Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk bernafas, untuk menaip entri kali ini. Hehe.
"Aku Terima Nikahnya", buku pink menarik hati, yang ku pinjam dari hamba Allah yang baik hati ^_^, kalau mau tunggu abangku, tunggulah hujung bulan November. Adei. Entah-entah time tu aku dah nikah kot, dah beli baru kot. Keh keh keh.
Kali ini masuk ke peringkat ketiga, "Murabbi Cinta", banyak input ku dapat. Dari definisi nikah, sampai ke permasalahannya, belum lagi penghujungnya
Tatkala membaca buku ini, memang banyak buat aku sedar. Nikah, bukan sekadar cinta semata-mata, tapi sampailah ke cucu cicit kita. Fikir senang ke nak bernikah?
"Aku terima nikahnya si isteri binti bapa mertua dengan mas kahwin rmXXXXXX." Tersurat.
Tersiratnya? "Aku tanggung segala perbuatan anakmu, dosanya, bertanggungjawab terhadap segalanya, makan minumnya, kehidupannya, tempat tinggalnya, nafkahnya, amalannya, wahai bapa mertua."
Buat aku sedar, nikah ini satu ibadah yang besar. Bukan perkara main-main, nak tanggung segalanya, bukan perkara senang. Sedangkan kita diberi tugas, malas mahu buat, ini diberi amanah yang jauh lebih berat, diimpikan pula.
Apapun, dengan kesedaran yang ada, aku sedar. Jodoh baik tak datang bergolek. Di zaman yang penuh drama ini, luaran baik, dalaman tidak baik. Luaran jahat, dalaman baik. Luaran terang-terang jahat, dalaman pun jahat. Kehkehkeh. Gurauan saja.
Ingin menjadi terbaik sahaja, cara penyelesaiannya. Tapi, bukan kerana nak jodoh yang baik, tapi ingin baik di pandangan Allah S.W.T. Teringat satu status, entah siapa yang bagitau. "Mudahnya soleh di mata manusia, sukarnya soleh pada pandangan Allah."
Aku berfikir juga, layakkah aku untuk bersama si dia, sedangkan diri ini terumbang-ambing mencari cahayaNya, kadang-kadang dapat, kadang-kadang gelap. Bukan mudah, bukan mudah. Godaan datang, dari segenap penjuru. Hati diserang penyakit, hanya taqwa saja yang menangkis semua itu, serta iman yang kukuh.
Dengan kata lain, aku masih jauh dari ambang perkahwinan. Kadang-kadang, ada post kahwin ditujukan kepadaku, apa tidak, semester ini, semuanya pasal kahwin. Kahwin, kahwin, kahwin. Sampaikan ada kata panas, "tidak penatkah cerita kahwin saja?" Aku tersenyum saja. Sampai Allah bagi teguran, melalui seorang hamba Allah yang prihatin, seperti yang ku nyatakan pada entri lalu, aku terus tak buka cerita kahwin, dengan orang lain. Well, at least, itu lebih baik daripada post sesetengah orang yang mabuk cinta.
Namun, berbalik pada tadi, jauh dari ambang perkahwinan. Membaca buku Ustaz Hasrizal sudah cukup, tak perlu nak cari benda lain. Sebenarnya, yang belum kahwin, yang belum ada kewangan kukuh, termasuk pelajar sendiri, kita jauh dari ambang perkahwinan. Tahukah apa yang dekat dengan kita?
KEMATIAN. Kematian itulah yang pasti, dekat dengan kita. Andai Allah takdirkan kita untuk pergi sebelum kahwin, maka adakah kita mencapai kahwin itu, mungkin di akhirat. Wallahualam.
Ada juga suggestion, kahwin semasa belajar. Aku tak halang, tapi masing-masing ada pendapat sendiri. Ada yang bermacam-macam, memang bernas, tapi kalau Dia tidak izinkan juga, maka bersabarlah.
Bagi aku, aku mahu fokus belajar, Allah sudah beri nasihat melalui pakcik Jinny untuk fokus belajar terlebih dahulu. Namun, tabiat cerita kahwin ini memang susah dikikis. Hehe. Gurau, gurau. Apapun, fokus untuk menjadi terbaik diutamakan, study tetap didahulukan.
Kita nak pasangan baik? Sedangkan solat lima waktu pun terkapai-kapai. Kita nak pasangan solehah? Sedangkan membaca Quran pun tersekat-sekat. Kita nak pasangan yang soleh? Padahal kita mendedahkan aurat kepada mereka. Apapun, banyakkan berdoa, agar kita sentiasa tetap dalam agamaNya, berusaha untuk menjadi terbaik pada pandanganNya, dan insya Allah, Dia akan beri apa yang kita minta.
Bercerita pasal kahwin senang, cerita pasal keluarga senang. Dengan megah kita kata, "alaa, kahwin je la. Senang cerita." Apabila masuk alam ini nanti, kita akan rasa. Terutamanya bagi lelaki, apabila isteri kamu mengandung. Jadi? Tahankah diri kamu untuk menjaga nafsu kamu? Fikir-fikirlah. Perempuan, tahankah kamu? Apabila suami berubah tiba-tiba. Susah kan? Membaca buku ATN ini pun, aku boleh rasa situasi itu.
Namun, berpesan untuk kahwin, okaylah, sebab COUPLE SEBELUM KAHWIN HARAAAAM. Kalau cerita cinta rumahtangga, tak apa. Supaya orang tahu keindahannya, dan itulah namanya da'wah targhib, da'wah taghrib pun cuba masukkan.
Apa yang penting, jangan lalai. Jangan siok dengan orang, sebab besok-besok, dorang boleh tak siok dengan kita. Sioklah dengan Allah, sebab kita tak akan rasa jemu denganNya. Aku teringat kata hikmah, "Beribadah sehingga penat pun, tapi pahalanya tetap membahagiakan, tapi melakukan dosa walaupun seronok, kesannya amat berbahaya." Lebih kuranglah, Hehe. Terlupa.
Kesimpulannya, aku jauh dari ambang perkahwinan, korang yang belum kahwin pun sama. Tapi apa yang pasti, kalau nak baik, jadi terbaik, fokus perkara didahulukan, kahwin itu kemudian. Ingin senang, bacalah buku "Aku Terima Nikahnyaa". Insya Allah, banyak pengajaran. Ini peringatan khas untuk diriku, dan juga anda semua. Mudah-mudahan bermanfaat. Insya Allah.
AvA - Kepada yang akan balik IPG, mudah-mudahan Allah melindungi korang semua. Amin. ^^
No comments:
Post a Comment