Comrades

Thursday, 1 March 2012

Ngo-Blog VI - Mac

Assalamualaikum,

Selamat datang march. Alhamdulillah, dah sampai bulan ke-3 untuk semester 1. Hehehe.

Di saat-saat menghampiri cuti, tiba-tiba tiada air. Tidak apa, kami next week takde di asrama. Hehehe.

Namun demikian, sudah tentu yang menunggu aku next week dan para pelatih lain ialah PBS. Ohooo, tidakku sabar walaupun dalam masa yang neves juga aku mau hadapi PBS ni. Kehkehkeh.

Cerita tentang PBS, memang ada kerja kursus yang akan dibuat. Apapun, mudah-mudahan dipermudahkan urusan olehNya. Insya Allah.

Apapun, aku bersyukur sebab sepanjang bulan Februari, memang sibuk gila. Kalau bulan Januari, sibuk dengan tugas-tugas kecil saja, bulan Februari? Malar assignment. Haha.

Minggu terakhir ni jugalah rekod tersibuk sepanjang masa. Seperti ku ceritakan dalam entri-entri lalu, tapi aku bersyukur sebab sekalipun sibuk dengan assignment, tidak pernah aku extend deadline. Walaupun terpaksa berjaga malam, syukur juga berjaga ni. Yalah, dapat solat subuh awal. Hehehehe.

Kini assignment yang menunggu lagi ialah Bahasa Melayu Komunikatif. Ini sepatutnya hantar 9 Mac, tapi pensyarah tarikh sehingga besok deadline. Walaubagaimanapun, dia ada kata, selagi mana boleh hantar sebelum 9 Mac, dia akan terima. Kesimpulannya? Aku minta tolong kawan yang tinggal di Keningau untuk hantar kerjaku. Sorrylah yer. Hehehe.

Selepas cuti? Linguistik. Agak susah di situ tapi insya Allah boleh. Lepas tu tugasan terakhir, laporan PBS. Ini 30 Mac, serta kuiz Kesusasteraan Inggeris. Lepas tu bolehlah fokus portfolio, UAK dan exam. Sejujurnya satu-satu perkara belum sedia ialah portfolio. Huuuu. Confirm beli printer lepas cuti!

Memang dah tekad untuk beli ketika dapat elaun, tapi rasanya belum lagi dapat pergi KK. Jadi, lepas cuti memang beli punya. Malas dah aku mahu turun ke bawah (tingkat 1) untuk print segala benda. Letak ja printer di bilik, print puas-puas. Hahaha.

Sebenarnya, aku rela bersibuk awal-awal daripada last minit sibuk. Biarlah susah, baru senang. Macam semalam punya semalam, membuat assignment perkembangan kanak-kanak, sehingga tidak tidur. Astaghfirullah. Dan balas dendam? Semalam lepas isya'. Lepas solat saja, pergi bilik dan tidur. Itupun terbangun-bangun juga ketika 2/3 malam. Tidak tertahajjud sebab terlalu mengantuk. Dan time subuh baru bangun.

Kalau kita rileks awal-awal, akhir-akhir nanti boleh jadi stress. Jadi aku prefer to sadis awal-awal, last-last senyum saja. Hehe.

Okay, jom pergi kuliah dan buat assignment BMK. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan olehNya. Amin.

Pae - Lepas PBS? CUTI!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment