haram? Memang mesti ada korang dengar sesetengah pendapat, kalau berinteraksi dengan bukan muhrim, selagi tak timbul berahi tidak apa2. Betul. Tapi kan bro, sis, geng, bos, ini TENGOK PORNO. Ofkos haram. Terang-terang nampak aurat terbuka, bukan lagi aurat, kemaluan2 tak patut ba kita terlihat. Hah! HARAM!

Kedua, meminati seorang lelaki/perempuan kita suka. Hukumnya, harus. Kenapa? FITRAH. Bolehkah kita menentang fitrah? Tak boleh. Itu adalah suatu nikmat dan kita harus guna sebaik mungkin. Contoh, korang jatuh cinta dengan orang lain, tapi korang tak mahu, dalam hati "aku tak mahu jatuh cinta dengan dia. Aku tak cinta dia." Padahal memang dah suka pun. Itu tak baik untuk hati. Hehe. Dalam hadis nabi...

Sesiapa jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah orang yang syahid. - HR Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami


Fitrah tak boleh dihalang. Tapi cara kita mengendalikan urusan cinta hati kita tu yang patut diambil perhatian. Kalau kita jatuh cinta pada seseorang, jalan terbaik ialah nikah manakala jalan terakhir ialah puasa. Kenalah pandai menjaga diri kita.

Ketiga, fikir seseorang dan 'kotor' pemikiran kita time memikirkan si dia. Ini ofkoslah haram. Inilah zina hati. Sebab kita mahu berzina dengan orang lain walaupun perbuatan tu tak dibenarkan. Memang ada diberitahu, kalau kita niat baik, Allah beri 1 pahala, kalau dibuat, 10 kali ganda pahala tu. Kalau niat jahat, kita tidak dicatat dosa, tapi kalau buat, satu dosa kita dapat. Janganlah terpengaruh dengan syaitan. Sebab ini cara syaitan melalaikan kita. Last2 entah apa akan jadi.

KITA DILARANG MENDEKATI ZINA. Ofkos, why doubt the sentence? Tapi kan, diputarbelit sehingga aku bingung. Tapi untuk permudahkan urusan, jangan kita mendekati zina. Itu saja paling afdhal. Kalau ada pertikaian pasal agama, dan belum ada penyelesaian, baliklah kepada Quran dan Hadis. Itu paling baik.
Jadi, aku sarankan tak payahlah nak couple. Hatta dengan apa cara/niat sekalipun. Tak salah untuk meminati seseorang. Sebab itu fitrah, sedangkan Fatimah R.A sendiri pernah mengagumi Saidina Ali sebelum mereka kahwin. Fitrah, siapa nak halang?

Tapi jangan jadikan alasan fitrah untuk kita maju ke arah yang salah. Sebab ada cara nak urus fitrah kita tu. Sudah ku terangkan tadi. Fikir2lah sendiri.
Kesimpulannya, kapel tak best. SIOK LAGI NIKAH! :)
AvA - ASSIGNMENT! KAIN! NAPA RAMAI SANGAT CUCI DI ARAS 2 NI!!!!!

Sunday, 1 May 2011

Peritnya couple sebelum kahwin

Yah! Ada penutup April - Sequel of The Success - dan pembuka May. Jadi Mari kita ucap alhamdulillah sebab masih mampu bernafas sehingga sekarang.

Aku merindui drama Macbeth, ELC. Minggu depan pergi kelas dah pula. Ai ni yang aku malas ni. Assignment ada 4 lagi belum hantar. Grrr!!!

Baiklah, kali ini aku mahu buka kisah peritnya bercouple sebelum kahwin. Eleh, korang mesti benci baca entri aku ni sebab mungkin akan pukul hidung korang. Hahaha.

Aku bukan bias tapi aku ingin beritahu realiti couple sebelum kahwin. Sebab aku pernah rasa, time aku masih lagi nakal dan jajal lah ketika dulu. Hehe. Konon dah baik la ni ya.

Kenapa aku buat entri kali ni? Bukan apa. Sebab memang tak bahagia pun couple sebelum kahwin ini. Bahagia apa? Cuba korang komen dulu. Pasti ku balas. Heeeee.

