Comrades

Thursday, 1 March 2012

Ngo-Blog VII - Solat

Hello there March.

Heh, tiada mood untuk aku taip dalam Inggeris. Lagipun lepas ni nak buat assignment BMK. Jadi biar aku cuba untuk martabatkan BM. Hehehe.

Hari ini dalam sejarah, sanah helwah cikgu Sains aku dulu, Teacher Wan Rohani Wan Yahya. Mudah-mudahan berjaya dunia akhirat. Lama tak jumpa, takpelah. Doa saja agar sentiasa sihat sejahtera, insya Allah.

Cerita hari ini, haa. Tadi pagi ngo-blog, kali ini situasi. Sepanjang hari, kuliah tetap jalan, cumanya untuk assignment, tadi pensyarah return our FPK's KKP. Dia cadang saja untuk perbaiki, dan kami terima. Markah tu bro! Nasib hantar lepas cuti. Alhamdulillah.

Tak apa tak apa, boleh tu. Insya Allah. Nasib suruh perbaiki format, kalau suruh buat balik, haru biru. Kehkehkeh.

Memang kebanyakan relax untuk kuliah tadi. Aku pun fresh sebab tidur 8 jam selepas tak tidur. Syukurlah subuh pun dapat awal. Alhamdulillah.

Tadi berjaya balas dendam terhadap lemak terkumpul. Alhamdulillah. Kurang 1kg. Haha. Padahal makan banyak lagi!

Terlalu panjang intro. Tadi BIG versi malam jumaat. IPG Keningau ada BIG dua versi, satu versi malam rabu, satu lagi malam jumaat.

Pengisian malam tu baca yassin. Selalunya kalau ada jemputan luar memang ceramah dijalankan. Agaknya tiada jemputan atau tiada tema, jadi seperti biasa, bacaan yassin bergema di masjid. Apapun, paling afdhal untuk Jumaat (malam atau siangnya) ialah baca surah al-Kahfi. Namun  tak apalah, yassin juga sebahagian Quran, jadi tak salah.

Aku tak join, aku baca surah lain. Sedang fokus untuk faham ayat, dorang habis baca yassin, ada ceramah ringkas dari tok guru. Tutup Quran, simpan dan ikut majlis ilmu. Majlis ilmu lebih afdhal, sebab banyak malaikat join.

Disentuh tentang masjid. Aku quote sikit yang sekadar aku ingat.

"Alhamdulillah, kita semua ada di sini, di masjid, tempat yang disukai oleh Allah, dibenci oleh syaitan, dan orang munafik tak tenteram jika duduk di masjid ini."

Sorrylah, aku tak sehebat hafiz Quran, orang dapat ingat cepat, tak sehebat imam Syafie yang boleh ingat laju. Tapi bolehlah quote sikit-sikit.

Dia tambah, orang mukmin ini umpama ikan dalam air. Jika dia keluar dari air, dia akan mati, mampus! Haa. Analogi yang mantap. Orang mukmin umpama ikan dalam air. Why? Jika orang mukmin langgar hukum Allah, dia pasti bergegar seolah-olah dia buat dosa besar, walaupun ia dosa kecil. Begitulah ikan, kalau dia langgar fitrah yang Allah bagi, pasti dia mati.

Orang munafik pula, macam burung dalam sangkar. Mahu lepas, tak tenang. Begitulah orang munafik. Tak tenang berada di masjid.

Selain itu dia 'tarbiyyah' kami juga, rajin-rajinlah pergi masjid untuk solat. Orang yang beriman ialah orang yang sentiasa berulang-alik dari rumah dan masjid. Aku lupa pula hadis atau Quran tu. Astaghfirullah, inilah kalau fokus benda lain. Hmmm.

Syirik, jika kita tak datang masjid sebab takut orang kata-kata. Wajib kita takut Allah dalam dunia ini, bukan takut orang. Buat apa pedulikan orang kata-kata tentang kita, pedulilah kepada Allah yang Maha Besar dari makhluk. Itulah namanya tidak ikhlas. Pastikan diri kita sentiasa ikhlas untuk buat apa saja. Insya Allah.

Banyak ustaz tu sentuh, aku pun terkena jugalah. Yalah, sebab kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Insya Allah lepas ini akan sentiasa naik. Korang pun, jom naikkan iman kita. Amin.

Jika difikirkan, kita pasti berjaya sekiranya kita tunai solat, afdhal berjemaah. Allah pasti permudahkan urusan kita kalau kita solat. Ikhlas atau tidak perkara lain, sebab hukum Allah ini, wajib. Dia tak kata wajiblah korang ikhlas untuk tunaikan solat. Memang susah untuk ikhlas, namun sesusah-susah ikhlas, khusyu' lebih susah. Jadi, jom kita tingkatkan kualiti solat kita.

Bagaimana? Rajin-rajin solat lima waktu dulu secara bersendirian. Sekiranya dah dapat, maka rajin-rajin pergi masjid. Sekiranya istiqamah 40 hari, rajin-rajin solat sunat. Sekiranya 12 rakaat sunat kita dapat jaga, tahajjudlah. Sekiranya tahajjudd menjadi amalan harian seperti mana Sultan Muhammad buat, sudah tentu solat kita diterima Allah. Insya Allah, Dia lebih mengetahui.

Memang payah, tapi kalau kita tak cuba, confirm kita tak dapat. Jadi, usahakan sikit-sikit, insya Allah dipermudahkan. Allah pandang usaha kita, bukan hasil kita.

Tambahan, sekiranya kita ditimpa sesuatu yang menyakitkan seperti orang sakitkan hati kita, orang buat hal dengan kita, laptop kita suddenly rosak, bermacam-macam masalah datang, penyelesaiannya hanya satu, solat dan mohon pada Allah. Allah pasti permudahkan urusan kita. Yakinlah. Insya Allah.

Jadi? Jangan lalai, solat wajib diutamakan sekalipun anda tak ikhlas. Sekiranya kita taat, insya Allah ikhlas itu Dia beri, selagi mana kita berusaha untuk mendapatkannya. Wallahualam.

Pae - Assignment oh assignment. Jom jadi orang besar buat teks ucapan.

No comments:

Post a Comment