Wahai awak si bakal isteri,
Setiap hari saya terfikir pasal awak, setiap hari saya minta kepadaNya, agar saya mendapat awak, yang solehah, yang baik keturunan, baik paras rupa dan baik hartanya. Sesuai dengan hadis nabi yang menyuruh untuk memilih calon pasangan yang beragama.
Wahai awak si bakal isteri,
Saya bukan lelaki baik-baik seperti Saidina Ali yang berjaya mendapatkan cinta puteri Rasulullah S.A.W, Fatimah. Tapi saya berjanji, saya akan jaga awak, menjadi imam awak, menjadi pemimpin awak, menjadi 'bapa' awak, menjadi abang awak, menjadi rakan awak, dan paling penting, menjadi suami yang terbaik untuk awak.
Wahai bakal isteri,
Seperti saya beritahu atas tadi, saya akan jaga awak dan pimpin awak. Namun awak, janganlah risau. Sekiranya saya buat silap atau salah, tegurlah saya, agar kita berdua saling menyayangi antara satu sama lain.
Wahai bakal isteri,
Saya tidak sesoleh Imam Mazhab, Imam-imam lain, ulama-ulama lain, imam-imam muda lain yang selalu dilihat di TV. Saya tidak juga sebaik ustaz-ustaz di Malaysia ni, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Asri, Ustaz Don, Ustaz Akhil Hayy, Imam Asyraf, Hasrizal Abdul Jamil. Saya tak pandai berkata-kata seperti mereka, yang berdakwah demi menegakkan kebenaran. Namun demikian, insya Allah, saya akan berkata-kata menggunakan ayat-ayat cinta paling agung dan paling baik, iaitu Quran diikuti dengan hadis.
Wahai bakal isteri,
Saya tidaklah sekaya anak orang kaya. Tidak sekaya sahabat nabi yang alim iaitu Abdul Rahman bin Auf, tidak sekaya Umar Abdul Aziz sebelum beliau memerintah, tidak sekaya Sultan Muhammad Al-Fateh yang berjaya menawan Konstantinopel. Tapi, janganlah risau. Allah Maha Kaya, Dia pasti kurniakan kita kekayaan dunia dan akhirat, selagi mana kita beriman kepadaNya.
Wahai bakal isteri,
Saya pun tak tahu siapa anda, cuma saya berharap apabila kita bertemu nanti, saya berharap sayalah yang berada dalam istikharah anda, dan anda berada dalam istikharah saya, insya Allah, Dia yang Maha Perancang.
Wahai bakal isteri,
Apabila saya masuk meminang nanti, haraplah jangan bagi hantaran mahal-mahal. Seperi tok guru Nik Aziz, dia terima walaupun hantaran seribu. Yalah, apalah ada pada seribu ringgit itu. Lagipun nabi ada pesan, sebaik-baik wanita ialah yang mudah maharnya.
Wahai bakal isteri,
Saya harap kita berdua telah bersedia untuk menempuhi alam rumah tangga nanti. Memang ianya bukan mudah, namun jika kita berada di jalan kebenaran yang ditunjuk olehNya, insya Allah kita akan selamat.
Wahai bakal isteri,
Awak, harap kita mampu menjadi pasangan solehah, walaupun ajal itu datang bila-bila masa. Ramai orang kata, mati itu memisahkan kita dengan pasangan kita. Tapi sebenarnya tidak. Berdoalah kepadaNya, agar kita bersama sampai ke syurga. Sebab apa? Neraka yang memisahkan kita.
Wahai bakal isteri,
Marilah kita sama-sama mencari keredhaanNya. Insya Allah, kita selamat.
Wahai bakal isteri,
Cukuplah, bakal suamimu ni mau buat assignment. Nanti habis ayat-ayat power, susahlah mahu bermanja-manja. Kehkehkeh.
Sekian terima kasih.
Pae- Agak-agak, apa si bakal isteri akan jawab kalau disampaikan benda ni kepada si dia. Kehkeh.
No comments:
Post a Comment