Aku pernah terlanjur couple. Maksudnya sini aku 'ter'couple dengan seorang gadis walaupun aku tahu ianya tak menyeronokkan. Aku cuba punya cubalah apa rasanya couple. Tapi aku akui, couple buat aku lalai seketika. Hatta ketika drama Macbeth punya latihan, aku jarang fokus.

Jadi apa ku buat? Aku tahu ianya tak baik a.k.a haram, jadi aku sms baik2 kat dia supaya hentikan hubungan di sini. Ini berlaku setelah aku membaca semula 'Pemilik Cintaku' karya Fatimah Zhahra (sorry if mispelled)

Berbalik kepada persoalan. Kenapa peritnya bercouple ni? Aku jenis direct ya.

Pertama sekali ialah couple ni, erm..tak sioklah. Memang tak siok. Kalau nak berpegang tak boleh. Haram. Hah! Mau pegang-pegang tangan tak boleh, apalagi berdua kan? Kalau dah kahwin, bukan sekadar tangan, pegang lain pun boleh. Kehkehkeh.

Kedua, sukar untuk mengetahui keadaan kekasih kita. Apa maksudnya? Begini. Couple mana boleh duduk serumah kan? Kalau yang buat tu haa..itu urusan dia dengan Tuhan. Buat dosa. Jadi secara tak langsung, time kita sms2 dia, kita tak tau apa dia buat. Bukankah begitu? Sms kata begini tapi realiti buat apa???

Ketiga, feel berkasih sayang akan hilang selepas kahwin. Hah ni apa pula? Sebenarnya begini, kalau kita couple, hari-hari kita bilang sayang pada kekasih kita. Sampailah kita kahwin (kalau ada jodoh dengan dia), maka masih lagi la memanggil 'sayang'. Last-last makin jemu mau panggil dia sayang. Yalah, sejak kapel sampai kahwin, asyik sayang, sayang, sayang. Terus sejak kapel lagi, hari-hari tengok muka orang yang sama, lepas kahwin pun begitu juga. Last2 naik muak sudah dan bosan. Solusi? Mungkin kahwin lagi....lalalalal.

Keempat, menghabiskan duit. Ini tak kiralah, si laki ka, si cewek ka. Yang penting menghabiskan duit. Si laki, berabis 'bakar' duit untuk cewek kesayangan. Si cewek, berabis tapau duit untuk kepentingan diri. Haa. Walaupun korang kata "Alaah, masing-masing ba. Lainlah kalau darurat." Eleh. Sembarang. Korang keluar dating pun guna duit bah. Nah. Lainlah kalau suami isteri, tinggal serumah. Dating free, makan free. Hehehe.

Terakhir, sukar untuk mencari kekasih yang setia. Amat jarang orang yang lama bercouple, 5+ keatas, jodoh dengan kekasih hatinya tu. Atau lebih tepat, kapel lain, kahwin lain. Yalah. Potensi untuk break sangat tinggi. Hari ni kapel, besok putus. Kalau dah kahwin? Ada tiket cerai. Suami pegang tiket cerai tu. Hanya digunakan kalau memang dah kritikal. Isteri boleh minta tiket tu, kalau suami tidak memberi layanan yang sewajarnya. Nah, apa kau mahu bising-bising? Hehe.

Itulah lima peritnya kapel sebelum kahwin, tambah dosa, hilang feel lepas kahwin, membazir duit, kurang setia. Seandainya kita betul benar mencintai seseorang, kita kena tahan hati kita. Puasa, solat, zikir banyak-banyak. Kita berdoalah minta jodoh yang baik. Tak salah mengagumi seseorang, tapi tahan hati supaya tidak berperang dengan perasaan. Percayalah, anda akan dapat kekasih sejati yang baik ketika kahwin nanti.

Kita tak boleh tipu perasaan cinta sebab ianya fitrah. Tapi katakan pada diri kita supaya berkawan lebih kekal berbanding kapel. Hee. Popular kan ayat ni? Hah hah.

