Assalamualaikum ^______^
Err... Sila abaikan senyum kambing itu. Hehe.
Tajuk, tajuk, tajuk. Fikir sejuta kali, untuk apa? Banyak. Sebelum buat sesuatu.
Sebelum kita ingin melakukan sesuatu, eloklah kita fikir dulu apa kesan yang kita akan buat itu. Termasuk menaip entri. Kesan menaip entri? Kongsi ilmu dengan orang, pengalaman, situasi, kan? Hehe.
Tapi, kali ini, bukan pasal itu, tapi pasal, cinta. Adei, keluar sudah tajuk kegemaran Mr. Pae. Bakal isteri, sorry, suka sangat cerita cinta.
Fikir sejuta kali sebelum kahwin <-- Betul.
Fikir sejuta kali sebelum menyentuh hati perempuan <-- Betul.
Fikir sejuta kali sebelum couple <-- BENAR.
Aku ingin menekankan paling last itu.
Andai kata kita telah meminati seorang wanita, perempuan, fikir, bagaimana untuk mendekati dia.
Ada satu cara saja, yang paling bagus. Apa dia?
Dekatkan diri kita dengan Allah. Cara terbaik mengurus perasaan cinta kita itu.
Janganlah kita dekat dengan cara yang boleh menimbulkan fitnah, boleh menimbulkan kegelisahan dalam hati, seriusly. Why? Sebab aku pernah rasa kedua-dua cara yang dilarang ini.
Berdasarkan pengalaman, amat sakit untuk mendekati seorang wanita, walaupun dengan niat baik, betul. Tak perlulah mahu sentuh hatinya, jika tiada niat untuk membawa dia ke jalan yang diredhai Allah, yakni nikah dan kahwin. Kan?
Memang susah, sangat susah. Sebab? Diriku juga tak terlepas dari situasi ini. Makin hebat kesakitan itu, kalau seseorang yang kita cuba dekati, menjauhkan diri daripada kita. Itu makhluk, bayangkan kalau Allah jauhkan kita dariNya, tidakkah itu sakit? Syukurlah, Allah sentiasa untuk hambaNya, selagi mana kita beriman kepadaNya.
Ramai di antara kita terbabas. Yup. Bergurau senda dengan seseorang yang kita minat, sekalipun orang itu tak tahu kita minat dia, tapi percayalah, sebenarnya kita menyeksa diri kita, untuk stay suka pada dia. Jangan buat diri kita lalai dengan perasaan ini.
Aku akui, aku sendiri terlalai, tapi alhamdulillah, nasihat seorang sahabat, seperti aku nyatakan dalam entri lalu, menyedarkan aku. Aku sudah tekad, aku ingin jauhkan diri daripada menyentuh hati seorang wanita yang ku minat, sebab ia pasti membunuhku. Kalau dia minat pada kita, lagilah bahaya. Kalau dia tak minat, buat dek saja, menyakitkan sungguh. Kan?
Allah ada untuk kita, tak kira di mana saja. Apabila mencintai seseorang, cintailah Allah terlebih dahulu. Biar kita ingat dia, terus kita ingat Allah. Bukan kita ingat Allah, kita ingat dia. Terbalik! Kenapa ingat dia terus ingat Allah? Supaya kita tahu, ada batas tertentu, yang telah Allah tetapkan.
Jadi rakan-rakanku sekalian, sebelum anda menyentuh hati seorang yang anda minat, fikirlah sejuta kali. Sekalipun kesan yang buruk itu tak ada, sekalipun kita tidak bercouple dengannya, sekalipun hanya sebagai kawan saja, perasaan kita yang jatuh sakit. Sebab terlalu merindui, terlalu meminati, terlalu mengharap.
Kalau suka, jumpa ibu bapa, katakan pada mereka, hasrat murni. Kalau belum lagi, puasa. Kan nabi suruh puasa? Hehehe.
Aku ini malar saja cerita pasal cinta. Tapi sebenarnya, ada hikmah jika kita just keep calm, tidak terbawa-bawa, tidak lalai. Andai kata kita bersabar, di samping kita menjadikan diri kita terbaik, insya Allah, Dia akan beri apa kita mahu. Sebab itu ada dua saja kemungkinan yang Allah boleh bagi, si dia yang kita minat, atau lebih baik lagi. Yakinlah pada Allah.
Kesimpulannya, jangan dekat seseorang, jika tiada niat untuk bersama dengan dia selamanya. Jadikan diri terbaik untuk Allah, sekalipun tidak baik, tapi ada usaha. Dan akhir kata, nikah dan kahwin, itulah jalan terbaik, menghubungkan cinta dua orang insan. Insya Allah.
AvA - Sabar. Sabar. Sabar. ^_^
No comments:
Post a Comment