Apa cerita PBS?
Nanti saja. Itu belakang cerita.
Pernah tak korang rasa macam mahu lupakan semua yang pernah berlaku dalam hidup korang?
Pernah tak korang rasa macam memori lampau tu sentiasa menghantui?
Terutamanya dalam kes cinta.
Dalam kes cinta, memang banyak kesilapan.
Aku tak mahu pergi jauh-jauh, anggaplah apa yang ku kongsi ini merupakan satu nasihat untuk korang semua.
Cinta itu butakah? Entah, ramai madah pujangga berkata-kata. Manusia yang nilai cinta itulah buta.
Korang ni, directlah. Cinta tak ada mata okeh!
Selama mana aku kenal itu cinta, selama itu aku sakit.
Dalam kes ini, cinta kekasih manusia.
3 kali cinta, 3 kali putus. Sandih.
Aku terfikir, betulkah apa yang aku buat ni?
Apabila menghubungi semula orang yang pernah disakiti, memang perasaan itu muncul semula.
Dengan sepantas kilat aku nafikannya.
Bukan kerana takut, tapi aku sedar, untuk kali keempat, peluang itu muncul bila Allah tunjukkan jalannya.
Pernah tersentuh hati seorang wanita, kemudian aku nafikannya.
Bukan kerana ingin main2, tapi tidak ingin nafsu yang kawal. Alangkah baiknya, kalau iman yang dapat kawal.
Manusia, tiada sempurna, itu kesimpulan. Tapi bukan alasan, cuma sekadar untuk muhasabah.
Teguran dari si dia itu memang mengejutkan, ragu-ragu terus untuk mendekatinya.
Why? Kerana dialah perempuan idaman lelaki yang baik-baik. Aku tidak sebaik mereka yang lebih baik.
Sekalipun mereka itu ada kelemahan, kelemahan diri harus dikira dan diperbaiki.
Alangkah bagusnya kalau memori dapat dilupuskan, hanya memori ketika kecil dan agak baru saja dalam kepala, tidaklah banyak fikir sangat. Tidak perlulah kenal siapa mereka.
Cinta itu sakit, cinta itu sakit, cinta itu sakit. Cinta Ilahi? Tak pernah sakit.
Kita mudah lalai, jadi cepat-cepat istighfar.
Payah memang payah, tapi mujahadah itu nikmat.
Lebih baik lagi mencintai seseorang yang tak kenal kita, kerana kita gembira melihat dia gembira dan sentiasa mendoakan terbaik untuk dirinya.
Tapi tak salah menyimpan harapan terhadap seseorang yang tidak cinta kita, siapa tahu, Allah beri lebih baik daripada dia.
Ayat-ayat cinta ja aku ini. Heh.
Maafkan aku sebab pernah menyentuh hatimu. Maafkan aku sebab tersentuh hatimu. Maafkan aku sebab ingin menyentuh hatimu.
Insya Allah, jika aku ingin menyentuh hatimu, akan ku jumpa walimu wahai orang jauh. 240. Hehehe. Baik-baik PBS. Kirim salam anak murid.
Pae - Dah. Jom buat kerja semula!
Assalamualaikum. Isu kali ni, cinta dan cinta lagi? mm, dh 3 kali bercinta, 3 kali putus? wah, dah banyak pengalaman ni. pernah terfikir tak, kenapa c abu bercinta 10 kali dan 10 kali jugak dia putus? pernah terfikir tak kenapa c bakar bercinta sekali seja, pastu terus kahwin? pernah tak? sebenarnya, setiap yg berlaku dalam hidup kita menuntut kepada perubahan. apa jua berlaku dalam hidup ini, minta kita berubah setelah itu berlaku. maksudnya, kalau sebelum ini, kamu tahu, bercinta sebelum bersedia untuk kahwin tidak mendatangkan apa2 kecuali pembaziran masa, kredit dsbnya, maka, kamu akan berubah menjadi seseorang yg hanya akan bercinta apabila kamu sudah benar2 bersedia utk berkahwin. tp andai kamu tidak berubah, masih merasakan benda itu menyeronokkan, ok dsbny, maka, tidak hairanlah kita akan diuji terus menerus dengan ujian tersebut kerana kita tidak mahu melakukan perubahan. setiap yg berlaku, ada hikmahnya. kita merancang, Allah merancang, tetapi Allahlah sebaik-baik perancang. jadikan kisah lama sebagai pengalaman hidup. Alangkah bertuahnya seorang wanita, andai dia cinta terakhir lelaki itu dan bertuahnya seorang lelaki andai dia cinta pertama wanita itu. selamat bermuhasabah. wslm
ReplyDelete