So kepada golongan berkapel di luar sana, aku nasihatkan supaya jaga diri baik-baik. Jangan terjatuh ke dalam lembah yang dimurkai Allah. Kepada yang belum pernah berkapel, tahan hati dan perasaan. Banyakkan beribadah. Kepada yang putus kapel, alaaa rileks la. Apa ada pada ex tu, bukan suami/isteri pun. Rileks, nanti kahwin lebih indah rasanya bagi orang yang tidak berkapel berbanding orang yang selalu berkapel. Percaya atau tak? Terpulang pada anda.

Berkasih dan bercoupelah melalui pernikahan
 Bagi yang menghadapi masalah perasaan, bacalah ENTRI INI.

AvA - Jangan kecewa, menangis, sedih dan frust. Banyak lagi benda yang boleh dibuat selain berkapel. :)

Thursday, 14 April 2011

Temuduga

Assalamualaikum,

Malam ini merupakan malam terburuk persembahan drama. Itu ja ringkasan untuk drama malam ni. Apapun, jangan stress, jangan pressure, jangan tension, kehkeh.

Okaylah, sukacitanya aku nak kongsi cara-cara untuk menjalani ujian temuduga. Ini versi akulah, aku nak share apa yang aku buat ketika temuduga time mau masuk IPG dulu.

Banyak tips yang diberi oleh ibu bapaku, guru-guruku, rakan-rakanku dan siapa-siapa saja yang berkenaan. Jadi, marilah kita share ilmu yang bermanfaat kepada semua ini.

Time temuduga, perkara paling penting ialah kita kena ingat Allah. Kalau tidak Allah pasti lupakan kita. Itu paling penting. I prioritized this because Allah is the best companion in our life, not only the best, BEST OF ALL companion. Jadi seharusnya kita kena ingat-Nya kalau nak ditolong.

Okay, itu pembuka menu. Mari kita lihat apa isi menu ini.

Tips untuk temuduga
1. Ikhlas kerana Allah
2. Yakin sepenuh hati
3. Optimis terhadap diri sendiri
4. Amalkan doa ini

A025
Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; (Taha 20:25)

A026
"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; (Taha 20:26)
A027
"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, (Taha 20:27)

A028
"Supaya mereka faham perkataanku; (Taha 20:28)

5. Jangan sekali-kali kurang  yakin.
6. Baca isu-isu semasa, pasal bidang yang anda dapat, semua yang baru.
7. Kalau pasal perguruan, faham Falsafah Pendidikan Kebangsaan, baca latest news pasal KPM, selain daripada profesion ini, sila baca pasal bidang yang anda terpilih.
8. Minta tips daripada orang lebih berpengalaman
9. Pakai kemas-kemas
10. Bersopan-santun
11. Sentiasa senyum
12. Lumrah kalau berpeluh dan gegar. Yang penting yakin, cakap biar mereka faham.
13. Berlatih bercakap depan cermin untuk tengok ekspresi muka, cakap dengan orang lain supaya dapat mengatasi masalah percakapan.
14. Bagi yang dapat bidang khas B.I (perguruan) banyakkan baca bahan dalam bahasa inggeris.
15. Minta restu ibu bapa.
16. Buat solat sunat hajat.
17. If possible, try to fast during your interview time. Person who fasting, his/her pray will be accepted.
18. Apa yang penting doa, usaha, istiqamah dan tawakal.
19. Kalau mahu buat nazar, elok tanya ustaz/ustazah terlebih dahulu
20. Last but not least, good luck, Allah always be by our side. :)
21. Jangan lupa segala dokumen penting termasuk I.C, surat beranak, keputusan peperiksaan, dan sijil-sijil berkaitan.

Itulah setakat yang mampu ku kongsikan. Memang banyak lagi tapi yang penting tahu asasnya. Berserahlah kepada Allah selepas temuduga. Kalau dapat maka itulah yang baik untuk kita, kalau tak dapat, sesungguhnya Allah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Mudah-mudahan para temuduga berjaya mengharungi temuduga anda dengan tenang, baik dan lancar. Insya Allah.

AvA - Heh. Tips lagi dari si AvA. Buat baik-baik yer.