Assalamualaikum,
Alhamdulillah, masih ada peluang untuk bernafas. Walaubagaimanapun, bukan mudah untuk menghadapi segala rintangan dunia ini. Apapun, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan kita. Insya Allah.
Cerita lagi, pasal cinta. Hais, bilang tak sentuh pasal cinta lagi. Tak lah. Aku sentuh juga. Tapi kali ini lebih berdasarkan pandangan peribadi aku.
Apabila minat seseorang, kita pasti akan berfikir, mahu luah atau tidak. Itu persoalan lain. Tapi kali ini aku mahu bagitau pasal hati seorang perempuan.
"Hati perempuan memang sangat mudah tersentuh." - Anon
Aku tak tahu 'anon' mana. Keh3. Apapun terima kasih atas komen-komen anda.
Hati perempuan sensitif, mudah merajuk, tapi persoalannya, adakah senang dipujuk?
Senang kalau tahu caranya. Tapi itu bukan persoalannya. Kita ini, kadang-kadang minat perempuan sebab yang klise. Apakah?
"Perangai dia, baik, rajin, lemah lembut, pandai masak."
Ini ialah jawapan tipikal seorang lelaki. Kalau advance sikit, pasti dia tambah "cantik atau tak, tak kisah yang penting baik."
Aku sarankan, sentuhlah hati seorang wanita itu, kerana agamanya. Sebab itu pasti bahagia. Pakej ada. Dari baik, cantik, semuanya ada.
"Apabila mengejar akhirat, dunia akan ikut. Apabila mengejar dunia, akhirat makin jauh." - Aziman Abdul Ali
Kata-kata seorang sahabat. Sahabat yang sangat baik.
Agama mencantikkan segalanya. Percayalah, insya Allah bahagia.
Aku juga minat seorang perempuan. Namun setelah bicara hati dengan seorang sahabat, ternyata itulah jawapan yang dicari. Allah beri petunjuk melalui dia.
Sebelum mengejar dunia, kejarlah akhirat terlebih dahulu. Memang tak salah minat perempuan, seperti ku katakan selalu, tapi yang penting jadikannya ia sebagai fitrah.
Kalau kita minat seseorang, jangan terlalu 'obses' dengan minat tersebut. Boleh jadi ia menjadi fitnah.
Kalau kita minat seseorang, adanya dua pilihan untuk kita. Apakah ia?
1. Tahan hati, sabarkan hati, tunggu masa saja.
2. Luahkan, sentuh hatinya, dengan syarat ingin berkekalan.
Itu saja. Tiada pilihan lain. Pilihan ketiga dan seterusnya semuanya haram! Hehe. Fikir-fikirkan.
Pilihan pertama memang sukar. Sebab tak semua boleh buat. Aku sendiri juga turut merasainya. Ada banyak cara untuk tahan dan melupakan seketika perasaan itu.
1. Carilah cinta Ilahi yang agung.
2. Sibukkan diri dengan beragama.
3. Ingat Allah.
4. Solat istikharah.
5. Puasa.
6. Banyak membaca buku ilmiah.
7. Beriadah.
Inilah cara yang boleh aku senaraikan. Ada banyak tapi ini saja dapat ku fikirkan.
Kalau kita cinta akhirat, dunia pasti mengikuti kita. Dan si dia yang kita minati juga, pasti akan suka akan kita yang mencari cinta Ilahi. Tapi ingat, niat kena betul. Cinta Ilahi mengharap rahmat dan redhaNya. Bukan perempuan semata-mata.
Jadi lelaki sekalian, kalau ada masalah cinta itu, terutamanya minat terhadap seseorang, sabarlah. Pasti Allah akan bagi yang baik, selagi mana kita berpegang teguh kepada agamaNya, selagi mana kita mencintaiNya, kerana Allah pasti bagi seseorang yang juga melabuhkan cintanya kepadaNya, untuk kita. Insya Allah.
Kesimpulan, macam biasa, jangan fikir pasal kahwin sangat. Keh keh keh.
AvA - Terima kasih sahabatku. Wahai bakal isteri yang ku tak tahu siapa, jagalah dirimu sebaiknya. Akan ku sentuh hatimu kerana agamamu, apabila Allah memberi petunjuk. Insya Allah.
Buat adik faiz,
ReplyDeletePertama,
Ditetapkan bagi anak adam, 4 perkara. Salah satunya adalah jodoh. Kemudian, kita renung pula firman Allah dalam surah an-nur mahfumnya: "Perempuan baik untuk lelaki baik, Lelaki baik untuk untuk perempuan baik, begitulah sebaliknya...."
Kalau jodoh dah ditetapkan sejak di loh mahfuz lagi, mengapa perlu sibuk mencari...Tapi, sibukkanlah untuk menjadi "yang baik" itu...InsyaAllah..."pihak sebelah' juga akan menjadi baik...
Untuk tips mengawal perasaan cinta,
"Jangan lawan, kerana ianya fitrah..
Jangan juga layan, nanti jadi fitnah..."
Semoga bermanfaat ye dik...Wallahualam.