Comrades

Friday, 21 October 2011

Cukuplah dengan 'keluhan'.

Assalamualaikum,

Hari jumaat. Hari jumaat. Yeah. Alhamdulillah, sampai sekarang masih lagi bernafas. Syukurlah.

Okay, ada satu perkataan aku benci, benci, benci. Apakah ia?

SIGH a.k.a MENGELUH a.k.a KELUHAN.

Fikir-fikirkan, kenapa anda seorang manusia?

Sebab anda akan menghadapi ujian.

Allah tidak akan bagi ujian melainkan hambaNya mampu.

Tapi penyakit orang sekarang, kuat mengeluh. Aku tak pernah mengeluh, tapi merungut pasal hal-hal yang dicetuskan orang lain. Lebih kurang kan? Tapi jangan sesekali mengeluh "Kenapalah aku terima semua ni.." ubalah dengan ayat "Ya Allah, kuatkan hatiku."

Bagi kuat mengeluh, cuba relax sikit. Banyakkan berdoa, kena fikir positif, sesuatu benda berlaku bukan tiada hikmah. Jangan ambil jangka masa dekat saja, sebab siapa tahu, ia akan mempengaruhi kita pada masa yang akan datang.

Memang digalakkan berdoa untuk permudahkan urusan. Maksudnya sini ialah supaya kita dapat berfikir secara rasional, dan tenang, serta tidak membuat keputusan terburu-buru, di samping memikirkan kesannya. Itulah maksud permudah urusan. Kalau Allah dah permudahkan, bersyukurlah. Kalau makin banyak masalah menimpa, itu tandanya Allah ingin tambah cintaNya kepada kita. Percayalah.

Dalam dunia ini, mana ada manusia tidak diuji. Tanya orang kaya, tanya orang miskin. Tapi antara dua, selalunya, orang miskin banyak tabah. Why? Sebab kepayahan hidup mengajar mereka erti kesabaran. Kita baru ditimpa sesuatu yang kecil dah 'sigh' 'sigh' 'sigh'. Hmmmm....

Malulah terhadap orang lain, paling penting, malulah terhadapNya. Sebab kita ini hamba yang tak kuat bersyukur. Sekali ditimpa musibah, baru mahu menyesal, baru mahu berubah, baru mahu tabah. Hmm..

Tapi apapun, praktikkan diri untuk banyak bersabar. Ya, dalam previous entri dan entri-entri sebelum ini pun banyak ku kata supaya bersabar. Memang akan ada orang kata "Kau tak rasa apa yang ku rasa!" Betul. Tapi pernahkah korang fikir apa hikmah disebalik semua tu? Kan?

Kesimpulannya, jangan banyak mengeluh. Apa guna memikirkan keluhan, tapi diri malas mau cari penyelesaian? Berdoa kepadaNya, mohon petunjuk. Dan ikhtiar mencari penyelesaian, jangan fikir masalah. Insya Allah, pasti hidup bahagia. Heee.

AvA - Jumaat. Besok start cuti. Kepada yang balik rumah, baik-baik jalan ya. Pae doakan kita semua selamat sejahtera. Amin.

No comments:

Post a Comment